BAB 14

3.7K 152 2
                                    

“Tak guna! Perempuan tua tu terlepas!” Kerusi ditendang kuat. Dadahnya juga lesap. Semua ini kerana Arifah! Sudah diberikan amanah untuk menjaga barangnya, kini pihak polis telah mendapatkan barang itu.

Melalui rakaman CCTV tersembunyi, bom yang sepatutnya meletupkan rumah Arifah juga sempat dicampak ke tempat lain. Semakin benganglah dirasakan Ikmal.

Bunyi derap kasut tumit tinggi meraih fokusnya. Arifah yang melangkah menghampiri dipandang. Kemudian, dia ketawa sinis berbaur mengejek. Gadis itu masih berani datang berjumpa dengannya setelah apa yang jadi.

“Ikmal...” panggil Arifah. Belum sempat tangannya mahu menyentuh tangan Ikmal, kepala dia terteleng ke tepi apabila ditampar mengejut. Terkemam bibirnya seketika. Ikmal dipandang dengan genangan air mata.

“Kenapa you tampar I?” bentak Arifah. Tangan Ikmal dicapai semula, namun ditepis kasar oleh Ikmal.

“Mak kau dah terlepas! Dadah aku dah jatuh ke tangan pihak polis! Semua ni disebabkan kau!”

“Maafkan I sebab gagal jaga barang you. I sanggup buat apa sahaja untuk tebus kesalahan I, Ikmal. Tolonglah... maafkan I.” Tanpa segan, tubuh Ikmal dipeluk dari belakang. Air mata yang jatuh di pipi tidak dihiraukan.

“Pergi dapatkan Wana untuk aku,” tutur Ikmal membuatkan hati Arifah hancur berderai.

Tautan pelukan dilepaskan mengundang rasa hairan dalam diri Ikmal. Dahi dikerutkan seraya tubuh dipusing menghadap Arifah. Jangan cakap gadis itu tidak mahu menuruti kehendaknya.

“Wana! Wana! Wana! Kenapa selalu Wana, Ikmal? You langsung tak nampak I yang selalu ada di sisi you! Apa yang hebat sangat.... Apa yang lebih sangat si Wana tu sampai you buta nak nampak I? Selama ni macam-macam I buat untuk you. I tak pernah halang you buat kerja haram malah sokong you semata-mata untuk dapatkan perhatian you! Tapi apa yang I dapat Ikmal?”

“Aku tak pernah suruh kau buat semua tu. Kau sendiri yang nak masuk dalam dunia aku. Aku tak pernah anggap kau lebih daripada seorang kawan, Arifah.” Ujar Ikmal.

“You akan menyesal sebab buat I macam ni Ikmal.” Usai berkata, Arifah terus beredar. Hatinya sakit. Mengapa dia harus ada saingan seperti Wana? Kenapa Ikmal tak boleh cintakan dia walaupun sekejap? Dua tahun bukannya sekejap untuk dia bertahan dengan kegiatan Ikmal.

“Tak guna!” Ikmal mendengus sebaik sahaja kelibat Arifah hilang daripada pandangan mata. Entah mengapa dia terkesan dengan kata-kata Arifah.

•••

“Aku dah serahkan gambar tu kepada Ashraff. Betullah lelaki dalam gambar tu Ikmal,” ujar Farhan. Kaki dinaikkan di atas pangkin lalu dia duduk bersila. Nampaknya kes Wana dan Haris bakal berakhir. Mereka cuma perlu menemui Arifah serta Ikmal.

Wana berjalan menghampiri pangkin kayu sambil tangan membawa dulang berisi kopi dan kuih. Hari ini mereka membersihkan halaman rumah Wan Deejah dan memasang khemah memandangkan lusa akan ada majlis persandingan.

Dulang diletakkan di atas pangkin kayu. Kemudian dia beredar tanpa sepatah kata. Segan mahu berlama di situ kerana ada lelaki sahaja walaupun abangnya turut ada. Dua buah kereta yang berhenti di hadapan rumah Wan Deejah menghentikan langkah Wana. Dia kenal kereta itu....

Kelibat kawan-kawannya yang keluar dari kereta tersebut mengundang senyuman lebar di bibir Wana. Lantas, langkah diatur ke arah mereka.

“Aisya!” Laju tubuh Aisya dipeluk. Aisya yang mulanya tersentak turut membalas pelukan itu.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang