Bab 2: Pertemuan Semula

578 42 3
                                    


"Tamat untuk kelas pada hari ini, di minta para pelajar menyerahkan tugasan di hadapan bilik saya sebelum pukul 6 petang, terima kasih",

Aku menyusun bahan mengajarkan ke dalam beg. Dari ekor hujung mata aku dapat melihat sekumpulan pelajar menghampiri aku.

"Puan, boleh tak kitaorang hantar tugasan pada minggu hadapan, boleh tak?" dengan nada teragak – agak salah seorang dari kumpulan itu bersuara.

Aku membetulkan cermin mataku sambil memandang mereka,

"Kenapa? Berikan saya sebabnya"

"Hm.. kami semua ni terlibat dengan pertandingan sukan bola keranjang pada petang ni, perlawanan akhir antara kelab kolej,"

Pelajar lelaki yang berbaju biru pula bersuara.

"Tugasan ini bukan semalam atau hari ini saya berikan, malah saya telah berikan pada minggu lepas malah tarikh akhirnya telah saya nyatakan dengan terang dan nyata,"

Aku memerhatikan jam di tanganku. Kelas seterusnya dua jam lagi. Aku perlu ke makmal untuk menyiapkan eksperimen yang aku usahakan bersama Dr. Amin.

"Tapi Puan, minggu lepas juga kami ada pertandingan liga antara kelab," pelajar pertama tadi yang tinggi lampai bersuara semula.

"Tugasan kuliah saya sahaja ke yang awak abaikan atau kelas lain juga?"

'Anak – anak generasi sekarang..'

aku bersungut di dalam hati, semua hendak diambil mudah.

"Erm.. minggu ni tugasan dari Puan je-"

"Please Puan.. give us- another chance.. "seorang lagi  pelajar  merayu.

"I’m not trying to be unreasonable but it’s will be unfair for others-" aku berhenti bersuara mataku memandang kepada kumpulan pelajar semula, ada yang masih mengharap tapi ada juga seperti yang berputus asa mengenai rayuan mereka. Aku membetulkan cermin mataku semula.

"Beginilah, saya beri awak peluang.."

belum sempat aku habis bercakap ada pelajar yang bersorak yeah! Sebelum menutup mulutnya apabila aku melemparkan pandangan tajam kepada pelajar tersebut.

"Terakhir!"

Aku bersuara tegas.

"Hari ini hari akhir pelawanan kan?"

"Yes, Puan!"

Pelajar tinggi lampai itu membalas.

"Saya berikan extra satu hari sahaja. Esok saya nak semua tugasan awak berada di dalam sampul di hadapan bilik saya sebelum pukul lima petang,"

"Ala.."

ada pelajar mengeluh.

"No ala.. ala.. kalau tak ada..?"

Aku menunjukan isyarat kosong.

Beberapa wajah pelajar terpancar rasa kecewa.

Aku menghulurkan sekeping kertas,

"Tulis nama yang akan hantar pada esok hari"

Lima orang pelajar yang mengisi nama meraka di atas kertas tersebut.
Apabila pelajar terakhir selesai menulis namanya, kertas itu di pulangkan kepadaku semula.

"Thanks Puan,"

"Sama – sama*, aku membalas. Aku terus menerus perjalanan menuju bangunan makmal yang berada di bangunan bersebelahan.

Assalamualaikum!

Aku memberi salam sebelum memasuki bilik makmal.

Dr. Azim menjawap Salam

OMG!!! SUAMIKU TEXANWhere stories live. Discover now