Ris mengulum senyum.
Dalam keadaan baring meringkuk dengan lutut di dada, dia memeluk anak patung perempuan yang comel seiras wajah Alisya. Matanya terpejam, wajahnya riang seolah-olah bermimpi indah. Walaupun hakikatnya dia cuma mengingati setiap detik memorinya bersama Arsya.
Pertemuan mereka, pengenalan mereka dan permulaan segalanya.
.
.
.
"Ris, nanti mama datang petang tau. Duduk diam-diam kat sini, kalau ada apa-apa beritahu kakak nurse yer." pesan wanita berusia awal 30-an itu pada anak bongsunya.
" Mama datang pukul berapa?"
" Mama janji as soon as possible. " dahi Ris diciumnya penuh kasih.
Dia mengusap rambut anak kesayangannya itu dan setelah beberapa ketika, keluar dari wad kanak-kanak itu.
Ris tarik muka.
Lagi satu hari yang bosan di sini. Bilalah dia boleh keluar?
Ris memerhatikan dua jururawat muda yang sedang asyik berborak di kaunter. Dengan penuh hati-hati, dia turun dari katil dan senyap-senyap keluar dari wad. Seperti biasa, tiada sesiapa yang menyedarinya.
Tetapi semalam dia terdengar yang doktor menyatakan yang dia akan discaj lusa. Berita gembira yang mahu dikhabarkan padanya.
Ris keluar dari bangunan dan terus menuju ke satu tempat. Tempat di mana mereka selalu bertemu. Iaitu taman permainan sunyi yang terletak di antara dua bangunan, dua wad berbeza.
" Arsya! Arsya!" panggilnya saat terlihat kelibat Asrya.
Sebaik sahaja mendekatinya, Arsya pantas menekup mulutnya.
"Jangan bising, nanti nurse nampak, mereka takkan benarkan kita bertemu lagi." bisik Arsya.
Ris dilepaskan.
"Kenapa?" tanyanya lembut. Wajah anak kecil berusia 13 tahun ini kelihatan manis sekali.
" Doktor kata saya akan keluar tak lama lagi. Lagi dua hari dah boleh keluar." cerita Ris pada Arsya yang setahun lebih tua darinya. Mereka telah berkawan sejak 2 minggu lepas. Waktu itu Arsya sendirian sedang duduk di bangku, di sini.
" Baguslah! Selamat tinggal Ris, kita takkan berjumpa lagi."
" Kenapa cakap camtu? Saya akan jumpa awak selalu. Nanti bila awak dah keluar, kita akan berjumpa dan bermain seperti selalu. "
" Saya takkan keluar dari sini."
" Kenapa?"
" Sebab mereka takkan benarkan. "
" Awak sakit apa?"
Soalan Ris disambut dengan senyuman. Dia memandang Ris yang kemerah-merahan pipinya. Comel. Budak kecil ini comel. Soalannya juga comel.
" Awak macam anak patung." usik Arsya.
Pipi Ris naik merah , malu dipuji begitu. Arsya gelak dan melihatnya, hatinya turut gembira, sebabnya? Ah, dia yang masih berusia 12 tahun, tidak tahu.
"Nanti bila awak keluar nanti, lupakan saya dan jika awak masih ingat pada saya..."
Arsya menghulurkan paku kecil pada Ris. " Seperti permainan kita ." pesan Arsya sebelum meninggalkan Ris .
Esoknya Arsya tidak berada di taman lagi .
Malah ketika Ris keluar dari hospital, Arsya tidak hadir mengucapkan selamat tinggal.
Mereka berpisah begitu sahaja.
.
.
.
Ris terjaga bila mendengar rintik-rintik hujan menimpa atap.Dia membuka matanya lalu melihat jam di tangan. Dia berkalih, menelentang memandang ke siling. Tangannya masih memegang anak patung ini.
Sambil merenung siling dan kipas siling yang berpusing perlahan, memorinya kembali bertandang lagi.
.
.
.
Ris pergi ke sekolah seperti biasa namun dia tidak pernah lupakan Arsya.
Setiap hari, Ris sentiasa mengingati Arsya. Dia tidak mengerti.
Apa yang membuatkan dia tertarik pada Arsya?
Sejak bila dia asyik teringatkan Arsya?
Difikirkan kembali, perasaan ini tercetus pada kali pertama dia terlihat Arsya dari jendela bilik wadnya.
Di taman kosong itu, Arsya duduk berseorangan sambil memeluk satu anak patung.
Pandangan matanya yang mati dan kosong itu, membuatkan Ris rasa simpati.
Dengan perasaan ingin tahu itulah, dia mendekati Arsya.
Awalnya, dia tidak pernah ingin melibatkan diri dengann Arsya. Dia cuma ingin mengisi rasa ingin tahu nya tentang siapa budak perempuan itu? Mengapa dia kelihatan sunyi dan selalu keseorangan?
Ris masih ingat lagi.
Di bawah hujan rintik-rintik, dia berdiri di depan Arsya yang sedang duduk membatu di kerusi.
Ini adalah kali pertama dia melihat wajah Arsya, setelah beberapa hari memerhatinya dari bilik wad.
" Hujan, awak tak masuk ke dalam ke?" tegur Ris.
Wajah Arsya diperhatikan. Tiada reaksi.
Seolah-olah dia adalah sebuah patung, matanya terbuka tidak berkedip, tidak bersinar.
Namun di sebalik itu, kecomelan dan keayuannya jelas di mata Ris. Wajahnya mulus, bibirnya merah, matanya besar dan walaupun dia tidak tersenyum, walaupun dia serius, dia menarik perhatian Ris.
Hujan semakin lebat.
Arsya masih membisu. Lalu Ris buat keputusan untuk membiarkannya seorang diri.
Sebaik sahaja Ris hendak melangkah, dia terjatuh. Kakinya tersadung pada lubang kecil di tanah. Mukanya tersembam diulit lumpur. Ris mengaduh sakit dan menahan luka di dahinya.
" Hahahaha... ."
Ris memandang Arsya yang sedang mengetawakan dirinya.
Arsya mendekati Ris. Mencangkung di sisi Ris. Mata Arsya seakan bersinar apabila merenung darah di luka Ris.
Ris kehairanan dengan tingkah laku Arsya. Tetapi, apabila melihat raut wajah Arsya yang manis, hatinya bergetar lembut.
Arsya terlihat manis tersenyum.
Ris tidak mengerti... namun, dia ingin melihat senyuman itu lagi.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...