part 75

418 11 2
                                    

Rasa panas pada kulit mengejutkan lenanya. Sebaik Ris membuka matanya dia lihat Arsya sedang menitiskan lilin cair ke atas badannya yang tidak berbaju. 

Dipandangnya Arsya, diperhatikannya sahaja  tanpa berbuat apa-apa. Dia membiarkan Arsya.  Cukup dengan menatap wajah Arsya, dia tidak rasa sakit.

Arsya meletakkan lilin yang semakin pendek itu di atas meja, di sisi katil. Kemudian, dia baring di sisinya. Memeluknya, meletakkan telinga ke dada Ris dan mendengar degupan jantungnya yang semakin laju.

 Arsya senyum. 

Sambil itu dia menggerakkan jari jemarinya pada parut besar di dada Ris. Ris diam, tahu Arsya sedang mengingati saat-saat dia menyelup masuk tangannya ke dalam badan Ris, mendengar raungan Ris yang masih sedar, bermain-main dengan lukanya, ia saat-saat indah. 

Ris mengetap bibirnya ngilu mengingati semuanya.

"Bangun, breakfast." Arsya mencium dahi Ris, kemudian turun dari katil. 

Ris menurut, namun belum sempat kakinya mencecah lantai, Arsya mencampak lilin ke arah Ris. Ris pantas menepis namun bahang apinya jatuh ke selimut lalu dijilat api.  Kelam kabut Ris memadamnya sambil diperhatikan oleh Arsya yang tertawa gembira.

Sebaik padam, Ris menarik Arsya ke dadanya,  lalu diciumnya Arsya penuh kasih.

" Selamat pagi, Arsya." ucapnya. Arsya tidak membalas. 

Sudah bertahun mereka bersama, tetapi tiada satu hari pun yang aman. Ada sahaja cubaan Arsya untuk mencederakannya. 

Ris mengambil tuala dan masuk ke bilik air. 

Dia bersiap sedia untuk ke tempat kerjanya sebagai car salesman. Berbekalkan wajah kacak dan mulut manis, dia tiada masalah untuk mempromosi kereta pada para pelanggan terutama pelanggan wanita. 

Sejak mereka melarikan diri, dia telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung hidup mereka berdua. Dengan Identiti yang sering diubah dan tidak tinggal tetap di satu-satu tempat, mereka dapat melarikan diri dari pihak berkuasa. 

Ris membasahkan badannya yang penuh parut itu dengan air pancur. Rasa dingin terasa sampai ke tulangnya. Lecur di tangannya terasa pedih saat terkena air.

Sebaik dia keluar, dia lihat Arsya sedang leka menyediakan sarapan. 

Dia ingin memeluk Arsya, bernakal-nakal dengannya,  tapi niatnya itu dibatalkan. Bukan apa, dia tidak mahu cedera pagi ini. Ada meeting penting perlu dihadirinya.

" Mari, sarapan!" ajak Arsya setelah semuanya siap. Mereka duduk menikmati sarapan pagi bersama-sama.

" Sedap tak?" tanya Arsya manja-manja.

Ris mengambil sandwich yang terhidang. Dia sedikit berhati-hati. Bukan apa, Arsya suka meletakkan helah dalam makanan. Cukup-cukuplah dia memasukkan bilah razor dalam makanannya, meletakkan pencuci klorox di dalam minumannya dan macam-macam lagi. 

" Sedap." puji Ris sebaik mengunyah roti. 

' Betul?'' Arsya masih tak puas hati.

" Betul.. sumpah..." 

Arsya tepuk tangan gembira. Dia menemani Ris menghabiskan sarapannya.  Mereka berborak dan ketawa seperti pasangan normal hinggalah...  

" Tonight play with me." kata Arsya sebaik Ris hendak keluar kerja. 

Ris menelan air liur. 

Dia terpaku betul-betul di pintu keluar. 

Dari elok nak mencapai tombol pintu untuk keluar, tangannya tiba-tiba mengeletar  saat mendengar ajakan Arsya itu.  Pantas dia menyembunyikan tangannya  ke dalam kocek seluar. Mengawal rasa takutnya. 

" I miss my doll. "

 Dadanya terasa sakit, badannya terasa sejuk, terasa ingin muntah,seribu perasaan gementar memenuhi segenap derianya. Jantungnya berdegup kencang, sudah lama dia tidak mendengar ayat itu,  

Kali terakhir Arsya ucapkan ayat ini, dia dimasukkan ke wad kecemasan dengan dada yang terkopak, ginjal yang terkeluar. 

Ia satu memori yang sangat ngeri. Malah, sejak hari itu, dia sentiasa terjaga di tengah malam, ketakutan.

Sekuat mana dia cuba melupakannya , tubuhnya tidak henti-henti mengingatkannya pada hari itu.  

Tubuhnya tidak berhenti –henti mengigil seolah-olah masih berada di hari itu. 

" Hari ini saya akan hantar surat letak jawatan." kata Ris bersedia.

Memang di sudut fikirannya dia sudah mengagak hari ini akan tiba.

Waktu pemulihannya sudah tamat. 

Demi untuk membenarkan tubuhnya pulih sepenuhnya, sepanjang beberapa tahun ini, Arsya tidak mencederakannya teruk-teruk lagi , kecuali mengacah-acahnya.

" Aku tunggu. " jawab Arsya gembira, teruja melihat persediaan Ris.

" I love you Arsya." kata Ris. 

" I love you too, my doll."

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now