'Buk!'
Hana yang sedang tergesa-gesa berjalan terjatuh apabila dirinya dilanggar dengan sangat kuat. Habis buku dan kertas yang dipegangnya jatuh bertaburan di atas lantai.
"Maaf cik, saya tak sengaja. Cik ok ke tak?"
Tanya pemuda yang berada di hadapannya. Tangan Hana masih lagi kalut menyimpan kertas yang bertaburan tanpa memandang gerangan yang berada di hadapannya.
"Excuse me? Kau nampak aku ok ke? Kau tahu tak yang aku dah lambat and kau sesedap ajinomoto je taknak tolong aku kutip kertas ni."
Marah Hana setelah selesai mengutip kertas tersebut. Dia mengangkat kepalanya memandang lelaki tersebut.
"Kau?"
Alangkah terkejutnya dia melihat muka pemuda tersebut. Manakala Ryan di hadapannya sudah tersengih-sengih kambing.
"Aku minta maaf sebab langgar kau."
Jawab Ryan sambil menggosok belakang lehernya. Dia tersipu-sipu malu memandang gadis idamannya itu.
Tangannya naik menyelak rambut yang menutupi muka Hana. Terkedu Hana apabila Ryan menyentuh mukanya tanpa segan silu.
"Stop doing that! Bye."
Tanpa sempat Ryan berkata apa-apa, Hana terlebih dahulu melarikan diri. Makin gila dia apabila bersama dengan Ryan.
"You'll be mine."
Kata Ryan sambil berjalan meninggalkan tempat tersebut. Bibirnya tidak habis-habis tersenyum kerana teringatkan perangai comel Hana.
👑👑👑
"Eh?"
Terkejut Anggun apabila ada sepasang tangan yang melingkar di pinggangnya. Terlepas pisau di tangannya apabila Danish memeluknya dan membenamkan lehernya di bahu Anggun.
"Errr... awak okay ke tak?"
Tanya Anggun kepada Danish dan dia hanya membiarkan Danish memeluknya. Dirinya terasa disayangi apabila Danish memeluknya dengan penuh kelembutan.
"Shuuu... Let me hug you please."
Jawab Danish dan dia makin mengeratkan pelukan di pinggang Anggun. Pelik Anggun dibuatnya apabila Danish berkelakuan manja secara tiba-tiba.
"Jom Honeymoon."
Kata Danish sambil menarik Anggun ke ruang tamu. Tangannya masih lagi setia memeluk pinggang Anggun. Terkedu Anggun apabila Danish mengajak dia berbulan madu.
"Ta... tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. Aku dah buatkan passport untuk kau. Esok kita Honeymoon okay?"
Anggun hanya menganggukkan kepalanya tanpa mengeluarkan sebarang kata. Danish tersenyum sambil menggosok rambut Anggun.
"Nanti aku bawa kau shopping barang-barang sebab cuaca dekat tempat kita nak honeymoon dengan kau tu sejuk."
"Kita nak honeymoon dekat mana?"
Anggun memberanikan dirinya bertanya Danish. Danish hanya tersenyum dan mengenyit sebelah matanya kepada Anggun.
"Well, biarlah rahsia. Yang penting kita dapat honeymoon tanpa ada sebarang gangguan. Lagipunn..."
Danish sengaja menggantungkan ayatnya. Anggun mengangkat sebelah keningnya tanda menyuruh Danish menyambungkan ayatnya.
"Lagipun aku tak sabar nak ada baby dengan kau. Mesti comel macam kau."
Jawab Danish sambil mencium pipi Anggun. Dia segera berlari mendaki anak tangga menuju ke biliknya meninggalkan Anggun yang sedang menahan malu.
👑👑👑
Hana yang sedang ralit melayan k-drama segera berlari menuju ke pintu apabila terdengar orang memberi salam.
"Cik Hana Basyirah?"
Tanya seorang pemuda sambil di tangannya memegang sejambak bunga ros yang berwarna merah.
"Ya saya Hana."
Jawab Hana sambil matanya masih lagi memandang bunga tersebut. Sumpah cantik! Nak harapkan dia, memang kesudah takkan beli bunga macamtu.
"Ni ada hantaran bunga dekat cik, tolong tandatangan dekat sini."
Setelah selesai semuanya, Hana mula mengambil bunga tersebut. Dia membelek-belek bunga tersebut sambil tersenyum lebar.
Sedang ralit mencium bunga tersebut, matanya terpandang sekeping kad yang terletak elok di celah-celah bunga.
'I am starting to like you less b'coz I'm beginning to love you more.'
From:Your admire.
Tersengih dia apabila membaca kad tersebut. Dia terus menutup pintu dan berjalan menuju ke biliknya.
"Siapa bagi bunga tu dekat kau?"
Tanya Maira apabila terlihat Hana yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Selalunya Hana tidak minat bunga tapi kalini, siap peluk lagi.
Manakala Hana hanya tersenyum dan kakinya terus mendaki anak tangga. Sungguh hatinya sangat berbunga-bunga apabila mendapat hadiah tersebut.
"Admire aku yang bagi!"
Laungnya dari tingkat atas. Makin pelik Maira kerana selalunya Hana tidak pernah mempunyai admire kerana sikapnya yang kasar.
Dia mula teringatkan seseorang yang pernah menyukai Hana tetapi ditolak mentah-mentah oleh Hana. Melainkan Ryan yang bagi kerana Ryan juga pernah meminati Hati.
Malas memikirkan lagi, dia terus ke ruang tamu dan membuka televisyen. Sungguh dia cemburu melihat kawannya yang mempunyai peminat sedangkan dirinya tiada seorang pun yang minat.
Manakala Ryan yang sedang menunggu di dalam kereta tersenyum-senyum memandang gambar Hana yang berjaya ditangkapnya.
Makin lebar senyuman dia apabila Hana langsung tidak membuang bunga tersebut sebaliknya menyimpan bunga tersebut.
Dia bertekad untuk menawan hati Hana dan baginya Hana berbeza dengan gadis-gadis yang pernah dia jumpa sebelum ini.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...