Habuk

622 7 0
                                    

Zaidi membetulkan butang baju kemejanya. Tali leher ditarik rapi. Smart. Dicapai kunci kereta, rumah, wallet, smartphone. Pintu flat 1 bilik dikunci rapat. Langkah zaidi bersemangat, menuruni tangga dr tingkat dua hingga ke bawah. Enjin kancil 660 dihidupkan. Aircond dipasang, dingin. Perjalanan ke pejabat terasa perlahan. Ahh, Isnin. Permulaan minggu. Namun masih awal lagi. Zaidi singgah membeli nasi lemak kegemarannya, tiga bungkus. Ya dua lagi untuk crush kat office, shasha and qila. Tepat 8.45am. As usual the first to arrive, zaidi letak nasi di dua2 meja crush. And lock the door back. Naik rooftop, makan nasik lemak and kopi from home. Dua batang john dblend. Aaahhh perfect.

Zaidi turun menuju pejabat, singgah toilet dulu. Aroma dblend bukanlah aroma yg menyenangkan. Beg diseluk, sebotol kecil ralph lauren double black, sembur di leher, sedikit di jari dan dicalit dibelakang telinga, tiga semburan wajib di baju. Ok, he's ready. Zaidi menolak daun pintu pejabat, there u go. Shasha. Tak pernah tak cantik. She seems like an angel. Too beautiful. But zaidi knows, deep inside she's hurt. And zaidi has been trying to be there whenever she needs him.

"wahh sedap betul la sha, mana ko beli ni, hari2 nampak ko bekpes nasik lemak ni." si kepoh yg zaidi perhati dari tadi, dia lebih banyak menyudu dari sha. "aku beli tu utk sha la bodoh" getus monolog zaidi. " kite tak tau la. Hari2 ada org letak nasi lemak ni atas meja. Sedap gile kan?" zaidi tersenyum berbunga. " sebenarnya i yg selalu letak sha. I know u like nasi lemak" namun perbualan tu hanya dalam kepala zaidi. Tak mungkin dia mampu beecakap mcm tu dgn sha.

Pandangan zaidi beralih ke qila. Pun sama, berselera qila menjamu nasi lemak. Comel, kelakar, peramah. Zaidi terawang lagi membayangkan 'date night' mereka berdua. Pasti menyeronokkan. Maybe movie, then a nice dinner. Must be full of conversation.

Tapi zaidi hanya habuk. Tak disedari dalam kalangan 18 staff dalam pejabat tu. Meja paling hujung belakang. Dekat dgn main trash bin. Sebelah mesin fotostat. Even makcik cleaner park mop n bucket di workstation zaidi. Tapi zaidi tak pernah kisah atau protes. Sebab zaidi tahu, dia hanya 'habuk'.

PsikosisWhere stories live. Discover now