"Nur rasa, hubungan kita dah tak boleh diteruskan."
Aku pandang insan yang baru setahun menjadi isteriku. Kata-katanya tegas seperti sudah lama dia ingin luahkan rasa itu.
"Benda kecil macam ni Nur sanggup buat keputusan macam tu?" Soalku.
Bagiku perkara ini tidak perlu ada penyelesaian sampai sebegitu sekali.
"Kalau benda kecil macam ni pun abang dah tak boleh bersabar, tak boleh nak faham Nur, abang ingat hubungan kita ni akan kekal lama ke?"
"Jadi Nur mahu kita bawa haluan masing-masing?"
Aku merenung wajahnya. Mata kami bertaut. Tapi dapatku lihat dimatanya hanya ada satu perasaan. Perasaan benci kepadaku!
Nur mengangguk. Cukup menyakitkan hatiku. Semudah itu dia berikan kata putus. Okay, kalau itu yang dia inginkan, tiada guna aku berkata apa-apa lagi. Keputusan sudah dibuat, aku cuma perlu melafazkan tiga perkataan itu.
"Nurul Syahirah... aku..."
Aku pandang matanya. Dia masih merenungku tanpa berkelip. Bagaikan sudah bersedia.
"Aku..."
Aku palingkan wajahku dari memandangnya. Lantas kunci kereta diatas meja aku ambil dan tidak menunggu lama, aku melangkah keluar dari rumah itu. Pergi. Ke mana saja. Asalkan tidak dirumah itu. Mencari tenang. Mencari damai.
********
Aku terkejut dengan perbuatan suamiku yang keluar dari rumah itu. Airmata yang cuba ditahan akhirnya merembes keluar. Sungguh aku tidak sangka suamiku tidak jadi mengungkapkan lafaz yang kutunggu sejak tiga bulan lalu.
"Kenapa awak buat saya macam ni?"
Aku tunduk. Mencari semangat yang semakin menghilang.
YOU ARE READING
Sinopsis
FantasyMengisahkan tentang pasangan suami isteri yang mencari makna kesempurnaan.