BARU seminit Freya melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi selepas memaksa lelaki nerd itu untuk duduk di sampingnya, dia sudah merasa tak sedap hati bila memikirkan makhluk-makhluk itu memerhati Rafie dari arah belakang.
" Kenapa diorang semua tengok Rafie? "
Gumam Freya, sesaat berkalih pandang ke makhluk-makhluk itu, sessat ke wajah Rafie. Freya mengetap bibir, memandang lelaki nerd itu yang hanya berdiam sambil membaca sebuah buku cerita. Freya perhati kembali di sekeliling, dia mendapat buah fikiran yang bernas.
" Kat sini semua lelaki. Takpe lah, aku duduk kat sana ek? "
Ujar Freya, bingkas berdiri dengan cepat. Aaron mengangguk, tak berkata apa-apa. Rafie sembunyi senyum bila Freya duduk di sampingnya.
" Kenapa pindah tempat duduk? " Soal Rafie, tidak memandang Freya. Hanya berpeluk tubuh dengan mata yang terpejam.
" Saja " Jawab Freya sepatah, Lecture pun mula kelihatan dari luar tingkap.
Hari ini, mereka akan berada di kampus dari pagi hingga ke petang kerana bulan hadapan mereka akan menduduki semester kedua. Rafie dan Freya makan tengahari bersama di dewan makan kolej. Semua pandangan melirik ganjil ke arah mereka berdua.
Spontan Rafie teringat peristiwa hari itu dan sejak kejadian aneh itu, Freya di label sebagai seorang perempuan yang tidak sihat sehinggakan tiada pelajar yang mahu mendekatinya. Aaron perhati dari jauh, dia mulai tertanya.
" Jom? " Ajak Rafie, sangat faham dengan air muka yang Freya pamerkan.
Freya tersenyum saat mereka sudah mengambil meja untuk menikmati makan tengahari. Senyumannya semakin melebar bila melihat lelaki itu hanya merenung jauh ke dalam pinggan makanan.
" Cik Rafie, macammana Cik Rafie nak makan kalau mask tu Cik Rafie tak tanggalkan? "
Soal Freya, senyum nakal. Rafie melirik ke kiri kanan, dewan makan itu dipenuhi dengan pelajar-pelajar kolej. Freya menaikkan kedua belah kening bila lelaki itu memandangnya.
" Kalau Cik Rafie nak, kita boleh pergi tempat lain. Pagi tadi, Cik Rafie datang kolej naik kereta sendiri ke? " Lanjut gadis itu bertanya.
" Haah. Reza hantar "
Jawab Rafie, lemah. Perut dah mula berkeroncong di dalam, memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk mengisi perut yang kian lapar.
" Kat taman tak ramai pelajar yang lalu. Cik Rafie nak makan kat sana? "
Freya memberi cadangan, Rafie tidak banyak berfikir, langsung dia setuju. Mereka menuju ke kaunter bayaran, memberikan dua pinggan itu pada juruwang dihadapan.
" Kak, tolong bungkus asing ye? " Ujar Freya, Rafie hanya diam, berdiri mematung dibelakang gadis itu.
Mereka duduk berdua di atas sebuah kerusi yang sama sambil menikmati hidangan sederhana yang tampak istimewa.
" Boleh tak, kalau saya nak tanya Cik Rafie? "
Freya bersuara bila mereka selesai menikmati makanan tengahari yang lazat. Rafie menganggukkan kepala, menatap skrin HP sendiri. Dia sedang menunggu panggilan dari kekasihnya, Reza.
" Kenapa Cik Rafie tak tinggal dengan dady Cik Rafie? Kenapa Cik Rafie memilih untuk tinggal sendiri? "
Mendengar pertanyaan gadis itu, Rafie berhenti membelai skrin HP sendiri. Suara Freya Zemira sedikit bergetar saat menuturkan kata-kata itu.
" Dady saya jauh. Dia takde kat Malaysia " Jawab Rafie, menyimpan HP ke dalam kocek.
" France? "
YOU ARE READING
BODYGUARD MR.GAY(complete)
عشوائيRAFIE YAHYAH tidak tahu apa itu 'Perempuan' . Dia kehilangan ibunya di dalam satu tragedi kebakaran sewaktu dia masih bayi . Dia dirawat dan dibesarkan oleh 'Lelaki' . Bahkan seluruh pembantu yang ada di dalam istana itu , semuanya LELAKI . Bukan i...