[18] -white kebaya

898 18 0
                                    

TAKOYAKI SOTONG disumbat ke dalam mulut.

'Dah kenapa mamat ni? Marah ke?'

Izara memerhati tingkah laku Haiqal. Tadi angin dia macam okay sikit, tapi sekarang riak wajahnya terlihat kosong.

"Ehem, kau nak bincang pasal apa ye?" Izara memecahkan suasana sunyi antara mereka.

"Takde apa dah rasanya. So, overall awak nak majlis kecil-kecilan, just ajak kawan2 and saudara kita, baju nikah and baju sanding awak pakai baju raya awak yang lama, kan?" tegas Haiqal lagi. Tampak kelakar apabila mata kuyunya cuba utk besarkan.

"Satu lagi awak dah ambil kursus kahwin kan?" Soal Haiqal, sambil memberi beberapa helaian surat beserta maklumatnya dan Izara di kertas tersebut. Patutlah minta nama penuh bagai haritu. Cubalah cakap nak buat benda alah ni.

Izara mengangguk perlahan. "Okay. Anything saya bagitahu." Haiqal terus bangun lalu meninggalkan Izara sendirian di food court.

Mamat ni emo tiba2 dah kenapa? Takpelah, dah settle la kot.

Izara bingkas bangun, lalu turut bergerak pulang. Sebaik masuk ke dalam keretanya,

Ting!!

Satu mesej daripada Haiqal dibaca.

Haiqal : apa2 saya bagitau awak, dan sebaliknya. If Mak call, tell her exactly what you just told me. Drive safe.

Izara senyum sinis. Dia menaip sesuatu melalui telefon pintarnya itu.

Izara : Okay noted, you too.

Kereta dihidupkan lalu bergerak pulang.

***

'Apahal dia nak pakai baju lama dia ek? Memang la nak jimat kos, tapi hari istimewa dia kot. Dah kenapa nak pakai baju lama?'

Bentak hati Haiqal sambil meletakkan kepalanya di atas meja. Keluhan Haiqal membuat Aqil melihatnya tidak ubah seperti orang gila. Risau kadang-kadang dengan sepupunya sorang ini.

"Kuatnya mengeluh. Baru balik jumpa girlfriend pon sendu ke bossku?" ujar Aqil sambil mengacau Nescafe yang dibancuhnya tadi.

Haiqal hanya membiarkan soalan Aqil tergantung sambil mendaki tangga ke biliknya. Malas nak layan mamat ni. Aqil juga paham dengan reaksi Haiqal yang jelas tidak mahu diganggu. Rancangannya di Netflix disambung semula.

Baju dan seluar slack dibuka. Selepas mengenakan sepasang seluar pendek 3 suku, dia terus baring di atas katilnya. Komiknya dibuka satu per satu. Komik yang dibeli ketika belajar di Jepun itu sepenuhnya dicetak dalam bahasa Jepun masih elok dalam simpannya. Namun, hampeh. Masih memikirkan BAJU NIKAH IZARA!?

Kenapa aku macam ni , Ya Allah?

Gelisah tak tentu pasal. Macam runsing, resah semua adalah. Dia memandang jam. Tepat pukul 11.30 pagi.

Dia bingkas bangun, mengambil wuduk lalu memakai baju tshirt yang baru dipakai semalam. Nak solat kena menutupi aurat dengan betul. Wajib! Baru diredhai dan diterima solat kita oleh Allah SWT, Insya Allah.

Solat dhuha dua rakaat dikerjakan. Seusai saja berzikir, tangannya ditadah untuk berdoa.

Ya Allah, aku mohon pada-Mu Ya Allah, jika benar Izara Halina itu jodohku, maka Kau dekatkan dia kepada aku. Kau jagalah dia, Kau lindungilah dia, Ya Allah. Kau panjangkanlah jodohku dengannya serta kau peliharalah dia di mana sahaja dia berada, Ya Allah. Jika dia bukan yang diciptakan untukku Ya Allah, Kau berikanlah aku petunjukmu Ya Allah, hamba-Mu yang lemah. Amin Ya Rabb Al Amin.

Beyond Our Heart  ✓Where stories live. Discover now