04

115 17 17
                                    

Author's p.o.v

Mall

"yoongi kita nak pergi mana dulu ni?" tanya hana sambil memandang sekeliling mall itu

"kita pergi Watson dulu lah aku nak beli barang sikit" jawab yoongi sambil menarik tangan hana untuk ke destinasi yang pertama

Sambil mereka berjalan, mereka menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk everytime.

Orang ramai memandang mereka dengan pelbagai reaksi. Ada yang tersenyum, membuat muka menyampah, dan juga berbisik. Mungkin kerana kemesraan yang dilihat seperti lebih seorang sahabat

Setelah sampai di Watson yoongi memilih barang yang dikehendakinya dan membayar nya di kaunter tak banyak pun hanya deodorant dan pencuci mukanya sahaja.

Setelah selesai membayar, mereka berjalan jalan di dalam mall tersebut.

"yoongi belanja aku ice cream" pinta hana sambil membuat puppy eyes

"ingat comel ke hanot. Jom aku belanja ice cream" balas yoongi dengan mimik muka annoying nya dan berlalu pergi tanpa menunggu hana

"tak guna kau" hana membuka langkah untuk mengikuti yoongi yang sudah di hadapan

Selepas selesai membeli ice cream mereka berjalan keluar dari mall dan berjalan menuju ke sungai han dan duduk di salah sebuah bangku yang terdapat di sungai itu

"yoongi, aku adat satu permintaan" hana bersuara memecahkan kesunyian

"hmm. Apa dia?"

"suatu hari nanti, kalau kau dah jumpa buah hati jangan lupakan aku tau"

Berkerut dahi yoongi mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut hana. Dia pusing menghadap hana, yoongi sedikit tersentak apabila melihat air mata yang mengalir di pipi Hana. Lantas dia memengang kedua belah pipi Hana

"Hey, uljima. Aku janji tak akan lupakan kau walau sedetik pun. Jangan nangis okay" yoongi mengesat lembut air mata Hana

"aku pegang janji kau, dahlah jom kita balik. Hari dah nak malam ni"

"kaja" mereka berdua bangun dan menuju ke arah rumah Hana.

--------------------

Sesampai mereka di rumah Hana menemani Yoongi ke rumah nya dahulu untuk mengemas pakaiannya. Yelah dah puan kim suruh dia duduk sekali, takkan dia nak tolak pula

"Hana tolong ambilkan barang mandi aku dalam tandas" pinta yoongi

"alright"

Selepas siap mengemas segala kelengkapan yang diperlukan, Yoongi dan Hana melangkah keluar dari rumah tersebut dan berlalu pergi ke rumah Hana yang terletak bersebelahan dengan rumahnya

Hana tidak membuang masa apabila sampai di rumah nya, dia menunjukkan bilik tidur Yoongi dan memberi peluang kepada yoongi untuk berehat sebelum makan malam.

Hana turun ke dapur untuk menolong eommanya memasak. Hana seorang anak yang rajin dan pandai memasak.

"eomma, dah lama kita tak pergi melawat kubur appa, papa dengan mama kan. Apa kata kita pergi melawat mereka hujung minggu ni?"

"boleh juga, eomma memang bercadang nak melawat mereka pun. Nanti kita pergi sama sama ye"

"Baik"

Sedang mereka sibuk berbual, Yoongi turun ke dapur untuk menolong apa yang patut. Yelah, duduk rumah irang mestilah kena buat kerja walaupun tuan rumah tak suruh. Nanti dianggap tidak sopan jika orang luar lihat.

"Eomma, Hana ada apa apa yang yoongi boleh tolong?" tanya yoongi sambil menyinsingkan lengan baju nya yang agak labuh itu

"Ha Yoongi tolong eomma susunkan pinggan tu dekat atas meja" pinta puan kim lembut

"baik eomma"

"Ha susun pinggan tu elok elok karang pecah aku nak kau ganti yang lagi mahal" sampuk Hana

"Kau diamlah pendek. Nanti tak pasal pasal kau yang aku jadikan pinggan" jeling Yoongi sekilas

"kalau berani buat lah" balas hana dan menjelirkan lidah nya ke arah Yoongi

Puan kim sekadar menggeleng sambil tersenyum melihat keletah anak anaknya itu. Umur dah 17 tapi perangai tak uabh macam budak umur 7 tahun

"Sudah jangan bertengkar lagi. Nanti eomma hantukkan kepala kamu berdua dekat dinding biar jurus sikit perangai tu"

"Hana ni mulakan dulu" balas yoongi bercampur rengekan manja

"Eleh kau mengada je lebih. Tampaar kang sia sia je" hana menjulingkan biji mata nya

"kau jangan sampai aku sumbat garam tu dalam mulut kau" yoongi menjeling

"Sudah!! Makan je makanan tu diam diam" balas puan kim tegas membuatkan keadaan sunyi tanpa pertengkaran lidah lagi.

                                TBC

(C) loving you ❣ <myg>Where stories live. Discover now