DP||4

13 0 0
                                    

"Hana, is anything okay today?" tanya Puan Erlin memecah kesunyian dua beranak itu.

"Oh, mama... okey je. Erm... nothing yang teruk sangat hari ini," jawab Zanna acuh tak acuh.

"Iyeke ni? Takpelah anak mama ni pun dah besar panjang. I hope you can manage your emotion well," nasihat Puan Erlin. Dia mahukan anaknya sentiasa ceria walaupun tiada adik beradik mahupun kasih sayang seorang ayah.

"Ok mama, i will. Goodnight mama," ucap Hannani lalu melangkah ke arah biliknya yang serba merah jambu.

Nasib kaulah merah jambu, hik.

Setelah mencuci muka dan mengambil wudhuk, dia pun terus memanjat ke atas katilnya yang empuk beralaskan cadar berwarna... Ehem tau-taulah sendiri.

Pusing kiri, tidak selesa.

Pusing kanan, tidak kena.

Lalu dia ambil keputusan untuk memandang kipas yang sedang berpusing dengan ligat.

Ada apa pada kipas?

Ada muka mamat tu ke? Eh no! Simpang empat pun dia takkan jejak kalau ada mamat tu.

Hannani teringat kembali kejadian yang berlaku pagi tadi di sekolahnya.

"Siapa mamat tu? Nak minta maaf konon. Eh, saja-saja langgar ada hati nak minta maaf. Konon, nak jadi gentleman sangatlah, hampeh. Maaf mu tidak akanku terima." Gumam Hannani perlahan.

Bagi Hannani, makhluk yang bernama lelaki ini sejenis yang poyo, ego tinggi melangit. Lepas tu, yang tak gentleman acah gentleman. Pirahh,

Hati seorang insan bernama Nur Zanna ini memang sejenis batu, kayu dan sewaktu dengannya.

Lelaki?

No. Never and never about boys.
Bukan kerana pernah dikecewakan, tetapi dia masih lagi mengamalkan konsep ikhtilat yang telah dipelajari di sekolah lamanya.

Ikhtilat kau! Kau, hado?

Menjaga batasan antara lelaki is Zanna number one priority. Sebagai seorang remaja yang bergelar hamba allah di muka bumi ini.

Selagi belum sampai masanya, stop thinking about that stupid lovey-dovey.

Sungguh, walaupun Zanna sudah belajar di sekolah ini selama empat bulan, dia masih mengingati akan pembelajaran yang diperoleh di sekolah lamanya.Terasa aura sekolah lamanya masih menusuk hingga sanubari.

Dan, tidak lupa juga kepada bapanya, arwah Tuan Ezrul.

8 tahun yang lalu,

"Mama, hana nak doll boleh?" pinta Zanna kepada Puan Erlin. Ketika ini, umurnya baru menginjak ke usia 5 tahun. Sungguh naif dalam segala jenis perasaan.

"Kejap ye Zana, papa on the way. Dalam 5 minit lagi.Tidur dulu ye sayang," pujuk Puan Erlin sambil mengusap rambut anak kesayangannya di riba.

5 minit kemudian,

Handphone yang berdering di atas meja segera dicapai.

"Assalammualaikum, ini Puan Erlin ke?"

"ye... ye saya, ada apa?" terus segar mata Puan Erlin diikuti detakan jantung yang mengepam hebat.

"Suami puan, dimaklumkan telah dilanggar lari oleh sebuah lori balak yang memandu melebihi had laju. Jadi, puan diminta datang segera ke hospital bagi melihat mayat suami puan. Sekian,"

Tamat sahaja panggilan daripada pihak hospital, air mata Puan Erlin tidak henti-henti mengalir deras. Esakan demi esakan kedengaran .Sungguh pilu hatinya ketika mendengarkan perkhabaran yang tidak seharusnya diterima ketika ini.

"Mama, kenapa mama nangis ni? Papa mana?" tanya Zanna yang masih mamai di pangkuan.

"Zana, jom ikut mama pergi hospital ya?" ajak Puan Erlin sambil mengesat air matanya. Dia tidak mahu anaknya turut merasakan kesedihan yang dirasai olehnya.

"Ma, sakit ke? Jomlah," balas Zanna lalu mengekori ibunya.

Sungguh kasihan kepada Zanna. Dia bakal membesar tanpa kasih seorang ayah.

***

Selamat malam dunia, moga hari esok lebih indah dari sebelumnya.

Setelah membaca doa tidur, dia terus menutup matanya moga hari esok akan ada sinar kebahagiaan buatnya.

Tidurlah duhai Zanna,

Stay tuned°vote°comment°

DIARI PINK [OG]Where stories live. Discover now