Hyejin's POV
"Dulu, setiap kali aku sedih aku selalu datang sini." kata Jungkook sambil memandang sebuah tasik dihadapan kami. Redup sahaja pandangannya.
"Jadi sekarang awak sedih?" soal aku lalu mencapai tangannya menyelami setiap jari jarinya. Terasa jari jarinya juga menggenggam tangan aku kembali.
"Mungkin. Lautan dan tasik menenangkan bagi aku." Jungkook memejamkan matanya membiarkan angin angin lembut menampar wajah kacaknya itu. Rambutnya yang agak panjang terselak ketepi menonjolkan dahinya yang luas itu. Ya tuhan, kacaknya lelaki dihadapan aku ni..
Aku ringankan tangan aku untuk menyentuh rambutnya. Lembut!
Kami menghadap sama sendiri. Hanya tiupan angin sahaja kedengaran.
"Jungkook-ah, saya rasa selamat setiap kali dengan awak." kataku. Sebaik sahaja mendengar itu, Jungkook tersenyum lembut.
"Dan kau buatkan aku rasa tenang. Aku tak pernah tahu perempuan boleh menenangkan aku. Kau tahu, aku tak pernah rapat dengan mana mana perempuan pun sepanjang hidup aku." Kata katanya mengejutkan aku. Dia mempunyai rupa yang kacak, tak mungkin tak pernah ada teman wanita?
"Penipu. Awak kacak, takkan tak ada satu pun yang sangkut dengan awak?" aku mencebikkan bibir aku kerana tidak percaya.
Jungkook ketawa kecil. "Ani, mereka anggap aku seorang yang pelik. Omma aku pun tak rapat dengan aku. Jadi kau lah orang yang pertama."
"Boleh saya tanya?" soal aku. Ya, aku pelik kenapa ibunya tidak rapat dengannya,
"Tanyalah." soalnya sepatah sambil menarik aku untuk berjalan mengelilingi tasik ini.
"Kenapa awak tak rapat dengan omma awak?" riak wajahnya serta merta bertukar. dan aku rasa serba salah.
"Kalau awak tak sedia nak bagitahu, tak ap-" belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Jungkook memotong.
"Omma aku benci aku." mata aku membesar sebaik sahaja dia menghabiskan kata katanya.
"Kenapa?" aku merangkul lengannya untuk lebih dekat dengannya.
"Aku penyebab Junghyun kemalangan. Dan ya, aku memang patut dibenci. Aku tak pernah sukakan perempuan dan aku rasa perempuan ni merimaskan." Aku mengerutkan dahi aku.
"Saya tak rasa itu salah awak kan Jungkook? Saya tahu awak tak sengaja. Jungkook, tak semua perempuan macam tu tau. Ha, contohnya sayalah. saya tak merimaskan kann?" sengaja aku berkata begitu untuk mengembalikan moodnya.
"Kau pasti? Bukan dulu kau ke yang beria nak berkawan dengan aku sampai sanggup ikut aku pergi mana mana?" Jungkook mengangkat kening sebelahnya menguji aku.
"Oh, jadi saya ni merimaskanlah? Okey fine. Jangan dekat dengan saya lagi." Aku mencebik lalu menjauhkan diri aku daripadanya. Tawa Jungkook terlepas melihat aku yang merajuk.
Tiba tiba tubuh aku dirangkul dari belakang.
"Janganlah tinggalkan aku sayang.. Kau nak tengok aku mati ke?" Jungkook ketawa betul betul di telinga aku. Aku berkerut mendengar perkataan mati itu.
"Apa awak ni sebut sebut pasal mati pula." Aku menghadapnya dan tangannya masih berada dipinggangku.
"Kenapa? Kau takut kalau aku mati?" Jungkook ni sengaja tau!
"Awak jangan eh, saya bunuh awak betul betul nanti baru tahu!" Aku mencubit perut Jungkook berkali kali.
"Sakitlah Hyejin." Jungkook ketawa sambil menepis tangan aku yang masih mencubitnya itu.
"Jangan cakap pasal mati lagi kalau tak saya bunuh awak betul betul." Aku mencebik.
"Kau nak bunuh aku pakai apa? Pakai cubitan kau ni?" Jungkook ketawa lagi. Lalu menjauhkan dirinya daripada aku.
"Jangan cabar saya okey Jungkook!" Aku mengejarnya sebaik sahaja melihat dia lari.
Sedang aku leka mengejar Jungkook tiba tiba aku terjatuh. Jungkook mula cuak lalu dia mendekati aku dengan risau.
"Hey, kau okey tak?" Jungkook menundukkan badannya untuk melihat kaki aku. Takut terseliuh. Aku tersengih kecil. I got you Jungkook!
Aku memeluk leher Jungkook supaya dia tak dapat lari.
"Gotcha!" Aku ketawa melihat reaksi Jungkook yang terkejut itu. Aku kehilangan keseimbangan jadi aku dan Jungkook terjatuh sambil berpelukan.
Mungkin ada orang yang kata kami gila terbaring di atas rumput ini sambil berpelukan.
"Aku ingat kau sakit betul betul tahu?" Jungkook menarik tangan aku untuk bangun.
"Awak lari laju sangat. Awak fikir saya boleh kejar awak ke?" Kataku sambil ketawa. Aku menepuk nepuk baju aku kerana ada kotoran yang melekat pada baju aku.
Kami mula berjalan dengan tenang semula. Jungkook disebelah aku perhati. Aku rasa lega dapat membantu dia menghilangkan kesedihannya walaupun sedikit. Mungkin selama ini dia tak pernah rasa kasih sayang seorang perempuan sebab itu dulu dia agak kekok nak bergaul dengan aku.
I'll be your little happiness Jungkook.
Author's POV
Ketika Jungkook dan Hyejin sedang bergembira, Ada seseorang yang sedang memerhati mereka disebalik pokok pokok disitu.
"Bergembiralah selagi boleh Jeon Jungkook. Kegembiraan kau tak akan lama." Tawa kecil keluar dari bibirnya. Matanya memerah kerana menahan dendam yang telah lama dia simpan.
"Kau tak akan tahu apa itu erti kebahagiaan. Hiduplah dalam kegelapan. Kau tak layak untuk bahagia." katanya lagi. Dia meludah disitu lalu terus beredar dari situ. Melihat Jungkook bahagia ialah satu kesakitan dalam dirinya.
Baginya, Jungkook tak layak untuk bahagia. Jungkook penyebab dia merana.
_______________tbc
Hyeeee sorry part ni pendekkk. Jangan lupa votes and comments and jangan lupa check fanfic baru saya tau! Heartbeat! Jangan lupa votes and comments dekat situ jugak. Thanks alot, I purple you!! 💜💜💜💜💜
YOU ARE READING
[H] Euphoria ° 전정국
FanfictionSemua kebahagiaan aku, kau ambil. Sampai aku dah tak boleh tersenyum seperti selalu. Terlalu susah untukku untuk mewujudkan perasaan gembira aku kembali. Semuanya disebabkan kau. Kau punca aku jadi begini. Kau.. Punca. Tetapi, dengan munculnya 'dia...