diri =1

6 0 0
                                    

Hati?

Apa itu hati?

Hati adalah satu tempat dimana semua perasaan tersimpan di situ.

sedih,gembira,takut,gementar dan semuanya akan ada dalam hati kita,

hati seorang insan yang digelar manusia.

Pelikkan?

Bagaimana kesemua perasaan itu boleh duduk di dalam hati yang kita tidak pasti besarnya dan mungkin hanya sebesar penumbuk kita.

kenapa apabila seseorang itu sedih,

hatinya sakit seperti di tikam?

Hati yang sedih akan sakit apabila kegembiraan itu sedikit daripada kesedihan.

Tak percaya?

Tanya diri anda? kenapa anda boleh menangis seperti ingin mati sedangkan anda kata anda bahagia?

Anda sedar bahawa diri anda tidak bahagia tapi..

Sebagai seorang manusia,

Kita ingin menunjukan yang terbaik kepada semua orang.

Jaranglah kalau jumpa yang ingin memperbodohkan diri di depan orang,

kecuali lah dia gila.

Aku ni seorang manusia juga.

Manusia yang boleh korang pijak.

Manusia yang boleh korang jijik.

Manusia yang boleh korang hina.

Sedih?

Hahaha.. jangan sedih.

Kenapa perlu sedih kepada orang macam aku?

Kau juga yang buat semua itu pada aku.

Aku tak ambik hati tapi,

Hati yang sakit ini siapa yang nak pulihkan?

Keluarga?

Apa gunanya ada keluarga kalau semua sibuk dengan hal masing-masing.

Aku ini macam tunggul kayu dalam rumah.

Tiada adik-beradik aku tidak kisah tapi..

Apa fungsinya aku kalau tiada yang mengambil tahu tentang kewujudan aku?

mungkin ada lagi yang teruk daripada aku tapi,,

Aku tak mampu untuk teruskan kehidupan begini.

Mak aku bangga bila orang cakap yang mereka tidak tahu dia punya anak perempuan.

Tapi bagi aku itu bukan satu kebanggaan kerana,,

Aku rasa seperti mak yang malu untuk tunjukkan anaknya.

Aku sedar aku tak cantik seperti rakan ku yang lain.

Aku sedar yang aku gemuk seperti anak gajah.

Tapi tidakkah rasa sayang terhadap aku?

Aku ingin punya ayah yang baik dan sayang pada aku.

Bila aku ingin berborak bersamanya

hanya ya dan tidak sahaja jawapan dari mulutnya yang aku dapat.

Kadang-kadang hmm sahaja.

Aku sedar,

dulu ayah ingin membuang aku tapi mama halang.

Mungkin aku hanya beban kepada mereka.

Aku ingin menolong mereka dengan berkerja tapi,

Mama pasti tidak akan mengizin kan aku untuk mencari duit.

Dalam diam aku buat kelas tuition untuk punya wang sendiri,

Tapi wang itu terpaksa aku berikan kepada mama kerana mama lebih memerlukan.

Aku bukanlah rasa yang mama tak sayang aku,

tapi bila sayang kenapa menyampah?

Mungkin dia tidak reti untuk menunjukkan kasih nya itu.

Aku sabar,

Sabar sangat sehinggakan

aku hilang maruah.

Mama berusaha menolong tapi ayah?

Haha massihkah aku punya ayah jika anaknya kena buat oleh orang tapi dia boleh tersenyum dihadapan yang lain.

Aku ini siapa? Anak atau SAMPAH?

Kalian rasa?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

luahan hatiWhere stories live. Discover now