Pagi yang indah, membuang perasaan yang resah, buat si gadis gelisah bernama Nur Zanna.
Gelisah? Alamak!
'Aduh Zana, macam mana kau boleh tertinggal buku bahasa inggeris ni? Masaklah aku hari ni,' bisik Zanna yang sedang ligat mencari buku latihan bahasa inggerisnya itu di dalam beg.
Dahi dah banjir, tangan dah berintik peluh.
'Sah, memang aku tak bawa ni,' bisik Zanna kegusaran sekali lagi.
"Stand up class! Assalammualaikum and good morning teacher!" Lantang suara si ketua kelas memberi arahan lalu diikuti oleh anak buahnya.
"Ok, waalaikumsalam.You guys may sit down." Arah Teacher Haza selaku guru bahasa Inggeris.
"Class, have you done your homework, yesterday? If you have done, please change with your partner. We will mark together," tegas suara Teacher Haza memberikan arahan.
"Aduh, rasa nak terkucil pulak," gumam Zanna yang semakin gusar.
"Weyh, bak buku kau. Aku nak tengok sehebat mana jawapan betul kau tu," ujar Ina, 'jiran' sebelahku.
Amboi, bukan main berlagak lagi kau ye Ina.
"Err, aku tak bawalah," ujar Hannani kegelisahan.
Lantas, Ina pun mengangkat tangannya.
"Minah ni, kepocilah. Tahulah anak murid kesayangan. Nak mengadu pulak dah. Heishh," desis Zanna kegeraman.
"Yes, Ina. What's wrong?" tanya Teacher Haza.
"Zanna, not bring her book teacher!" beritahu Ina lantang. Seisi kelas terus menoleh ke arah Zanna.
"Zanna! Why you're not bring your book? Are you not finish it yet?" soal Teacher Haza tegas.
Rasanya, orang lain pun boleh terkucil juga jika mendengar kelantangan dan ketegasan Teacher Haza ini.
"Err... teacher, i for..." tanpa sempat menghabiskan ayatnya,
"Stop. I don't want to hear any reason from you. Sebagai denda, awak perlu hantar semua buku yang diorang dah tanda. Tepat, sebelum rehat. Understand?"
Tanpa membuang masa lagi, bunyi loceng kedengaran menandakan waktu rehat bagi menengah atas.
Setelah memberi salam dan mengutip buku latihan yang diarahkan oleh Teacher Haza,
"Eh, budak tu kena dendalah. Siapa suruh tak bawa buku. Kan dah kena setepek. Hahahah," perli Ina diikuti gelak tawa Dina.
Ni kalau bagi cili hijau, confirm mulut dah setaraf Angelina Jolie. Lantak korang lah.
Tanpa mempedulikan perlian dua ekor lalat diva itu, Zanna terus menonong sahaja meninggalkan mereka yang galak memperlekehkan dirinya.
Huh, macam aku kisah sangat. Denda ni pun takdelah berat mana.
☁☁☁
"Jauh lagi ke meja cikgu singa ni," gumam Zanna sambil mengira langkah kakinya di dalam kepala.
Astaghfirullah, tak baik mengutuk cikgu sendiri, tak berkat ilmu kau nanti.
Tanpa disedari,
Debuk!
debash,
kebaboom!
Hamboi effect nya hehh, abaikan.
Habis segala buku bertaburan di atas lantai. Laju sahaja tangannya mengutip buku-buku latihan tersebut.
"Bala mana lagi ni, tak habis- habis menimpa diriku ini," keluh Zanna terlalu geram yang amat. Lantas mengangkat kepalanya demi melihat siapakah gerangan yang melanggar dirinya.
hey, aku penat susun cantik ikut nama, dah berterabur balik. Malang betul asyik terkena 'bala' yang ini.
"Eh, awak!" teriak lelaki tersebut. "Please, kejap saya nak ca..."
"Nothing to say even it's 'sorry'," amboi ber speaking kau ye Zanna.
Kau ingat rupa kau yang helok tu aku nak pandang? Jangan harap lah kau!
Selepas memberi jelingan maut ke arah lelaki tersebut, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik guru bagi melangsaikan dendanya kepada Teacher Haza.
"Aduh, setiap kali aku nak cakap je, mesti blah macam tu. Takpe, kalau ada jodoh kita accident lagi kan?" seraya itu dia tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
"Hoi, brader. Kau ni dah kenapa buang tebiat senyum sorang-sorang ni? Ketagih dengan lagu SORANG dah ke?" tegur rakannya yang sedari tadi melihat kawannya sedang tersenyum sendirian.
"Eh, nantilah aku cerita. Sekarang ni, jom kita isi perut dulu. Lepastu, baru kita check library eh?" cadang si lelaki itu kepada rakannya.
Aduhh, kau ni la... dah tau si Zanna tu tak akan layan kau, kau doa juga nak accident dengan dia lagi dah kenapa.
Mungkin dengan cara itu Zanna akan terbuka hati untuk lelaki manalah tahu kan. Ye dak?
Heh, mustahil!
Stay tuned°vote°comment
YOU ARE READING
DIARI PINK [OG]
Teen FictionKisah Nur Zanna yang terlalu obses akan warna pink.Tiba hari kelahirannya, dia telah memperoleh hadiah berupa sebuah diari pink yang diidam-idamkannya selama ini. Diari pink membantu Nur Zanna melampiaskan segala yang terpendam di hati, tidak kira d...