PART 78

433 11 1
                                    

Ris mengigit kuku jarinya sambil dirinya ulang alik di depan bilik , di mana Arsya di kurung. Sudah terlalu lama, sudah berbulan-bulan, Arsya masih berdegil yang dirinya adalah Alisya. 

Adakah dia silap? Tak mungkin! 

Arsya bijak berpura-pura, malah apabila dia menyamar sebagai Alisya, tidak sesiapapun dapat membezakan. Dirinya juga berkali-kali tertipu. 

Lebih penting lagi, dia sendiri melihat mayat Alisya tempoh hari. Dia sendiri menanam tubuh kaku itu dan dia sendiri diberitahu Arsya akan helah dan sasarannya seterusnya- Neal.

Jadi kenapa Arsya masih berpura-pura di depannya? 

Betulkah Arsya sudah hilang ingatan? 

Tapi bukankah ini trick Arsya untuk mendekati Neal?

Ris gosok kepala yang terasa semakin bingung dan keliru. 

Dia masuk ke bilik kurungan. Di dalamnya Arsya sedang tidur. Ris sudah lama tidak mengikat Arsya. Malah dia telah berikan kebebasan pada Arsya di dalam bilik ini. Dia juga sudah berhenti mencederakan Arsya.

Setiap hari dia menghantar makanan dan memerhatikan Arsya. Berharap yang satu hari nanti, dia dapat lihat perbezaannya. 

Ini Arsya bukan?

Dia tak mungkin silap.  

Dia  yakin yang di depannya ini adalah Arsya yang sedang mengujinya. Konon-konon sebagai Alisya. 

Atau adakah di depannya ini Arsya yang sudah kehilangan memori?

Dia semakin tidak pasti.

.

.

Alisya terjaga. 

Di depannya, Ris sedang menantinya.  Sesuatu menganggu fikiran Ris, terlukis di riak garis wajahnya.

" Siapa awak?" tanya Ris sebaik sahaja Alisya berganjak darinya.

" Alisya."

Ris tidak melenting seperti kebiasaannya. Dia merenung Alisya. 

" Alisya.. "ucap Ris perlahan. Dia menghela nafas dengan payah. 

" Baiklah, jika awak Alisya, adakah awak ingat apa yang awak pernah cakapkan pada saya?"

Alisya diam tidak mengerti. Apa maksud Ris? Mereka pernah bertemu kah sebelum ini? Mungkin juga Ris berhalusinasi?

" Adakah awak ingat?!" herdik Ris.  

Alisya pantas geleng kepala. 

Ris mengeluh.

" Awak adalah Arsya. Adakah awak hendak menguji saya, ha Arsya?"

"Saya bukan Arsya. Walau apa pun awak cakapkan, saya tahu yang saya bukan Arsya. Itu pasti!" 

Ris melemparkan segaris senyuman.

" Kenapa? Kenapa awak tersenyum? " soal Alisya, terasa Ris mengejeknya. 

" Keyakinan awak mengingatkan saya pada Alisya."

" Saya memang Alisya. Berapa kali awak nak saya ulang?!" 

Ris tertawa.

" Kemarahan  awak pula, mengingatkan saya pada Arsya. Siapa awak sebenarnya? Alisya? Arsya?" sindir Ris.  

Ris mendekati Alisya yang duduk di katil. 

" Aku mahukan kau Arsya. Aku perlukan kau. Jangan seksa aku begini. Jangan tinggalkan aku."

Ris cuba memeluk dan mencium Alisya namun jeritan dan rontaan Alisya menghentikan tindakannya.

Dia terkejut. Berbeza. Kenapa segalanya berbeza?

" Saya tak bermaksud..." ucap Ris kesal. 

Dia cepat-cepat menjauhkan dirinya dari Alisya. 

" Saya keliru. Apa yang saya buat di sini? Kenapa saya masih di sini? Mengapa saya ingin berada di sisi awak walaupun saya begitu bencikan awak, Arsya? "

"Saya tahu apa jawapan awak. Awak akan beritahu saya, apa yang saya lakukan semua ini kerana saya mencintai awak, kan?"

Ris merenung Alisya dengan air mata yang bergenang, mengalir perlahan-lahan.

Dia kembali mendekati Alisya. Kali ini dia melutut di kaki Alisya. Kedua tangan Alisya dipegangnya lembut.

"Ya, saya cintakan awak! Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk berada di sisi awak. Saya sanggup jadi boneka dan diseksa demi awak. Saya tidak kisah. Tapi jangan lupakan saya, memori kita. Ia perit bagi saya tapi ia juga bukti cinta saya pada awak." 

"Hentikan permainan ini Arsya. Kembali dan ingat siapa diri awak. Saya terlalu rindukan awak. Saya tak boleh kehilangan awak. " rayu Ris mendayu-dayu.

Alisya bersimpati dengannya tetapi... 

"Maafkan saya Ris. Saya bukan orang yang awak cintai." balas Alisya.

Ris melepaskan tangan Alisya, berdiri membelakangi Alisya, merenung siling, cuba menghentikan tangisannya.

"Jadi apa perlu saya lakukan? Saya cintakan Arsya." tanya Ris. 

"Usah berhenti mencintainya."

 Pantas Ris berpaling.  

Matanya terbeliak, terkejut, dia seolah-olah mendengar sesuatu yang tidak disangkanya. 

Yang sudah terlalu lama tidak didengarnya.

Kata-kata itu. 

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now