PART 79

407 14 1
                                    

Memoir~

Ris  bersandar di tepi dinding bilik kurungan ini. Dari celah tiang, satu tangan terhulur mengusap pipinya yang lekit dengan darah yang semakin kering. 

Ris memejam matanya, tidak peduli. 

Ris tahu siapa di dalam bilik kurungan ini,  juga tahu mengapa insan itu berada di sini.  

Tangan itu kembali masuk ke dalam kemudian selang beberapa ketika keluar  dengan memegang segelas air. Ris tidak mempedulikannya.

Tidak putus asa, dengan kain basah di tangan, penghuni bilik kurungan itu cuba membasahkan bibir Ris, seolah-olah mengetahui Ris sudah lama tidak minum air dan tubuhnya itu semakin lemah.

.

.

"Tahu berapa lama manusia boleh hidup tanpa air?"  tanya Arsya satu hari dan Ris diarahkan untuk tidak minum sejak saat itu.

Pada hari ke 5, saat Ris begitu lemah,  Arsya mengheret Ris ke bilik kurungan ini.

"Bosan! Permainan ini membosankan. Kau membosankan." 

Itu kata-kata Arsya sebelum meninggalkannya di sini.

Di sini, terdapat penjara besi yang menempatkan penghuninya.  Ris pernah melihat penghuninya. Seorang gadis cantik persis Arsya.

Walaupun wajahnya tidak bermaya dan kotor setiap masa, namun bibir pucat itu sentiasa menguntum senyum setiap kali mereka bertemu. Kemesraan yang wujud tanpa bicara.  

"Alisya, mengapa awak berada di sini?" soalan itu yang diajunya  pada kali pertama dia dibawa Arsya ke bilik kurungan ini. 

"Awak kenal siapa saya?" soal Alisya kembali. Dia memandang Ris dari penjara ini. 

Jelas yang Ris keliru.

" Siapa lelaki ini?" tanya Alisya pada Arsya yang berdiri di sisi Ris.

" My doll."

" Kau tak patut libatkan orang lain! Lepaskan dia." marah Alisya.

" Mengapa pula. Dia yang melibatkan diri dengan aku. Aku tidak memaksa dia untuk lakukan apa-apapun, kan Ris?" kata Arsya sambil membelai Ris.

Ris masih membisu dan keliru. 

Sepatutnya Arsya tidak akan mencederakan sesiapa setelah mempunyai 'boneka'nya sendiri. Itu yang sepatutnya, jadi kenapa Arsya boleh menyembunyikan Alisya di sini?

" Kakak! Apa kakak telah buat?!" herdik Alisya dapat rasa ada yang tidak kena. 

"Shh... kau patut bersyukur. Disebabkan dialah, kau tak cedera lagi. Dan disebabkan dialah aku takkan usik kau. I will play ONLY with my new doll."

Arsya sengih kemudian membuka kancing butang baju Ris, mendedahkan dada lelaki ini.  

Ris diam merelakan. 

" Lihat ini.." 

Arsya mengeluarkan sebuah pisau pemotong daging, kemudian perlahan-lahan membelah dada Ris.  

" He is just like Neal." kata Arsya. 

Alisya menangis. 

.

.

.

Ris tersentak dari lena. Badannya terasa lebih segar berbanding sebelum ini.  Perlahan-lahan Ris cuba bangun dan ketika itulah tangannya  terlanggar gelas yang sudah kosong. 

Di tepi tiang, Alisya sedang tertidur keletihan. 

Rupa-rupanya Alisya lah yang tidak putus-putus menuang air pada nya, memastikan dirinya terus hidup.

Ris panas hati.

Sekali lagi, kenapa mesti Alisya mempedulikannya?

" Awak....awak dah ok?" tanya Alisya sebaik tersedar dan melihat Ris sedang berdiri di depan kurungannya.

" Kenapa awak buat semua ini?! Sebaik manapun layanan awak pada saya, saya tak boleh buat apa-apa untuk awak!"  kata Ris dalam marah. 

" Saya tidak perlukan apa-apa pun daripada awak. Ini kehendak saya sendiri." jelas Alisya.

Ris berpaling untuk keluar dari sini. Pintu dilihatnya tidak lagi berkunci. Ini bermaksud yang Arsya sedang menantinya. 

" Terima kasih." ucap Ris perlahan.

" Awak! Awak bukan sebuah boneka." laung Alisya. 

Ris tersentak. Dia menoleh pada Alisya. 

" Awak mempunyai pilihan..jadi kenapa? Kenapa awak bersama Arsya? " tanya Alisya. 

" Sama seperti awak." jawab Ris. 

" Sama seperti saya? Awak lakukan semua ini untuk melindungi siapa?"

Ris membisu. 

" Awak korbankan diri awak untuk siapa?Beritahu saya." ulang Alisya mahukan jawapan. 

" Adakah dia insan yang awak sayangi?"

Ris merenung Alisya. Jelas yang dia mengiyakannya. 

"Arsya, demi melindunginya dari kegilaan dirinya sendiri. Saya lakukan semua ini. Saya menyayangi dan mencintainya." 

Jawapan Ris membuatkan Alisya terdiam.

" Kenapa? Awak rasa saya bodoh kerana mencintai seorang gadis seperti Arsya? Dia takkan menghargai saya, malah tak mungkin mencintai saya kembali. Dia hanya mempergunakan saya, mempermainkan perasaan saya,  'merosakkan' saya."

Alisya geleng kepala tidak bersetuju dengan tuduhan Ris padanya.

"Tidak saya tak fikir begitu. Apa yang saya fikir ialah awak mengingatkan saya pada dia."

"Dia yang sanggup melakukan apa sahaja melindungi cinta nya. Bagi saya awak tidak bodoh, tidak salah. Pengorbanan tanpa pembalasan, ia sebuah cinta yang agung tetapi, awak akan mati demi cinta ini."

" Seseorang perlu hentikan awak.  " luah Alisya kerisauan.

Kerisauan itu yang membezakan antara Alisya dan Arsya. 

Dua wajah dengan jiwa yang berbeza. 

Jauh di lubuk hati Ris , dia bersetuju dengan kata-kata Alisya. Tiada sesiapa perlu mengingatkannya tentang kebenaran ini. Dia sudah lama tahu.

"Alisya, saya bencikan Arsya yang merampas segala-galanya dari saya. Membuat saya rosak seperti ini. Membuat saya mencintainya seperti ini."

"Memang saya punya pilihan, tetapi hati ini tidak mahu memilih. Kerana disebalik penyeksaan dan penderitaan ini, kegembiraan juga hadir bila saya berada disisi Arsya , mencintainya, menjadi miliknya, walau hanya sebagai boneka."

Alisya seakan mengerti.

Kerana itu yang dirasainya selama ini. Demi Neal, dia jua sanggup terseksa seperti ini. 

Cinta ini, teruk bukan?

Ia indah dan menyakitkan.

Ris mengetap bibirnya.

"Cinta ini sudah menghilangkan semua pertimbangan, perasaan ini seakan tali gantung yang dalam diam, menjerutku. Apa perlu aku lakukan? Aku gila kerana terlalu mencintai Arsya."  

Alisya merenung kosong.

"Usah berhenti mencintainya. Jika kehilangannya lebih perit dari berada di sisinya, maka jangan lepaskannya. Ia sakit, ia menyeksakan tetapi ia sebuah cinta. Cinta mu.. "

Ris senyum pahit. 

"Alisya, apakah kesilapan ku?  Mencintainya atau jatuh cinta padanya?"

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now