Neal tidak terkejut bila melihat Kenny sedang menantinya di luar rumah.
Sudah beberapa hari Kenny tidak ke sini dan Neal mengagak Kenny pasti sudah mengetahui segalanya.
Neal keluar dari rumah, berdepan dengan Kenny dan Alisa. Kedua-dua mereka kelihatan berbeza, Kenny terutamanya, sudah lama dia tidak melihat kemarahan itu di wajah Kenny.
" Kenapa ?"tanya Neal. Senyuman dilemparkan cuba menjernihkan suasana.
" Kau tak pernah beritahu aku yang Alisya dan Arsya adalah kembar."
" Apa kaitannya?"
"Kau juga tidak beritahu 'game' yang Arsya suka main, how she love to act like her little sister and she's good with it."
" Details itu tidak penting."
" Hmm. Ok how about this details? Arsya masih hidup, you know about it right?You should know about it!" Kenny mencampak satu file hitam ke dada Neal.
" Mana kau dapat ni?"
" Private investigator kita yang bagi.Sewaktu kita cari Alisya selama ini, kau suruh dia siasat juga pasal Arsya. Kau sembunyikan laporan ini dari pengetahuan aku, kenapa? Apa lagi yang kau sembunyikan? "
Tiada jawapan dari Neal- kaku membisu.
"Keraguan aku itu bukan tidak berasas, everything makes sense now. Apa kau pasti yang di dalam rumah ini adalah Alisya bukan Arsya?"
"Ini tiada kaitan dengan kau." balas Neal dingin.
Kenny tergamam. Tiada kaitan? Jadi apa yang dia lakukan selama ini tidak pentingkah? tidak bernilai bagi Neal hinggakan Neal menyembunyikan semua ini dari pengetahuannya.
Bukankah mereka adalah sahabat, bukannya kawan bodoh-bodoh gitu, tetapi sejak sekolah lagi dan Neal sentiasa menyembunyikan segalanya, seolah-olah tidak percaya pada dirinya, tidak menggap dirinya sebagai sahabat? Jadi siapa dia bagi Neal?
" Aku tak pernah minta kau terlibat dalam hal aku." kata Neal .
Hampir-hampir sahaja mereka bertumbuk, tapi tindakan Alisa yang pantas memegang Kenny, menghalang semua itu dari berlaku.
Alisa merenung Neal yang kelihatan tenang menghadapi kekecohan ini.
Alisa tidak faham kenapa Neal seperti orang lain, Neal yang dikenalinya tidak pernah bertindak mementingkan diri seperti ini, terutama pada Kenny-satu-satunya sahabatnya.
" Everything is wrong here, and you know it!" luah Kenny berang.
Pintu rumah tiba-tiba terselak, dan Alisya menjenguk keluar, melihat kekecohan di luar rumah ini. Dari reaksi wajahnya, dia tidak tahu apa yang telah terjadi.
" Neal? Kenny? Alisa?"
" Kau siapa sebenarnya ha?" soal Kenny mendadak.
Neal menghalang dari Kenny mendekati Alisya.
" Cukup, jangan libatkan dia." kata Neal seolah satu amaran.
Neal melindungi Alisya di belakangnya.
"Kenapa? Kau takut yang aku akan mengetahui kebenarannya?" gertak Kenny.
" Alisya, awak masuk dulu." ujar Neal pada Alisya.
"Kenapa?" tanya Alisya kehairanan.
" Please..." rayu Neal dan akhirnya Alisya akur dalam kekeliruan.
" Kenny, apa yang kau nak sebenarnya?" tanya Neal sebaik memastikan Alisya selamat di dalam rumah.
" Berikan aku jawapan yang memuaskan semua persoalan aku dan keraguan ku."
" Baiklah. Di dalam rumah ini, perempuan yang berada di dalam ini, perempuan yang kau ragu-ragu identitinya, dia adalah Alisya. Kepastian aku takkan berubah. Apa jua yang kau nafikan atau jelaskan, ia tidak bermakna apa-apa bagiku. Puas hati? "
" Kau keliru! "
" Tidak!"bangkang Neal. Dia membuka pintu rumah bersedia untuk masuk.
"Kau berdua, cukup sampai sini sahaja. Jangan libatkan diri lagi dalam hal aku." putus Neal.
Dia masuk ke dalam meninggalkan Kenny dan Alisa.
Sebaik sahaja Neal melangkah masuk, sepucuk dart melayang ke arahnya. Walaupun sempat Neal mengelak, namun lehernya tergores dek serangan yang mengejut itu. Darah mengalir dari lukanya dan disambut dengan tawa kecil yang berkumandang lembut.
"Upps... terlepas." ujar Alisya berpura-pura comel.
Neal merenung Alisya yang dari tadi sedang menanti dia masuk.
Dibelakang Alisya, kaca televisyen yang terpasang sedang mempaparkan berita tentang penemuan mayat yang hampir reput di sebuah gudang lama.
Identiti mayat itu dikenali sebagai Rishaz Zakriel, lelaki yang dilaporkan hilang ketika berusia 16 tahun dan terlibat dalam penculikan serta pembunuhan di sebuah hospital swasta , 10 tahun lalu.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
RomanceApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...