Kisah 5

4 0 0
                                    

Cuaca redup membuatkan pemanduan aku elok dan lancar. Jalan pula tak banyak kereta. Mungkin orang lebih suka duduk "chill chill" di rumah berbanding kami yang suka keluar.

Lampu hijau bertukar merah, jarak 50 meter aku sudah mula tekan pedal brake. Aku memang begitu, jenis jaga jarak kalau pandu kereta. Risau langgar kereta depan kalau ikut rapat.

"Awak tahu dalam banyak semut, semut apa yang tak de kaki?" My love cuba buka perbualan dengan teka teki.

Aku pandang sambil kerutkan dahi. Kemudian aku rasa macam soalan tu senang sangat.

"Semut cacat?" Aku cuba menduga

"Salah" Jawab My Love pendek

"Semut yang kena potong kaki?" Aku cuba kali kedua

"Teett...Salah. Jawapannya semut yang kena kencing manis. Hahaha"

"Kenapa pula?"

"Yela kan semut suka gula. Jadi dia kena kencing manis laa. Pastu kaki dia kena potong. Hehehe" Sambil tersengih tangan kiki buat isyarat gunting.

"Oh hahaha. Ish awak ni"

Lepas kami ketawa sama-sama keadaan kembali senyap. Aku pun pandu kereta macam biasa. Kami sebenarnya mahu menuju ke kedai makan. Tapi yang anehnya kami pun tak tahu lagi nak makan di mana.

Selang 3 minit.

"Hahahaha..." Aku tergelak bila teringat semula teka teki My Love tadi.

"Eh kenapa awak ni?" My Love terkejut.

"Teka teki awak tadi. Kelakar. Hahaha"

"Awak boleh tak jangan mudah terhibur sangat? Eee geram la saya. Bukan lawak sangat pun" My Love mencebik.

"Hehehe. okay. okay"

"Tengok tu!"

"Err...Okay boss"

Aku teruskan pemanduan semula. Aku ni multipurpose sebenarnya. Boleh memandu sambil berbual. Kadang-kadang aku menyanyi. Terer juga kan?

Untuk pergi ke tempat yang tak ketahuan hala, perjalanan kami melalui sebuah masjid yang unggul dan cantik.

"Saya kagum dengan seni bina masjid ni" Aku cuma buka topik baru

"Apa dia?"

"Saya kagum dengan seni bina masjid ni" Aku ulang semula

"Oh. Yelah cantik kan" My Love menambah lagi. Kemudian dia sambung picit telefon pintar.

"Cantik. Tapi yang saya lagi kagum, terernya arkitek dengan engineer ni buat masjid ni"

"Kenapa?" My Love menyoal seraya dahinya mula berkerut. Telefon pintarnya mula dimasukkan dalam tas tangan.

"Sebab dia boleh bina satu structure yang boleh kata perfect dari awal sampai lah siap. Dan mengadap kiblat pulak tu" Aku mula explain lebih. Aku betul l-betul teruja.

"Eh. Aah kan. Betul juga" My Love juga kagum.

"Haa tu kedai makan berenti. Berenti!" Secara tiba tiba My Love menjerit kerana ternampak sebuah kedai makan.

Aku terperanjat dan terkan brake secara spontan. Lori Ayam belakang dah hon panjang. Dia buka tingkap dia maki aku. Aku sabar je.

"Lain kali buat la macam tu lagi. Bila dah depan kedai baru suruh berenti. Kalau kena sodok dengan lori belakang tadi macam mana!" Aku marah tapi tak menengking.

Ya tuan puan. Kami berjaya juga lah jumpa kedai makan tu selepas aku berjaya buat uturn. Tapi macam biasa tuan puan aku pandang dan bercakap nasik jelah sepanjang makan tengah hari tu.

Ada ka patut tuan puan?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 20, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My LOVEWhere stories live. Discover now