TRINGGGG
Jam loceng berbunyi menunjukkan pukul 6 pagi. Aina bangun dari tidur."Aina, bangun..hari ni kamu sekolah." Panggil Puan Samsiah kepada anaknya.
"Ya, mak," sahut Aina sambil menyapu bedak sedikit di mukanya. Aina melihat dirinya di cermin, dia memakai pakaian uniform sekolah dengan lengkap dan mengikut peraturan sekolah.
Aina mengambil beg sekolahnya dan terus menuju ke dapur.
"Duduk sini makan, mak dah nak ke gerai jual nasi lemak," kata Puan Samsiah sambil menyusun nasi lemak yang telah dibungkus ke dalam raga dan bersiap untuk membawanya gerai untuk dijual.
"Mak!' jerit Aina ketika emaknya sedang melangkah keluar dari rumah.
"Apa?' tanya Puan Samsiah kepada anaknya itu.
" Hmm, cikgu tanya hari tu, duit yuran bila nak bayar," jawab Aina.
"Nanti la, mak dah lambat ni," balas Puan Samsiah. Puan Samsiah sengaja mengelakkan diri daripada soalan itu apabila setiap kali ditanya oleh anaknya itu kerana wang yang ada padanya tidak mencukupi untuk membayar yuran persekolahan anaknya itu. Dulu hidup mereka sangat selesa tetapi semuanya berubah selepas kematian Encik Hadi, suaminya akibat kemalangan di jalan raya tiga tahun yang lalu.
"ABANG nak pergi JB buat apa?" tanya Puan Samsiah kepada suaminya, Encik Hadi.
"Saya kena pergi hantar barang la, dah lama saya tak hantar barang ke sana," kata Encik Hadi. Encik Hadi seorang pemandu lori. Tugasnya adalah untuk menghantar barang dari kilang ke kedai-kedai yang berdekatan mahupun yang jauh. Itulah perkerjaannya selepas tamat zaman persekolahan. Disebabkan keputusannya yang tidak baik dalam SPM, dia terpaksa berkerja sebagai pemandu lori.
"Saya rasa tak sedap hati la abang. Rasanya tak payahlah pergi ke sana," kata Puan Samsiah sambil melipat kain baju yang telah kering dijemur.
"Dah ini memang kerja saya, saya kena pergi la," balas Encik Hadi dalam nada marah.
Puan Samsiah hanya mendiamkan diri. Betul juga kata suaminya itu. Memang itulah sumber rezeki mereka selepas 18 tahun melayari kehidupan sebagai suami isteri. Tetapi, menurut firasatnya, dia dapat merasakan sesuatu perkara yang tidak diingini akan berlaku.
"Bila abang akan ke sana?" tanya Puan Samsiah sambil membawa kain baju yang dilipatnya tadi ke dalam bilik untuk disusun ke dalam almari.
" Minggu depan kot, saya pergi tiga hari ja bukan lama pun," jawab Encik Hadi sambil membaca surat khabar Utusan Metro.
TIGA hari selepas Encik Hadi pergi ke Johor Bahru atas urusan kerja, dia tidak pulang ke rumah. Encik Hadi memberitahu bahawa dia akan pulang ke rumah pada petang hari namun sehingga lewat malam kelibatnya masih tidak muncul.
"Ayah tak balik lagi ke mak?" tanya Aina sambil menonton televisyen di ruang tamu.
"Entahlah, katanya malam ni sampai," jawab Puan Samsiah sambil menjeling ke arah jam. Tadi petang Encik Hadi ada menelefonnya dan berkata dia akan tiba ke rumah pada pukul 8 malam, tetapi jam telah menunjukkan pukul 11:00 malam.
"Kamu pergi tidur dulu, esok kamu sekolah. Kejap lagi ayah balik la tu," kata Puan Samsiah. Sebenarnya, hatinya merasakan sesuatu perkara yang tidak baik akan berlaku namun dia cuba berlagak tenang dan mengharapkan agar semua berada dalam keadaan baik.
Aina hanya menuruti sahaja kata-kata ibunya itu lalu terus ke bilik tidur.
Tiba-tiba, kedengaran seperti ada orang ramai yang sedang mengetuk pintu di luar rumah. Aina memberhentikan langkahnya. Puan Samsiah pergi membuka pintu. Melihatkan ada sekumpulan polis di depannya, Puan Samsiah terkejut.
"Boleh saya tahu, adakah ini rumah Encik Ahmad Hadi bin Mat Isa?" tanya salah seorang daripada anggota polis itu.
"Ya,.. saya.. isterinya..," jawab Puan Samsiah dalam keadaan gagap.
" Sebenarnya, Encik Ahmad Hadi terlibat dalam satu kes kemalangan dan maut di tempat kejadian. Mangsa sedang dibedah siasat di hospital," kata anggota polis tersebut.
"Ayah!" jerit Aina lalu berlari ke arah ibunya. Sebenarnya, Aina berdiri di sebalik kabinet televisyen dan memang telinga mendengar perbualan ibunya dan anggota polis tersebut.
"Abang... Innalillahiwainnalillahirajiun," ucap Puan Samsiah lalu tersungkur menangis. Dia tidak menyangka akan pemergian suaminya itu. Dia berasa sangat sedih kerana suaminya akan meninggalkannya. Kedua-dua beranak itu meratapi pemergian Encik Hadi.
PUAN Samsiah tersedar, rupanya dia sedang nengigati kisah lalu. Encik
Hadi telah kembali ke rahmatullah dan tidak akan kembali. Kini, tinggal hanya dia dan anaknya, Aina perlu meneruskan perjalanan kehidupan selagi hayat dikandung badan. Sesekali apabila kerinduan menjelma, dia sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah suaminya itu. Dia berharap agar suaminya itu ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Jangan lupa vota and comment tau
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin
RomanceCOMPLETE Aina Adriana bersahabat baik dengan Raiqal Hakimi sejak zaman persekolahan lagi. Namun semua berubah selepas mereka terpisah selepas tamat persekolahan. Aina melanjutkan pelajaran di tanah air manakala Raiqal melanjutkan pelajaran ke bumi J...