TRINGGGG
Loceng berbunyi tepat pada 8:15 pagi. Sesudah selesai perhimpunan mingguan pada hari Isnin. Semua pelajar SMK Seri Sentosa akan ke kelas untuk pelajaran Pdp. Aina dan sahabatnya, Munirah menuju ke kelas tingkatan 3 Cemerlang."Kau siap tak latihan Matematik semalam?" tanya Munirah sebaik sahaja tiba di kelas.
"Ermm belum," balas Aina sambil meletakkan begnya di kerusi lalu melabuhkan punggung. Dia terlupa untuk menyiapkan kerja rumah akibat terlupa.
"Kau tahu tak Cikgu Halina nak kutip buku hari ni," kata Munirah.
Tiba-tiba, semua pelajar tingkatan 3 Cemerlang berdiri. Terlihat kelibat Cikgu Halina melangkah masuk ke dalam kelas.
"Selamat pagi, cikgu," ucap semua murid tingkatan 3 Cemerlang kepada Cikgu Halina yang diketuai oleh Ammar, iaitu ketua kelas tingkatan 3 Cemerlang.
"Selamat pagi, semua dibenarkan duduk," balas Cikgu Halina.
"Hari ni kita ada pelajar baru yang pindah masuk ke sekolah kita dan akan berada di kelas ni," kata Cikgu Halina.
Semua tertanya-tanya siapakah pelajar baru tersebut. Tiba-tiba, ada seseorang mengetuk pintu kelas.
"Ya, silakan masuk," kata Cikgu Halina.
Seorang pelajar lelaki melangkah masuk ke dalam kelas lalu berdiri di sebelah Cikgu Halina. Aina terpegun melihat pelajar lelaki itu. Jantungnya seolah-olah berdegup kencang. Pelajar lelaki itu sungguh kacak. Adakah ini cinta pandang pertama?
"Tolong perkenalkan diri kamu kepada semua rakan," kata Cikgu Halina.
"Nama saya Raiqal Hakimi, saya berasal dari Rawang Selangor," kata pelajar lelaki itu.
Munirah tergelak melihat gelagat Aina yang tidak lepas dari memandang Raiqal lalu dia mencuit Aina.
"Jangan macam-macam," Munirah memberi amaran kepada Aina.
"Ermm mana ada," balas Aina.
"Duduklah di situ, tiada lagi tempat yang kosong untuk kamu, saya harap kamu selesa berada di kelas ini," kata Cikgu Halina sambil menunjukkan meja yang kosong kepada Raiqal. Meja tersebut berada di hadapan meja Aina bersebelahan dengan meja Ammar.
"Yang lain tolong buka latihan yang saya bagi semalam," arah Cikgu Halina kepada semua pelajar tingkatan 3 Cemerlang.
"Yang tak siap, tolong berdiri," arah Cikgu Halina lagi.
Aina bangun berdiri kerana latihannya belum siap sepenuhnya.
"Aina, kenapa kamu tak siap? Tolong siapkan dan buku awak mesti ada di atas meja saya sebelum balik," kata Cikgu Halina dengan tegas kepada Aina.
"Baik, cikgu," balas Aina
SELEPAS habis waktu Matematik, waktu Sains pula. Oleh kerana guru mata pelajaran Sains tidak hadir, Aina menggunakan waktu itu untuk menyiapkan latihan Matematik.
"Buat apa tu?" tegur Munirah.
"Tak nampak ke aku siapkan latihan Matematik?" jawab Aina.
Tiba-tiba, pen hitam yang dia letakkan di atas meja terjatuh lalu bergolek ke arah Raiqal. Dia cuba untuk mengambil namun Raiqal lebih pantas daripadanya.
"Ini pen kau ke?" tanya Raiqal lalu menghulurkan pen itu kepada Aina.
"Ya," jawab Aina. 'Dah nampak aku yang nak ambil, mestilah pen aku. Takkanlah pen budak kelas sebelah kot' ngomel Aina.
"Thanks," ucap Aina sambil mengukirkan senyuman setelah pen itu diberikan.
"Welcome, by the way nama kau?" tanya Raiqal.
"Ermm Aina," balas Aina lalu meneruskan latihan Matematiknya.
"Nice name," kata Raiqal lalu kembali ke tempatnya.
Aina hanya tersenyum.
"Guys, petang ni korang free tak?" tiba-tiba muncul kelibat Ammar entah dari mana datangnya ke Aina dan Munirah.
"Free kot," jawab Munirah. Sememangnya dia tidak ada apa-apa aktiviti pada petang itu.
"Aku free je," balas Aina.
"Petang ni macam biasa pukul 5, tempat biasa," kata Ammar.
"All right," balas Aina dan Munirah serentak.
SEPERTI yang dijanjikan, tepat pukul 5 petang Aina dan Munirah berdiri terpacak di sebuah pondok di tepi sawah padi. Pondok tersebut merupakan tempat bermain sejak kecil lagi. Aina, Munirah dan Ammar bersahabat baik sejak kecil lagi.
"Lambat la kau ni," kata Aina sebaik sahaja Ammar tiba dengan menunggang basikal.
"Eh kau ni, ok lah lambat dari tak datang," balas Ammar sambil meletakkan basikalnya di tepi pondok.
"Eh kau pun datang Raiqal," tegur Munirah melihatkan Raiqal juga muncul bersama Ammar.
"Ha'ah, aku ajak dia. Sajalah aku ajak dia ronda-ronda kampung. Dia kan baru pindah sini, nak biasakan diri dengan suasana sini," balas Ammar sambil melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan di dalam pondok.
"Korang buat apa? Kita orang nak pergi ronda-ronda," kata Ammar.
"Jom la, kita orang pun lama tak ronda. Ni, Aina ni asyik-asyik ajak aku membawang," kata Munirah sambil menjeling ke arah Aina.
"Ehh aku pulak, selalunya kau yang ajak aku membawang. Pasal artis Kpop la apa la," balas Aina. Munirah yang anaknya bergosip mengenai artis Kpop. Mereka sangat minat dengan artis Kpop. Antara artis Kpop yang diminati oleh mereka ialah Exo,
Big Bang dan sebagainya. Yang paling diminati adalah Running Man. Semua episod Running Man akan ditonton bersama-sama.KEESOKAN harinya di sekolah, Aina menghadirkan diri seperti biasa. Kelihatan meja di sebelahnya kosong kerana Munirah tidak hadir. Atas sebab apa, dia pun tidak tahu. Petang kelmarin Munirah baik-baik sahaja.
"Tahulah member baik tak datang, kenapa senyap sahaja?." tegur Raiqal. Raiqal melabuhkan punggung di kerusi Munirah sambil memandang ke arah Aina.
"Mana ada. Yang kau duduk kat tempat Munirah apa hal?" tanya Aina sambil memandang tepat ke arah Raiqal.
"Saje nak kacau kau. Selalunya kau yang paling riuh," kata Raiqal. Sememangnya Aina pelajar paling banyak bercakap. Ada sahaja cerita yang akan diborak bersama Munirah. Munirah dan Aina sentiasa berkongsi rahsia. Kisah suka duka, pahit manis dikongsi bersama.
"Diam pun salah ke?" tanya Aina sambil menjeling tajam ke arah Raiqal. 'Apa hal mamat ni? Aku diam pun salah ke?' kata Aina dalam hati.
"Tak salah tapi bosan la tak dengar suara kau hari ni," balas Raiqal.
Aina malas nak layan Raiqal hari ni. Selalunya mereka sering berbual-bual sehinggakan ada di antara rakan-rakan sekelas mereka mengesyaki mereka sedang bercinta namun mereka hanya berkawan baik sahaja.
"Buku apa ni?" tanya Raiqal sambil mengambil sebuah buku yang berada di atas meja Aina lalu membelek-belek buku tersebut.
"Itu buku lukisan aku," jawab Aina.
Raiqal hanya diam lalu dia mengambil pensel di dalam bekas penselnya lalu melukis sesuatu.
Aina hanya membiarkan sahaja kerana itu hanya buku untuk dia melukis apabila adanya waktu lapang.
"Aina Adriana binti Ahmad Hadi, sila ke bilik guru sekarang. Cikgu Halina nak jumpa," kata seorang pengawas sekolah yang muncul di hadapan kelas mereka.
Aina bangun lalu beredar ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Halina.
"Tugasan telah dihantar, tetapi mengapa Cikgu Halina nak berjumpa?" soal Aina di hati. Tugasan itu dihantar dalam tempoh hari yang telah dijanjikan hari itu.
"Bayaran yuran pendaftaran sekolah kamu masih belum dijelaskan, ini sudah hampir tiga bulan sudah persekolahan bermula namun yuran masih belum dijelaskan," kata Cikgu Halina setibanya di meja Cikgu Halina. Sudah bulan March tetapi yuran pendaftaran persekolahan mengikut tahun masih tidak dijelaskan.
"Nanti saya akan bayar, cikgu," kata Aina. Dia berasa tertekan kerana Cikgu Halina mendesaknya untuk membayari yuran persekolahan tetapi wangnya masih tidak cukup.
Jangan lupa untuk vote and comment.
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin
RomanceCOMPLETE Aina Adriana bersahabat baik dengan Raiqal Hakimi sejak zaman persekolahan lagi. Namun semua berubah selepas mereka terpisah selepas tamat persekolahan. Aina melanjutkan pelajaran di tanah air manakala Raiqal melanjutkan pelajaran ke bumi J...