KKSK 2

525 27 7
                                    


MALAM itu, Aina membuka beg sekolahnya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tiba-tiba, buku lukisannya terjatuh dan terbuka. Kelihatan sebuah lukisan menarik perhatiannya. Dia mengambil buku lukisannya yang terjatuh lalu membelek-belek lukisan tersebut. Sebuah lukisan yang dilukis mengikut bentuk wajahnya. Seingatnya, di sekolah tadi Raiqal ada melukis sesuatu.

"Cantiknya awak lukis," kata Aina. Sebenarnya, dia sudah jatuh cinta pada Raiqal tetapi dia malu untuk meluahkan perasaan tersebut.

"Aina, jom makan," tiba-tiba muncul Puan Samsiah di depan bilik Aina.

Aina terkejut dan cepat-cepat menutup buku tersebut lalu beredar ke dapur. Dengan tidak semena-mena, sehelai kertas terkeluar dari bukunya.

Saya sudah lama sukakan awak sejak pertama kali saya melihat awak.

Aina membacanya dengan rasa terkejut. Dia juga menyukai Raiqal dari awal perkenalan lagi dan tidak menyangka Raiqal juga begitu. Aina menyimpan kertas itu ke dalam laci mejanya lalu menuju ke dapur.

"Mak masak apa?" tanya Aina lalu membantu emaknya menghidangkan makanan di atas meja makan.

"Ikan goreng je, makan je lah dengan kicap tu. Itu je yang ada," balas Puan Samsiah sambil menceduk nasi ke dalam pinggan.

"Sedap la," puji Aina sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Walaupun makanan yang dimakan hanya nasi berkuahkan kicap dan seekor ikan termenung goreng, tetap sedap kerana hasil air tangan ibunya.

"Mak," panggil Aina.

"Kenapa?" tanya Puan Samsiah sambil bangun ke sinki. Dia sudah selesai menjamah makanan tetapi Aina masih belum selesai lagi.

"Cikgu tanya pasal yuran sekolah," balas Aina lalu minum segelas air jus oren yang dibancuhnya tadi.

"Kau ni kan asyik duit je, mak tak ada duit. Nantilah bayar," Puan Samsiah tiba-tiba memarahi anaknya itu kerana anaknya sering meminta duit. Hasil jualan nasi lemaknya hanya mencukupi keperluan harian sahaja.

Aina hanya mendiamkan diri. Selesai makan malam, dia masuk ke biliknya untuk mengenangkan fikirannya. Ini bukan kali pertama Cikgu Halina memintanya untuk menjelaskan yuran namun sudah berkali-kali. Apabila dia minta pada emaknya itu, dia akan dimarahi.

AINA bangun dari tidurnya. Memandangkan hari tersebut adalah hari Sabtu, jadi dia cuti. Rutin hariannya pada hari cuti adalah membantu emaknya di warung. Awal pagi lagi dia membantu emaknya menyediakan nasi lemak untuk dijual.

"Nasi lemak! Nasi lemak! Mari beli! Mari beli!" jerit Aina kepada orang yang lalu lalang di depan warung itu.

"Ish kamu ni, kita jual nasi lemak bukannya jual ikan nak terjerit-jerit," kata Puan Samsiah. Dia tergelak melihat anaknya terjerit-jerit bagaikan menjual ikan di pasar.

Aina tersengih. Dia sengaja berbuat demikian.

"Nasi lemak sebungkus," kata seorang lelaki yang berdiri di hadapan gerai itu.

"Rm1," kata Aina sambil memasukkan nasi lemak yang sedia dibungkus ke dalam plastik lalu menghulurkan kepada lelaki itu. Sebaik sahaja dia memandang wajah lelaki itu, dia berasa seakan-akan dia mengenalinya.

"Ehh kau Raiqal," tegur Aina. Lelaki yang mahu membeli nasi lemak itu adalah Raiqal.

"Oh, kau yang jual nasi lemak ni?" Tanya Raiqal.

"Aku tolong mak aku," jawab Aina.

"Oh, hmm aku balik dulu. Ada urusan. Jumpa petang nanti" balas Raiqal. Sememangnya, dia perlu pergi ke bandar awal-awal pagi lagi bersama ayahnya kerana ada urusan penting.

"Hati-hati," pesan Aina melihatkan Raiqal sedang menunggang sebuah motosikal ni ayahnya pulang ke rumah.

Raiqal melambai ke arahnya.

Raiqal sudah hilang dari pandangan matanya tetapi dia masih termenung seakan-akan Raiqal masih berada di situ.

"Mengelamun apa Aina," tegur Puan Samsiah.

"Tiada apa-apa," balas Aina lalu tersedar daripada lamunan.

PETANG itu, seperti biasa Aina dan Munirah meluangkan masa bersama-sama di pondok yang biasa mereka melepak. Ammar turut sertai tetapi Raiqal tidak datang.

"Raiqal tak datang ke?" tanya Munirah.

"Entah, tadi pagi aku jumpa dia," balas Aina sambil makan kerepek yang dibawa oleh Munirah.

"Kau orang buat apa hah? Pagi-pagi lagi dah berjumpa," tanya Ammar sambil memandang ke arah Aina.

Munirah turut memandang ke arah Aina

"Ish korang ni. Dia datang ke warung mak aku beli nasi lemak," jawab Aina.

"Oh, ingatkan kenapa," balas Ammar.

"Yang kau apa hal tak datang sekolah tadi?' tanya Aina kepada Munirah.

"Aku kena pergi hospital," balas Munirah.

Aina mengganguk faham. Dia tahu yang Munirah mengalami penyakit Asma. Jadi, dia perlu ke hospital untuk pemeriksaan secara berkala untuk mengubat penyakitnya itu. Munirah menghidap penyakit itu sejak kecil lagi.

"Ada apa-apa gosip panas ke?" tanya Munirah.

"Kau ni makcik bawang la!" jawab Aina. Rakannya itu semua gosip tidak kira apa-apa pun akan diketahui.

"Kau tahu tak, Munirah...." kata Ammar.

"Tak tahu," belum sempat Ammar menghabiskan kata-katanya, Munirah menyampuk.

"Eh, kau ni. Aku cakap pun belum habis lagi," marah Ammar.

"Ok sambung," kata Munirah.

" Tadi dekat sekolah, Raiqal duduk sebelah Aina, tempat kau," sambung Ammar.

"Woi biar betul," kata Munirah sambil memandang ke arah Aina.

Aina berasa geram lalu dia memukul belakang bahagian badan Ammar dengan menggunakan sebatang ranting kayu.

"Aduh, sakit la!" jerit Ammar lalu berlari jauh daripada Aina.

"Tahu pun sakit," balas Aina.

Munirah hanya tergelak melihat dua rakan baiknya itu sedang berdebat.

JARUM jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, mata Aina masih belum terpejam. Tadi semasa selepas menunaikan solat fardhu Maghrib, dia tertidur di atas sejadah sehinggalah masuk waktu Isyak. Oleh sebab itu, dia sukar untuk melelapkan mata. Keesokan hari, dia perlu pergi ke sekolah.

"Kenapa tak tidur lagi? Esok sekolah kan?" muncul Puan Samsiah di muka pintu bilik tidur Aina melihatkan suasana di dalam bilik tidur Aina masih terang benderang.

"Tak boleh tidur la mak," jawab Aina sambil bersandar di kepala katil bujangnya.

Puan Samsiah memegang tangan anaknya lalu menghulurkan wang yang besar nilainya.

"Apa ni, mak?" tanya Aina. Dia tahu bahawa itu adalah wang tetapi untuk apa.

"Buat bayar yuran sekolah, yang selebihnya itu buat belanja harian," jawab Puan Samsiah sambil membelai rambut anaknya itu.

"Mana mak dapat duit ni?" tanya Aina. Selalunya apabila ditanya mengenai wang, emaknya mengatakan bahawa dia tidak mempunyai wang.

"Ada la mak menyimpan sedikit untuk kegunaan harian," jawab Puan Samsiah.

"Okaylah, Aina dah nak tidur. Selamat malam, mak," kata Aina lalu menarik selimut di hujung kakinya untuk menutupi tubuhnya untuk mengelakkan diri dari digigit nyamuk .

"Selamat malam, sayang," balas Puan Samsiah sambil mencium dahi anaknya lalu memadamkan lampu dan beredar dari bilik anaknya.

Vote and comment tau

Kita Kawan Sampai KahwinWhere stories live. Discover now