"Are you sure?"kata Edlan semasa bercakap di telefon dengan seseorang.
"Okay, kalau macam tu kita jumpa dekat sana." Edlan mematikan panggilan. Dia duduk di sebelah Arianna yang sedang menonton televisyen.
"Kenapa?"soal Arianna.
"Aku kena fly pergi Australia esok pagi. Que call tadi . Ada masalah pembinaan hotel baru dekat sana. So aku kena pergi untuk settlekan masalah tu.."
"So apa masalahnya? Pergi je lah."
"Habis tu kau? Takkan nak duduk sini sorang."
"Saya dah biasa la duduk sorang. Jangan risau la. Pergi je. Ada lagi urusan saya nak buat" jawab Arianna. Sebenarnya dia nak siasat pasal Mika.
"But still you are a girl. Urusan kau tu memang tak boleh tunggu ke? Takde-takde. Esok kau ikut aku sekali."
"Tak , memang tak boleh tunggu. Awak pergilah sorang." Protes Arianna. Edlan sudah merenung Arianna tajam.
"Okay fine!"ujar Arianna mengalah.
"Good girl." Ucap Edlan sambil naik ke atas. Arianna dah mengeluh panjang. Apalah nasib....
In Australia....
"Finally dah sampai. Bosan betul duduk atas flight lama-lama." Ujar Arianna sebaik sahaja mereka keluar dari airport. Edlan hanya tersenyum kecil melihat telatah Arianna.
"Mr.Edlan Iskandar." Edlan berpaling ke arah orang yang memanggil namanya. Kelihatan seorang lelaki sedang melambai ke arah mereka.
"Jom." Ujar Edlan sambil bergerak ke arah lelaki yang diarah Que untuk mengambilnya. Arianna hanya mengikuti Edlan . Selepas beberapa minit perjalanan, akhirnya mereka sampai di Qris Hotel yang terletak tidak jauh dari tapak projek Edlan..
"Aku lupa nak cakap. Aku tak check in lagi bilik untuk kau sebab aku tak tahu kau nak duduk bilik macam mana."ujar Que di dalam telefon sebelum mematikan penggilan. Beberapa pekerja hotel mengeluarkan beg dari boot kereta. Edlan dan Arianna terus bergerak ke receptionist.
"I need two suite room." Ujar Edlan. Wanita itu menekan sesuatu di monitornya. "Sorry sir, our suite only has 1 available. Others are fully booked". Edlan berdesis. Macam mana dia boleh lupa sekarang musim orang bercuti. Silap dia juga lupa nk book awal-awal. Kalau pergi hotel lain sekarang pun , rasanya memang penuh jugak.
"Never mind, just give me the room".
"This is your key, sir. Floor 8. Room 810"
"Thanks."
"Aik! Satu je? Bilik saya?"soal Arianna.
"Kau dengan aku. Bilik yang lain semua dah penuh. "
"Eii taknak la."
"What did you just say?" Edlan mendekatkan wajahnya ke arah Arianna.
"Nothing. Hehe." Edlan tersenyum sinis. Tau takut!
"Cantikknya nya bilik ni. "Ujar Arianna teruja."Tapi kenapa awak ambil bilik besar sangat? Kita nak duduk beberapa hari je..."soal Arianna.
"Saja. " Edlan mencapai tuala dan berlalu ke bilik air. Badan dia sudah melekit. Arianna membuka pintu balkoni dan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa mukanya. Nyamannya..... Arianna berdiri di balkoni sambil menikmati deruan angin...
Arianna berpaling ke belakang apabila terdengar pintu bilik air di buka. Oh my god! Muncullah si Edlan dengan hanya tuala di pinggang. Arianna berpaling semula ke balkoni laju-laju.
"Dia pikir dia sorang je ke dalam bilik ni? Adoii. Tak, yang aku nak blushing ni kenapa?!"gumam Arianna sambil memegang mukanya yang memanas. Dia menoleh sekali lagi. Edlan sudah memakai seluar. Tapi dengan sixpack nya, any girls pun akan terpana.
"Tahu la aku seksi. Tapi takyah la pandang macam nak terkam aku."ujar Edlan sambil memakai baju. Arianna malu sendiri sambil tersengih."Dah pergi mandi."ujar Edlan.
Arianna mencapai tuala dan beg kecil lalu berlalu masuk ke dalam bilik air. Boleh tahan lama jugak dia mandi. Arianna jengah kepalanya dari bilik air sebelum dia keluar dengan hanya berkemban. Macam boleh lupa nak bawa baju masuk siap-siap tadi! Dia lihat Edlan sedang terbaring di sofa. Perlahan-lahan dia mendekati Edlan untuk pastikan Edlan betul-betul tidur. Tanpa sedar, Arianna merenung muka Edlan lama.
"Kau memang sengaja nak goda aku ke apa? "Ujar Edlan dengan matanya yang masih terpejam. Arianna terkejut. Arianna segera berdiri dan mencapai bajunya sebelum masuk ke dalam bilik air semula. Beberapa minit kemudian, Arianna keluar sambil mengeringkan rambutnya.
"Siap. Nanti kita keluar."ujar Edlan sambil matanya tak lepas dari Ipadnya. Arianna mendekati Edlan dan duduk di sebelah Edlan.
"Kita nak pergi mana?"
"Makan."
"Okay."Tiba-tiba Edlan merapatkan mulutnya ke telinga Arianna.
"Lain kali, jangan pakai macam tu. I'm afraid that I'm not being able to control myself anymore." Arianna keras disitu mendegar kata-kata Edlan yang penuh makna itu.
|Time Skip|
Selepas makan, mereka pun pulang ke hotel semula. Edlan selepas menukar baju, terus terbaring di atas katil dan mencapai Ipadnya. Busy betul! Selepas menukar baju, Arianna berdiri di tepi katil lama.
'Mana aku nak tidur ni? Takkan aku nak tidur sebelah dia pulak.'ujar Arianna di dalam hati.
"Yang kau tercegat kat situ kenapa? Taknak tidur ke?"
"Er...er...."
"Jangan risau. Aku takkan buat apa-apa dekat kau. Sejahat aku pun tak pernah lagi rogol anak orang." Ambik kau Arianna! Sebijik dia bagi dekat kau.
"Saya tak cakap macam tu pun."ujar Arianna sambil naik ke atas katil.
"Tapi itu yang kau fikir." Arianna berbaring membelakangi Edlan dan menyelimut badannya. Edlan meletakkan Ipad di atas meja lalu menutup lampu.Mata Arianna mula layu..
"Goodnight Arianna."
"Goodnight Edlan."balas Arianna dengar suara yang perlahan.
YOU ARE READING
[C] Ruffian
Acción"How can I resist falling in love with you?" "Awak adalah lelaki yang akan menjadi masa hadapan saya." "Aku akan menangi hati dia semula. Aku yakin, dalam hati dia masih ada rasa cinta untuk aku." Together; they become a perfect match that even the...