"SAYA akan mengumumkan keputusan bagi subjek Matematik percubaan PT3 yang telah berlangsung," kata Cikgu Halina di bahagian hadapan kelas tingkatan 3 Cemerlang.
Semua pelajar tingkatan 3 Cemerlang berdebar-debar menantikan keputusan mereka.
"Yang mendapat markah tertinggi di dalam kelas ialah Raiqal Hakimi dengan markahnya 70%" umum Cikgu Halina.
"Untuk pengetahuan semua, Raiqal juga telah berjaya mendapat markah tertinggi di antara semua murid tingkatan tiga," kata Cikgu Halina lagi.
Semua pelajar tingkatan 3 Cemerlang menepuk tangan kepada Raiqal.
"Tahniah Raiqal!" ucap Cikgu Halina.
"Terima kasih, cikgu," ucap Raiqal.
"Cikgu berasa kecewa kerana ramai di kalangan kamu tidak lulus ujian ini," kata Cikgu Halina.
Semua pelajar tingkatan 3 Cemerlang berasa cuak mendengarnya kecuali Raiqal.
"Aina Adriana," panggil Cikgu Halina kepada Aina.
"Ya, saya," sahut Aina.
"Kamu mendapat markah tercorot sekali. Kamu hanya mendapat 30% sahaja. Tolong berusaha lebih lagi. Ujian sebenar kamu akan berlangsung tidak lama lagi," kata Cikgu Halina kepada Aina.
"Baiklah, cikgu," balas Aina.
"Saya harap kamu semua dapat perbaiki kelemahan kamu supaya kamu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 kamu yang sebenar," kata Cikgu Halina dengan penuh harapan.
"Insyaallah cikgu, kami akan usahakan," kata Ammar sebagai wakil bagi pelajar tingkatan 3 Cemerlang.
AINA lebih tekun belajar subjek Matematik. Setiap hari, dia akan menghabiskan masanya di perpustakaan sekolah untuk mengulang kaji pelajaran dalam subjek Matematik.
"Woi, buat apa tu?" tegur seorang budak lelaki yang tiba-tiba muncul.
"Kau ni kenapa? Dekat mana ada aku, mesti kau pun ada," kata Aina. Lelaki itu adalah Raiqal. Raiqal selalu muncul di mana-mana sahaja dia berada.
Raiqal tersenyum dengan kata-kata Aina.
"Kau stalk aku ke apa?" tanya Aina. Dia pelik dengan tingkah laku Raiqal yang sering berada di mana jua dia berada.
"Perasan la kau, takdak faedahnya aku nak stalk kau. Lainlah kalau kau awek aku," jawab Raiqal sambil menjeling ke arah Aina.
"Kau ada awek ke?" tanya Aina. Saja dia ingin tahu kalau-kalau Raiqal sudah berpunya.
"Of course lah ada. Kau tengoklah aku ni kan hensem," jawab Raiqal sambil angkat keningnya.
"Perasan sungguh la kau ni," kata Aina.
"Okaylah, aku nak balik. Bye," kata Aina sambil mengemas buku-bukunya dan bersedia untuk pulang.
"Bawa basikal tu hati-hati. Kejap kalau jatuh, aku yang susah," bebel Raiqal.
"Biar la aku nak jatuh ke nak tergolek ke, apa yang kau susahnya," kata Aina.
"Aku cakap je," balas Raiqal.
"Bye, aku cau dulu," kata Aina lalu menghilangkan diri untuk pulang ke rumah.
"AINA," tiba-tiba muncul Cikgu Halina semasa Aina berjalan di koridor bilik guru.
"Ya, cikgu," sahut Aina apabila dipanggil oleh Cikgu Halina.
"Saya nak cakap sedikit dengan kamu," kata Cikgu Halina lalu mereka menuju ke sebuah pondok berdekatan dengan bilik guru.
"Apa, cikgu? Kalau fasal yuran sekolah, saya sudah bayar hari itu," tanya Aina. Seingatnya, sehari selepas emaknya memberi wang untuk membayar yuran sekolah, dia sudah membayarnya. Mana mungkin Cikgu Halina lupa.
"Bukan, ni fasal akademik kamu. Cikgu tengok prestasi akademik kamu semakin menurun," jelas Cikgu Halina.
Aina hanya mendiamkan diri. Benar, prestasi akademiknya semakin menurun. Dia tidak tahu di mana kesilapannya itu.
"Kamu ada masalah ke? Cubalah kongsi, cikgu sudi untuk mendengar," tanya Cikgu Halina. Cikgu Halina sangat dikenali sebagai guru paling penyayang di sekolah itu. Dia sangat mengambil berat tentang anak-anak muridnya.
"Tak ada apa-apa, cikgu," jawab Aina. Dia cuba untuk membohongi gurunya. Pada realitinya, dia perlu menempuh banyak masalah, terutamanya dari segi kewangan. Kadang-kala, dia terpaksa mengikat perut di sekolah apabila ketiadaan wang yang cukup untuk menampung keperluan hidupnya.
"Prestasi kamu agak merosot. Peperiksaan sebenar sudah dekat, cikgu mengharapkan keputusan yang cemerlang dari kamu," kata Cikgu Halina. Aina adalah seorang pelajar yang pintar, dia sangat mengharapkan muridnya itu dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3.
"Insyaallah cikgu, saya akan usahakan," kata Aina.
Tiba-tiba, Cikgu Halina mengeluarkan sekeping sampul surat yang berisi wang dari beg tangannya lalu memberikannya kepada Aina.
"Apa ni, cikgu?" tanya Aina.
"Ini ada sumbangan sedikit daripada pihak sekolah untuk kamu," jawab Cikgu Halina.
"Saya tak boleh ambil, maaf cikgu," balas Aina. Emaknya mengajarnya jika kita susah walau bagaimana sekalipun, kita tidak boleh mengharapkan simpati daripada orang lain.
"Ambillah, cikgu ikhlas," kata Cikgu Halina sambil tersenyum. Dia ikhlas untuk membantu anak murid itu.
"Cikgu tahu, kamu sangat memerlukannya," kata Cikgu Halina lagi. Dia tahu anak muridnya itu sangat memerlukan bantuan dari segi kewangan.
"Terima kasih, cikgu," ucap Aina. Dia terpaksa mengambil kerana Cikgu Halina memujuknya.
"ASSALAMUALAIKUM," ucap Aina apabila tiba di rumah. Dia menolak pintu rumahnya yang tidak berkunci. Dia berasa pelik. Selalunya pintu rumahnya akan dikunci kerana takut jika ada pencuri yang masuk ke dalam rumah.
"Mak!' panggil Aina tetapi tiada sahutan. Dia cuba untuk mencari emaknya di setiap sudut rumah tetapi tidak jumpa.
'Mana mak ni, dengan pintu tak berkunci, cari merata-rata tak jumpa," rungut Aina.
"Ya Allah, mak!" jerit Aina sebaik sahaja dia pergi ke bilik air. Dia melihat emaknya terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai bilik air. Aina membuka langkah ke rumah jiran-jirannya untuk meminta bantuan.
"Assalamualaikum, Makcik Timah oh Makcik Timah," panggil Aina kepada Puan Fatimah, jiran sebelah rumahnya.
"Waalaikumussalam, ada apa?" Tanya Puan Fatimah melihatkan Aina tergesa-gesa memanggilnya. Dia keluar dari rumahnya.
"Tolong, mak pengsan," kata Aina dalam keadaan cemas.
Puan Fatimah dan Aina berlari ke rumah Puan Samsiah. Terdapat beberapa penduduk kampung sertai mereka kerana dipanggil oleh Puan Fatimah.
"Kejap, Makcik Timah call ambulans," kata Puan Fatimah sambil mendail nombor hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan.
Tidak lama kemudian, sebuah ambulans tiba di rumah Aina. Muncul beberapa petugas masuk ke dalam rumah Aina lalu membawa keluar Puan Samsiah untuk menaiki ambulans untuk ke hospital. Aina dan Puan Fatimah turut menaiki ambulans itu.
Vote and comment cepat!
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin
RomanceCOMPLETE Aina Adriana bersahabat baik dengan Raiqal Hakimi sejak zaman persekolahan lagi. Namun semua berubah selepas mereka terpisah selepas tamat persekolahan. Aina melanjutkan pelajaran di tanah air manakala Raiqal melanjutkan pelajaran ke bumi J...