++twenty nine

91 11 0
                                    

"Ehem, nak mesra mesra dalam bilik la hyung." kata Jungkook selamba kerana melihat abangnya dan Roseanne berpelukan mesra didapur. Junghyun dan Roseanne tersentak dengan teguran Jungkook lantas pelukan mereka terlepas. Hyejin menyiku perut Jungkook yang mengusik waktu waktu manis abangnya itu.

"Kau Kook, aku tak pernah lagi kacau masa kau dengan Hyejin okey." Junghyun memandang Jungkook tidak berpuas hati. Wajah Roseanne pula sudah kemerah merahan menahan malu. Hyejin tersengih melihat mereka. Comel!

"Awak masuklah bilik dulu Kook, mesti awak penat kan? Saya nak tolong Roseanne unnie masak kejap." Hyejin menepuk nepuk bahu Jungkook.

"Alah sayang, kau nak tinggalkan aku ke?" Jungkook mencebik dan membulatkan matanya. Hyejin tergelak dengan sikap Jungkook yang mengada ngada itu.

"Tinggalkan awak? Hey Jungkook, awak tak sedar ke ini rumah awak?" Hyejin tersengih kecil.

"Ini adik aku ke?" Junghyun memandang Jungkook jijik.

"Awak tak reti nak lepaskan saya ke Hyun? Malulah adik awak tengok." Kata Roseanne kepada Junghyun yang masih memegang tangannya itu. Sejak Roseanne ada di rumah ini, Roseanne dan Junghyun sangat rapat.

"Mana boleh bagi diorang yang melebih. Kita yang kena lebih sebab kita lebih tua." giliran Junghyun pula yang mencebik. Mulalah Junghyun nak mengada. Macam tak boleh berenggang sekejap!

"Dah lah tu oppa. Saya nak pinjam Roseanne unnie kejap ya? pergilah ambil adik oppa ni. Pergi main jauh jauh." kata Hyejin dengan senyuman manisnya lalu dia merangkul pinggang Roseanne untuk membawanya jauh dari Junghyun.

Junghyun dan Jungkook berlalu dari situ. Hyejin melihat apa yang dimasak oleh Roseanne dan ia membuatkannya kagum.

"Unnie masak semua ni?!" soal Hyejin teruja.

"Yalah, abang Jungkook tu banyak songeh. Macam macam dia suruh unnie masak tahu?" kata Roseanne sambil menggaul masakannya itu.

"Sedapnya unnie! bila nak siap?" Hyejin teruja kerana lauk yang dimasak oleh Roseanne itu ialah masakan kegemarannya dahulu. Stu Kimchi dan Bulgogi.

"Dah nak siap dah ni.." kata Roseanne lagi sambil menyisip sedikit Stu Kimchinya itu.

"Hyejin, unnie rasa beruntung sangat sebab jumpa korang bertiga dekat mall hari tu." Roseanne tersenyum manis tanpa memandang Hyejin.

"Dulu unnie hidup menderita tanpa kasih sayang ibu bapa. Appa dengan omma unnie jahat. Mereka cakap unnie tak patut lahir. Unnie lahir pun sebab diorang terlanjur. Unnie ni anak haram Hyejin.. Mereka buang unnie dekat bawah jambatan. Kebetulan masatu ada orang nampak unnie jadi dia bawa unnie balik. Daripada umur unnie 15 tahun sampai lah dah 20 tahun, unnie membesar dengan mereka. Mereka beri unnie makan dan pakai cukup. Sempurna. Unnie mati mati ingatkan mereka sayangkan unnie macam anak sendiri tapi tak. Genap umur unnie 20, mereka jual unnie pada orang lain untuk jadi hamba seks dia.." Roseanne teresak, Hyejin pula menekup mulutnya tidak percaya. Terkejut dengan luahan tiba tiba Roseanne itu.

"Sekarang umur unnie 24 jadi sudah 4 tahun unnie menderita jadi hamba seks lelaki tu sampaikan unnie dah lali. Unnie tak mampu nak halang apa yang dia buat. Banyak kali unnie cuba lari dari neraka tu tapi tak berjaya. Unnie ditangkap semula dan dia tak henti henti pukul unnie. Tapi sekarang, disebabkan unnie jumpa Junghyun, barulah unnie boleh merasa macam mana rasanya kehidupan. Rasa bahagia tu timbul dalam diri unnie. Rasa yang unnie tak pernah rasa sepanjang hidup unnie. Unnie rasa macam tak layak pula rasa semua ni.." luah Roseanne panjang. Hyejin terkedu.

"Hyejin ingat kisah Hyejin lebih menyakitkan dari orang lain, tapi tak sangka ada orang lebih susah daripada Hyejin. Unnie, Hyejin pun dikutip juga. Jungkook kutip Hyejin masa abang Hyejin jual Hyejin dekat club. Kisah kita hampir sama tapi unnie punya lebih menyakitkan. Hyejin faham unnie. Janganlah risau, sekarang kita dah selamat." kata Hyejin sambil memeluk Roseanne. Pelukannya dibalas oleh Roseanne.Esakan mereka keluar.

"Boleh unnie jadi kakak Hyejin? Hyejin nak sangat ada kakak." Kata Hyejin sebaik sahaja dia meleraikan pelukan.

"Boleh Hyejin, unnie nak ada adik juga." Roseanne tersenyum memandang Hyejin mempersetujui cadangannya itu.

_________________

"Jungkook, ni untuk awak. Tadi ada posman datang, awak tidur jadi saya ambilkan." Kata Hyejin lalu dia menghulurkan kotak sederhana besar pada Jungkook yang baru sahaja bangun daripada tidur.

"Apa ni? Aku rasa aku tak ada beli apa apa barang." Kata Jungkook mengerutkan dahinya.

"Bukalah." Jungkook membuka bungkusan kecil itu dengan segera.

Alangkah terkejutnya Hyejin dan Jungkook, ada satu gambarnya dan gambar Hyejin yang berlumuran darah. Sebelum Jungkook menutup kembali kotak itu, Jungkook mencapai sehelai kertas yang berlipat didalamnya.

"Kau tak akan bahagia. - Kim." Jungkook membaca ayat pada kotak itu. Terus dia tertawa kecil. Hyejin terkejut dengan ayat yang dibaca oleh Jungkook.

"Siapa yang bagi ni awak?" Hyejin mencapai kertas itu lalu dilihatnya.

"Seseorang yang tak boleh tengok aku bahagia. Jangan risau, abaikan je." Jungkook merampas kembali kertas itu lalu dikomotkannya segera.

"Abaikan? Jungkook, dia macam ada dendam dengan awak, tak akan awak nak abaikan pula?" Hyejin risau orang yang bernama Kim itu akan mengapa apakan Jungkook. Dia tidak mahu Jungkook terlibat lagi dalam masalah melibatkan pembunuhan. Hyejin takut.

"Tak ada apa apa. Kau selamat selagi kau ada dengan aku." Jungkook memegang tangan Hyejin lalu mengusapnya lembut.

"Habistu awak? Awak terdedah dengan bahaya tahu? Mestilah ramai berdendam dengan awak sebab awak pun bunuh orang! Jungkook, saya risaukan awak.. Disebabkan perbuatan awak, orang berdendam dengan awak, awa-" Jungkook melepaskan tangan Hyejin lalu terus berlalu keluar dari bilik itu. Pintu bilik dihempas kuat tanda dia sedang marah. Hyejin ditinggalkan terpinga pinga didalam bilik itu.

___________tbc

Stay tune gais. Jangan lupa votes and comment! Kalau boleh promote la sekali dekat kawan kawan tu 🥺 hahah, jangan lupa support story saya yang Heartbeat tu jugak, thanks alot, Lots Of Love, IPURPLEYOUU. 💜💜💜✨💫

[H] Euphoria ° 전정국Where stories live. Discover now