part 83

450 11 1
                                    

Arsya pulang ke rumah dan melihat Neal yang masih tertidur di sofa, kesan dari ubat tidur yang diberikan secara sembunyi dalam minum petangnya tadi. 

Dia duduk di sisi Neal, menatap wajah Neal. Dari dulu hingga sekarang, Neal tidak banyak berubah. Masih naif, masih sempurna. 

Arsya membelai Neal. Bermain-main dengan rambutnya, menyentuh hidung, mata dan bibirnya. 

Perfect. A perfect doll. 

"Tangan awak sejuk." tegur Neal yang rupanya sudah terjaga. 

Tersentak, Arsya menarik tangannya dari Neal. Dia terkulat-kulat di tepi Neal. Malu. 

Neal tersenyum. 

Dia duduk dan memegang kedua-dua tangan Arsya. Tapak tangan  Arsya digosoknya untuk memanaskannya. Kemudian, dia membawanya ke mulutnya, ditekup dan dihembuskan. Cuba menghilangkan kedinginan yang Arsya rasakan.

" Lebih selesa bukan?" tanya Neal. 

Pandangannya yang lembut itu mengetarkan perasaan Arsya. 

Arsya membisu. 

Kasih sayang ini untuk Alisya. Bodohnya Neal. 

Arsya merenung kesan luka di leher Neal yang semakin elok. Sayangnya dart yang dilemparnya hari itu tidak kena lebih dalam. Rugi. 

Neal mengambil cawan berisi teh di atas meja. Mencucinya tanpa mempersoalkan kenapa dia tertidur sebaik sahaja meneguk air bancuhan Alisya/Arsya ini. 

" Adakah awak merindui saya?" tanya Arsya berpura-pura sebagai Alisya.

" Terlalu rindu. Saya boleh kehilangan semuanya, tetapi bukan awak." jawab Neal, romantis. 

Arsya cuba menyembunyikan rasa geli hatinya.

Kelakarnya.

Neal sudah pun kehilangan Alisya. 

Jikalah Neal tahu kebenarannya, yang Alisya sudah mati dalam seksaannya. Pasti Neal akan gila patah hati. Yerlah, dia gagal melindungi Alisya. Segalanya sia-sia. Cintanya sudah lama tiada. Ah, Arsya begitu seronok memikirkan bagaimana dia hendak menyeksa batin dan minda Neal nanti. 

This is the best game ever! 

"??? " 

Neal tiba-tiba memeluk Arsya/Alisya dari belakang. Dagunya diletak di bahu Arsya dan nafasnya dihela lembut ke di leher Arsya, mengodanya. 

"Tidak kira apapun yang saya tahu, saya tidak boleh kehilangan awak. " bisik Neal.  

"Walaupun ini melukakan hati saya." Neal meleraikan pelukannya.

Wajah Neal Arsya tatap. Sinar mata itu kelihatan sayu.

Apa ini?

"Kadang-kadang apa yang kita lihat itu bukan kebenarannya. "

"Dan apa yang kita ingat, bukan jawapannya."

Arsya tidak faham apa yang Neal cuba sampaikan. 

Dia ingin membalas kata-kata Neal, tetapi belum sempat dia berkata apa-apa, bibirnya  terlebih dulu dikunci dengan ciuman dari Neal.

 Lama keadaan mereka begitu dan tanpa sedar, Arsya terleka. Membiarkan tubuhnya dibaringkan oleh Neal yang menindihnya lembut.  Pelukan semakin erat. 

"  My heart wants you so much." bisik Neal sambil jarinya melurut perlahan dari kepala ke leher Arsya. Arsya berdesah perlahan kemudian tersentak!  Jantungnya berdegup laju. Dirinya ketakutan. 

Lantas tubuh Neal ditolaknya ke tepi. 

" This is wrong." kata Arsya bingkas bangun. Hatinya berdebar-debar dalam gementar.   Malah ketika ini, saat renungan mata mereka bertembung,  jiwanya juga terasa tidak keruan. 

Mengapa? 

This is wrong.

Arsya berjalan ke kamar tidurnya. Dia ingin bersendirian ketika ini. Memikirkan apa yang menganggu perasaannya. 

"Apa yang awak rasa ketika ini, bila keliru, ingatlah. Ianya benar."

Kata-kata Neal itu mematikan langkah Arsya. 

Dia menoleh pada Neal. 

Anak mata jernih itu sedang merenungnya lembut, mengacau pertimbangannya. 

Mengapa? Mengapa?

Arsya masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.

Di situ dia berdiri kaku, memegang dadanya yang turun naik, pipinya yang merah padam dan rasa gementar yang menguasai diri.

Arsya telan air liur yang terasa kelat.

Ini semua... seolah-seolah cinta.

Dia cintakan Neal? Tak mungkin. 

Di luar, bersendirian di ruang tamu, Neal memegang telefon bimbitnya yang  ada 10 missed call dari Kenny. 

" What if i'm ready to lose you? What if , i choose to lose you? "kata Neal. 

Titis matanya luruh, dalam rintihannya yang terseksa. 




Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now