Waktu melawat di hospital~
Di ruang rehat yang ada sebuah televisyen, dua anak kecil sedang menonton rancangan kartun. Di sisi mereka, si ayah sedang membaca surat khabar. Berhampiran, di kaunter, dua orang jururawat muda sedang ralit bermain dengan telefon bimbit masing-masing. Mereka semua leka dengan hal masing-masing.
Di bilik VIP wad2, Kenny terbaring bersendirian di katil dengan di bantu alat pernafasan. Kecederaan yang dialaminya agak teruk, tulang rusuk dan kakinya patah, terdapat pendarahan di otaknya dan dia koma.
Walaubagaimanapun, syukur, Kenny dapat diselamatkan sebelum keretanya meletup tempoh hari. Jika tidak, dia mungkin maut dijilat api.
Beep.. beep.. beep...
Monitor degupan jantung Kenny beritma tenang seolah-olah dia sedang tidur.
Di sisi katilnya, seseorang sejak dari tadi , sedang memerhatikannya. Dia mengusap pipi Kenny dan perlahan-lahan alat bantuan pernafasan Kenny dicabutnya.
"Selamat tinggal, Kenny. "ucapnya, excited memerhatikan Kenny yang tercungap-cungap, kekurangan nafas. Dia tersenyum menanti mesin degupan jantung Kenny berbunyi panjang.
" Cukuplah."
Alat pernafasan di tangannya dirampas dari tangan, lalu dikembalikan kepada Kenny. Nafas Kenny kembali tenang. Dan Arsya memandang insan yang menganggu perancangannya.
" Kau..." kata-kata Arsya terhenti saat menyedari insan ini adalah Neal. Dia teranjak ke belakang, terkejut.
Tanpa lengah, dia cuba melarikan dirinya, tetapi Neal terlebih dahulu menahannya. Memegang tangannya.
" Sejak bila?" soal Arsya, sedar yang dirinya rupanya diekori Neal.
Neal membisu.
Sebaliknya, renungan matanya memberi segala jawapan. Seolah-olah yang dia tahu.
Sudah terlalu lama tahu.
Yang diri ini bukan Alisya.
Jadi, mengapa selama ini Neal bermain dalam 'game' nya? Mengapa membisu dan menyembunyikan kebenaran ini?
Apa niat Neal?
Arsya merentap tangannya dari pegangan Neal.
Kali ini, Neal membiarkannya.
Hanya memandang Arsya yang terus berlari keluar.
.
.
.
.
Wajah Kenny kelihatan tenang dalam lena. Hanya bunyi mesin jantungnya menemani Neal.
" Maafkan aku, kerana aku, kau dan Alisa, cedera."
Neal mengentap gigi. Marah dengan dirinya. Dia tidak mahu libatkan Kenny tetapi perbuatannya hanya membuatkan situasi semakin teruk. Kenny kini koma dan Alisa hampir kehilangan nyawa.
" Kenny, aku tahu dari hari pertama kau membawa dia pulang, ada yang tidak kena tentang dia. Tetapi aku diamkan diri. "
" Malah, ketika dia menyingkap segala ancamannya, aku berpura-pura tidak melihatnya."
" Benar, dia bukannya Alisya yang kau kenal, tetapi dia adalah...."
Neal diam seketika. Dia teragak-agak. Tetapi..
" Ada sebab aku buat semua ini. Anggaplah aku pentingkan diri sendiri. Anggaplah aku sembunyikan kebenaran ini."
" Maafkan aku Kenny, aku harap kau mengerti kenapa bila kau sedar, aku tiada di sisi kau. Aku tahu kau akan dapat kebenarannya dan jawapannya nanti. "
Neal bangun dari tempat duduknya.
"Aku akan betulkan segala-galanya. Bagaimana ia bermula, ia juga akan berakhir seperti yang sepatutnya."
Neal berjalan ke pintu, namun teragak-agak untuk keluar. Dia menoleh pada Kenny yang masih terbaring kaku.
"Seumur hidup aku, kau adalah teman terbaikku.Terima kasih kerana menjadi sahabatku dan setia di sisiku. Maafkan aku kerana melibatkan kau dalam kesengsaraan ini." bisik hati Neal.
Dia teringatkan kata-kata Kenny.
**Cerita teman kau ini masih belum habis. Aku akan dengar penamatnya, nanti.**
" Bagaimana penamat cerita aku ini, Kenny?" kata Neal, tersenyum pahit.
Dia melangkah keluar dan waktu melawat pun berakhir.
YOU ARE READING
Berikan ku jawapan (edited and completed)
Любовные романыApa itu cinta?.. Sejauh mana kita sanggup lakukan untuk sebuah kisah bernama cinta?Bagaimana cinta mengorak sebuah kehidupan? Neal menjalani kehidupannya dengan sempurna, kerjayanya, kawan-kawannya dan kekasihnya. Namun, di sebalik semua itu... ter...