8

371 26 0
                                    

BRUKKK!

Kereta itu terlanggar pokok besar. Jimin terasa pening, mata nya berpinar. Jimin dalam keadaan separa sedar.  Kepalanya di sandar di tingkap. Tingkap itu sedikit retak, mungkin kerana hentakan. Darah di kepala nya mengalir. Dengan perlahan dia menoleh ke arah Taehyung. Keadaan Taehyung tidak sedarkan diri.  Kepalanya di atas stereng kereta dengan darah nya mengalir di kepala, dan juga mulut.

"Tae" lirihnya. Air mata nya jatuh . Air mata yang jernih bertukar keruh kerana di campur dengan darah. Tangan nya dia angkat perlahan, ingin memegang Taehyung.

"Tae, bangun"lirihnya perlahan. Jimin lemah sekarang, matanya terasa sangat berat. Tiba tiba ada satu suara.

"Ada orang dalam ni! cepat tolong! "

Setelah itu dunia terasa gelap.

Orang yang tadi mencuba untuk membuka pintu kiri dan kanan dibantu oleh beberapa orang.

Setelah itu, mereka berjaya membuka dan mengeluarkan Jimin dan Taehyung dari kereta.

"Call ambulan, cepat! " jerit salah satu dari mereka.
..........

Yoongi kehulur kehilir. Dia berasa risau. Jimin dan Taehyung dah lama pergi. Ni tak balik balik

"Yoongi-ssi. Mana Jimin dan Taehyung?  " tanya Hanbin. Yoongi memandang nya.

"Saya tak tau hyung. Mereka tiba tiba hilang. Saya call tam jawab, mesej tak balas. Saya risau ni" ujar nya. Kelihatan Hanbin mengetap bibirnya. Dia juga risau akan dua orang pelakonnya itu.

Tiba tiba hp Yoongi berbunyi. Nombor tidak kenali ditatap pelik.  Dengan perlahan dia menjawab.

""Yeoboseyo"

".........."

"Nae, saya abang kepada Park Jimin. Kenapa ya? "

"............"

Terkedu Yoongi mendengar apa yang di katakan oleh orang itu. Lalu wajah Hanbin di pandang.

................

TIT,...TIT.... TIT...

bunyi mesin hayat berbunyi. Beberapa jam kemudian lelaki itu kemalangan atas salah dia sendiri.

Park Jimin terbaring di atas katil pesakit dengan alat bantuan pernafasan di wajahnya. Kepalanya di balut dan ada sedikit luka di tangannya. Mungkin sebab dia menahan dari hentaman. Yoongi yang telah masuk ke dalam wad Jimin beberapa minit lepas menatap sedih. Begitu juga Hanbin.

"Mianhae, hyung. Kita kene tangguh drama ni" Yoongi tertunduk. Hanbin tersenyum.

"Gwenchana. Benda dah jadi. Nak buat macam mana"

KLIK!

tiba tiba pintu itu di buka kasar. Kelihatan Jin seperti lepas habis berlari memandang Yoongi. Dia berjalan ke arah Yoongi.

"Taehyung mana? "

Mereka saling menatap.

...........

ICU.

Jin memandang sayu ke arah Kim Taehyung. Keadaan nya sama seperti Jimin. Tapi dia lebih parah lagi. Tak dapat di tahan, air matanya jatuh.

"Tae, ireona palli" lirihnya. Tiada suara. Hanya bunyi mesin hayat sahaja yang menemani ruangan itu. Jin duduk di atas kerusi.

"Bangun, Tae. Maafkan hyung. Maafkan hyung, kalau kamu tak jumpa Jimin, kamu tak akan macam ni" katanya dengan suara serak. Masih teringat apa yang di katakan oleh doktor. Taehyung kehilangan banyak darah. Dan dia memerlukan darah.

Tangisan itu kedengaran bercampur mesin hayatnya.

...............

Hanbin dan Yoongi keluar dari wad Jimin.

"saya fikir, kita kena tangguh drama ni" ujar Hanbin sebaik saja mereka keluar dari wad itu. Yoongi hanya mengangguk.

"Ok la kalau tak ada apa apa, saya mintak diri dulu " ujarnya. Lalu di angguk lagi oleh Yoongi. Dia tak mampu berkata. Kerana terpukul dengan apa yang terjadi sekarang. Lalu Hanbin menunduk sedikit dan berlalu pergi. Yoongi menatap pemergian Hanbin hingga hilang dari pandangan nya.

Tiba tiba dia teringatkan Taehyung. Lalu dia menatap cermin yang menampakkan Jimin di dalam.

"Hyung pergi kejap" ujarnya perlahan dan melangkah ke wad ICU Taehyung.

..................

Klik!

Yoongi masuk ke dalam wad tersebut. Dan terlihat Jin sedang tidur dengan kepalanya berlapikkan tangan di sisi Taehyung. Yoongi melangkah perlahan ke arah Taehyung. Sayu sahaja dia melihat Taehyung.

Kepalanya dibalut, wajahnya di tutupi oleh bantuan pernafasan, ada luka sedikit di wajah dan juga tangan.

"Taehyung-ssi. Mianhae" ujar Yoongi. Walaupun bukan salah dia, tapi dia tau siapa yang punca kemalangan ini berlaku.

.........

TBC......

Story About Us! (VMin) Where stories live. Discover now