9

378 27 0
                                    

Jimin mengangkat wajah. Sekeliling nya putih. Jimin mengerutkan dahi nya. Pelik. Kat mana dia sekarang. Lalu dia bangun dari duduknya. Otak nya ligat berputar. Kenapa dia ada kat tempat macam ni? Tempat ni pelik.

Kaki nya melangkah ke ruangan itu tanpa hala tuju. Tiba tiba satu suara memanggilnya.

"Park Jimin! " Jimin menoleh. Dan terlihat seorang lelaki membelakangi nya dengan menggunakkan hoddie di kepala nya. Jimin mengerutkan dahinya pelik.

"Nugu? " dengan perlahan dia menghampiri. Semakin lama semakin dekat, dan dekat dan orang itu menghadap nya. Jimin tersentak lalu terdiam. Lagi 5langkah sahaja  dia dekat dengan lelaki itu. Lelaki di hadapan nya itu mengangkat wajah. Jimin menelan air liur nya.

Lelaki itu......

Wajahnya.....

Sama dengan nya....?

Jimin semakin pening. Apa semua ni?

"Siapa kau? Kenapa muka kau sama dengan aku?! " kata nya dengan sedikit kasar. Lelaki itu tersenyum sinis menghadap Jimin.

"Aku. Adalah. Kau"

Ucapnya satu satu perkataan.  Jantung Jimin seakan nak tercabut? Dia adalah aku? Kejap. Apa semua ni.

"Tak! Kau tipu, aku tak kenal kau! "

"Kau adalah aku Park Jimin! " suara lelaki itu kasar. Nafas Jimin memburu. Lelaki di hadapannya menatap Jimin tajam.

"Kau ego Jimin" Jimin memandang lelaki itu pelik.

"Apa maksud kau?"

"Hanya kerana dendam, kau abaikan persahabatan kau dengan kawan baik kau, Park Jimin. Kerana ego kau, kau putuskan persahabatan kau dengan dia, Park Jimin. Kau ego! Kau pendendam! "

"DIAM! KAU TAK TAU APA APA! "

jeritnya sambil kedua tangannya menutup telinga nya. Matanya di tutup rapat. Lelaki itu tiba tiba tergelak sinis.

"KAU EGO, PARK JIMIN!! "

"DIAMMM!!

tiba tiba suasana sunyi. Jimin mengangkat wajah dan memandang sekeliling. Tangannya di turunkan perlahan. Dia sekarang berada di tengah bandar? Kenapa boleh jadi macam ni? .

Jimin berjalan. Orang orang yang lalu lalang berjalan menghiraukan nya. Kepalaa nya semakin pening. Kenapa dia ada kat sini pula? Lelaki tadi mana? Matanya melilau mencari sesuatu. Lalu matanya di tancap ke arah satu kedai. Kaki nya di langkah ke kedai itu. Dan memandang sesuatu.

"21/9/2014? Aku dekat zaman lampau? " gumam nya sendirin.  Tapi kenapa?

TIBA²

PIN!!!!!!

BRUKK!!

kepalanya di teleng ke satu arah. Bunyi kuat itu membuatkan dia terkejut.

"Ada kemalangan! "

Jeritan itu juga mengejutkan dia. Jimin penasaran tentang tu, dia pon ikut orang² yang lari ke arah tempat kemalangan itu. Sesampai sana ramai yang berkeruman. Dengan pantas dia menyelit untuk ke depan.

Tiba saja di hadapan, Jimin tersentak. Jantungnya seakan terhenti. Kereta itu. Dia kenal. Kereta Kim Taehyung. Lagi membuatkan dia terkejut, dia melihat Taehyung yang tidak sedarkan diri itu di dalam keretanya. Air mata nya jatuh. Adakah ini sebab ni Taehyung menghilang tanpa khabar?

"Kereta ni nak terbakar! Cepat keluarkan mangsa! " kata kata yang ingin buat dia pitam. Apa ni?

Dan kelihatan, seorang lelaki cuba menyelamatkan Taehyung. Di keluarkan Taehyung dari kereta dan di baringkan jauh dari kereta itu. Dapat Jimin lihat dia tangan Taehyung yang memegang satu kertas. Makin laju air matanya jatuh. Itu lukisan yang dia buat kali terakhir depan Taehyung.

"sekarang kau dah faham, kan kenapa semua jadi macam ni? "

Jimin masih membatu. Dia tau siapa yang cakap itu. Dia masih terkesan dengan apa yang berlaku. Tiba tiba suasan menjadi seperti tadi. Putih sekeliling. Satu suara menyapa.

"jangan di sebabkan ego kau, kau hilang sahabat kau. Asal kau nak tau, lepas Kim Taehyung kemalangan, dia hilang segala gala nya. Appanya mati dalam perjalanan ke hospital. Kim Taehyung kritikal. Dia sempat hilang ingatan. Tapi berkat bantuan, abang angkatnya, Kim Seok Jin. Dia kembali ingat masa lalu"

Ujar lelaki itu. Tapi suaranya seakan familiar. Jimin berpaling ke belakang. Dia tersentak.

"Tae.... Taehyung" terkejutnya melihat Taehyung di hadapannya. Wajah Taehyung langsung tiada senyuman.

"kau ego Jimin. Taehyung kedua kali nya kemalangan. Asal kau nak tau. Buah pinggang nya rosak akibat kemalangan tu. Dia cuba nak terangkan pada kau. Kau ego!  EGO!! "

bntak nya. Jimin jatuh terduduk. Air matanya tidak henti jatuh.

"Mian! Mianhae!! "

"tak ada guna nya lagi! "

Nafas Jimin memburu. Dia mencengkam dadanya. Terasa sesak. Dia susah bernafas.

"Tae. Tolong... Tak boleh.... Bernafas" wajahnya memandang Taehyung. Tiada satu gerakan langsung dari Taehyung. Dia berdiri di situ...

"Tae" suaranya makin perlahan. Nafasnya tersengal.

Jimin terbaring... Dengan air matanya masih mengalir.

...... ...

Keadaan huru hara di wad Jimin, kerana dia tiba tiba sesak nafas.  Yoongi terkejut lalu menekan tombol merah di tepi katil untuk memanggil doktor.

"Jimin-ah! "

Tiba tiba satu ayat keluar dari mulut Jimin. Membuatkan Yoongi memandang nya. Walaupun perlahan, tapi cukup faham apa yang dikatakan Jimin.

"Kim, Taehyung"

............

TBC.....

Story About Us! (VMin) Where stories live. Discover now