EYRA terlopong melihat pakaian suaminya.Takkanlah gaji yang diberi tak cukup untuk beli pakaian yang elok sikit?
"Kalau ye pun miskin,janganlah pakai baju compang-camping," tegur Eyra tidak selesa akan pemakaian suaminya.
"Eh okaylah baju ni.Antara koleksi baju aku yang terlawa dalam almari," kata Fairul tidak mahu mengalah.
"Aku rasa macam nak siku je muka kau!Aku dah kata aku nak kau bawa aku lunch dekat restoran favourite aku.Restoran tu untuk orang kaya kot.Pakailah baju yang senonoh sikit.Malu aku.Kalau terserempak dengan officemate or member aku macam mana?"
"Hye girl!Aku pakai baju bukannya tak pakai baju.Nak malu apanya kalau aku berbaju?"
"Orang miskin pun berbaju lah.Bagi aku,yang bezakan miskin dan kaya adalah cara pemakaian.Kalau bini kau miskin bolehlah kau pakai t-shirt putih dengan seluar pendek macam ni.Style kau macam apek jual ayam dekat pasar tau, " kutuk Eyra.
"Hah yerla!Aku balik tukar baju kejap," Fairul mengalah.
"Tak payah.Buang masa aje nak tunggu kau.Kau pergi beli makanan untuk aku.Aku tak nak bonceng kau.Bikin malu"
Fairul tersentak.Terasa hati dengan kata-kata isterinya.Namun dia hanya tersenyum.
"Yerla.Princess nak makan apa?"
"Beli makanan yang nampak kaya.Tak nak makanan orang miskin"
"Okay kaya satu.Nak roti brand apa?" tanya Fairul.
"Roti nak buat apa?Kalau roti aku sendiri boleh pergi beli dekat kedai sebelah ni hah"
"Kau suruh aku beli kaya.Kaya mestilah nak sapu atas roti kan?Ke kau sapu kaya dekat hotdog?"
Fairul ketawa besar dengan lawaknya.Eyra hanya memandang sepi.
"Tak ada mood nak layan kau.Kau pergi beli lunch untuk aku.Kalau kau beli roti,mampus kau.Petang tunggu jauh sikit.Jangan tunggu kat sini.Nanti maruah aku jatuh kalau pekerja aku nampak kau," arah Eyra.
Dia melangkah tanpa menoleh ke arah Fairul.Gadis korporat sepertinya mana boleh layan sangat orang bawahan.
"Kenapalah aku kahwin dengan laki childish macam dia?Rasa macam kahwin dengan budak"
"Boss!" jerit seseorang.
Eyra berpaling apabila mendengar dirinya dipanggil.
"Hmm Kira.Dari mana?"
"Lunch boss," jawab Kira si akauntan.
"Oh okay"
"Boss nak tanya sikit"
"Hah tanyalah.Jangan tanya soalan bukan-bukan eh"
"Siapa lelaki tadi?"
Langkah Eyra terhenti.Alamak!Kira nampak ke?Dah kantoi ke?
"Ahh hmm la....laki yang mana eh?" soal Eyra pura-pura tak mengerti.
Please!Janganlah dia tanya pasal Fairul!
"Lelaki yang naik superbike tadi"
Oh man!Shitty you Kira!
"Ramai yang naik superbike tadi," ujar Eyra gelisah.
"Dengan lelaki yang boss berbual tadi tulah.Saya duduk perhati dari jauh.Fikir saya tak nampak ke boss?"
"Eh,tak adalah.Mana ada saya berbual dengan sesiapa tadi.Kira,awak kena buat kaca mata.Keadaan mata awak parah ni.Benda takde,awak adakan"
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
RomanceBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...