Chapter 3

744 59 28
                                    

•Ruang tamu•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•Ruang tamu•

" omo, sesange. Ini betul kamu yang pilihkan untuk aunty, Seungcheol ?" mata Pn. Yoon bersinar-sinar tatkala melihat handbag kesukaannya sebagai hadiah.

" Nae aunty." Jawab Seungcheol dengan senyuman malu.

" Bagaimana omma, omma sukakannya ?" Tanya Jeonghan meskipun daripada reaksi ommanya tadi dia sudah tahu bahawa ommanya itu sangat menyukai hadiah yang dipilih oleh Seungcheol.

" keureom~ Thank you seungcheol-ah. Kamu betul-betul pandai pilih sesuatu yang kena dengan citarasa aunty." puji pn. Yoon membuatkan seungcheol bertambah malu.

" Sebab tu lah kalau bab pilih hadiah ni Jeonghan serahkan semua pada seungcheol omma." beritahu Jeonghan.

" Takpelah. Omma tak kisah pun. Kamu atau seungcheol yang pilihkan, dua-duanya omma tetap suka." kata Pn. Yoon.

" Apa pun, omma nak ucapkan terima kasih kepada kamu berdua. Terima kasih sebab sambut hari lahir omma. Ini saja pun dah cukup buat omma rasa gembira." dia memeluk Jeonghan dan Seungcheol sekali. Air mata sedaya-upaya ditahan lalu digantikan dengan senyuman nipis dibibir . Dia kemudian meleraikan pelukan itu.

"Seungcheol. Kamu takde dating dengan sesiapa ke ?" tanya Pn. Yoon.

" Well..not yet aunty." jawab seungcheol dengan malu-malu.

" Atau kamu tunggu Jeonghan.. Anak aunty ni ?" Pn. yoon menjungkit sebelah keningnya dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

Seungcheol dan Jeonghan serentak saling memandang.

Tapi sejurus itu, kedengaran tawa kecil Pn. Yoon. " Mian. Aunty bergurau jelah." katanya.

" Lagipun Jeonghan ni pun takde dating dengan sesiapa lagi sampai sekarang. Peliknya..kamu berdua ni memang dah sama-sama rancang nak menyingle ke ?" Dia sengaja mengusik dua teruna itu.

" Ah-omma~ geumanhae." Jeonghan cuba menghentikan ommanya. Bukan saja Jeonghan yang malu tapi Seungcheol juga turut malu apabila diusik oleh Pn. Yoon dengan isu-isu begitu. Pn. Yoon sekadar tersenyum melihat muka merah padam mereka berdua itu.

xxx

•Kelas Gred5-A3•

Seungcheol menongkat dagunya dan mengelamun. Bagai layar kaca,wajah Jeonghan dengan senyuman menawannya bermain-main di dalam fikirannya.

" seungCHEOL!" Mingyu menampar mejanya sekaligus mematikan lamunannya itu.

" YAH, setan punya member!" marah Seungcheol lantas tawa Mingyu meledak.

" Sapa suruh kau mengelamun bodo." Kata Mingyu.

" hm. Ni kau nak apa ?" tanya Seungcheol pada Mingyu yang kini sedang duduk berhadapan dengannya.

" Aku nak bagitahu kau yang aku dengan wonwoo sekarang tengah dating." beritahu Mingyu teruja.

Mata Seungcheol membuntang mendengarnya.

" KAU SERIUS AH ?!" Seungcheol yang bagaikan tidak percaya lagi bertanya untuk kepastian.

" Aku seriuslah bro." kata Mingyu dan mempamerkan wajah seriusnya.

" Bro... B-but when ? How ? " Tanya Seungcheol.

" Dua hari sebelumnya, aku cuba beranikan diri aku confess kat dia. Aku tak fikir panjang dah masa tu, dia nak terima atau tak semua tu aku letak belakang dulu, yang pentingnya aku mesti confess kat dia. Then aku pun confess. Nasib aku baik bro.. wonwoo pun sukakan aku juga." kata Mingyu dengan senyuman bahagianya.

" Ohhh wahh. Tahniah bro." Seungcheol bahagia untuk Mingyu tapi entah kenapa dia tak bahagia untuk dirinya .

" Err.. Kau dengan Jeonghan macam mana pula? Bila kau nak confess kat dia ? Kau dah lama sukakan dia kan ?" tanya Mingyu.

Pertanyaan Mingyu itu hanya dibalas dengan senyuman kelat Seungcheol.

xxx

Lepas bermain bola keranjang Seungcheol terduduk kepenatan di tengah gelanggang.

Dia bermain-main dengan bola berwarna oren itu sambil pertanyaan Mingyu masa di kelas tadi terngiang-ngiang di telinganya.

" kau dengan Jeonghan macam mana pula ? Bila kau nak confess kat dia ? Kau dah lama sukakan dia kan ?" kalau lah confess itu semudah 1,2,3 pasti hidupnya takkan sesukar sekarang.

" Kau memang taknak balik ke ?" soal Soonyoung yang berada tidak jauh darinya.

" Aku nak relaks jap kat sini." kata Seungcheol.

Soonyoung kemudian datang dan join dia sekali duduk di tengah gelanggang.

" Kau tak balik dengan Jeonghan sekali ke harini ?" Tanya soonyoung.

" Tak. Dia ada discussion dengan kawan-kawan dia."  beritahu Seungcheol. Tiba-tiba dia mengeluh.

" yah, kau fikir apa sebenarnya ?" tanya Soonyoung.

Seungcheol mengeluh lagi.

" Tengok tu kau mengeluh lagi.  Yah, palli malhae~" desak Soonyoung.

" You know. Somehow, there's a kind of moment where you feel wanna lock your lips with a guy." kata Seungcheol.

" Lock ? Wait. What ? A GUY ?!"

To be continued...

Preview next chapter⏩

" Ada cara mudah nak kenalpasti yang kau ni sebenarnya sukakan namja atau yeoja." kata soonyoung.

" macam mana ?" tanya Seungcheol.

" Date a girl."

Membuntang besar mata Seungcheol.

Message to readers:

So,here we go again. Chapter 3 dah dipublish. Adakah seungcheol akan date next chapter ? Kalau betul macam mana dengan Jeonghan ? Nak tahu nantikan next chapter. Don't forget to vomment.😉

Sent!

✅ 𝐈𝐍𝐓𝐎 𝐘𝐎𝐔 +JeongcheolWhere stories live. Discover now