Kebenaran

3.6K 233 156
                                    

TAP!TAP!Kedengaran bunyi tapak kaki memijak lecah lecah yang penuh lumpur.Hujan turun dengan lebat membasahi bumi.Guruh berdentum silih berganti.Kelihatan beberapa orang sedang berlari di dalam ribut itu dengan pantas.Lalu pergi berteduh.Namun tidak bagi Hali.Dia masih meneruskan lariannya.Dia juga terkejut apabila ribut tiba tiba sahaja melanda di kawasan itu.Namun,itu lansung tidak menghentikannya untuk mendapatkan kebenaran tentang apa yang disorokkan Gempa selama ini.Dia berazam untuk mengorek setiap satu rahsia Gempa.BoBoiBoy Gempa.Baginya nama ini menyimpan 1010 misteri.Terlalu banyak yang disembunyikan Gempa dari pengetahuan adik adiknya.

"Saat ini...Aku yang akan bongkarkan segala rahsia kau.Aku janji," Hali berhenti di sebuah gua.Gua itu sunyi sekali.Hali mula melangkah ke dalam.Sesekali kedengaran gema nafas Hali akibat lariannya tanpa hentinnya sebentar tadi.Hali merebahkan badannya ke dinding gua.Kakinya mula terasa kejang akibat tiada regangan dibuat sebelum dia berlari.Dia mengurut sedikit kakinya lalu kembali berdiri.Dia mengeluarkan kayu kayu kering lalu mengumpulnya.Dia merenjat kayu itu sedikit lalu kayu itu mula terbakar dan mengeluarkan api.Itulah obor Hali.Dia mengangkat kayu itu lalu menghalanya ke dalam gua.

Dia berjalan selamba.Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket.Kedengaran juga bunyi lagu Boy With Luv didendangkan Hali.Semenjak dua menjak ini,lagu itu sering melekat di kepala Hali akibat Trio Troublemaker yang sering membuka lagu itu.Akhirnya,dia tiba di satu pintu gerbang.Besar sekali.Lebih besar dari kapal Kapten Papazola.Hali pergi ke satu sudut di pintu gerbang itu.Dia menyapu bahagian itu.Hali bersin.Pintu itu sungguh berhabuk.Akhirnya,debu debu berjaya di bersihkan.Hali mencari sesuatu.

"Ini dia," Hali menekan suatu punat yang mengandungi logonya.Sebuah pengimbas keluar lalu mengimbas badan Hali.Hali bersahaja.Dia seperti sudah biasa ke sini.Akhirnya,pintu gerbang itu terbuka.Debu debu mula memenuhi ruang itu.Hali menutup hidungnya dengan sweater basahnya itu.Sebaik sahaja debu itu berkurangan,dia masuk ke dalam pintu gerbang itu.

Obor yang dipegang Hali terpadam.Namun,itu tidak memberikan sebarang masalah kepada Hali.Kerana di sebalik pintu itu,terdapat banyak crystal yang menghasilkan cahaya sendiri.Tempat itu bercahaya.Dia pergi ke sebuah platform.Dia berdiri di tengah tengah platform itu.Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya.Sebuah crystal yang berwarna merah.Logo Halilintar jelas terlihat di dalam crystal itu.Tiba tiba,muncul sebuah tiang.Tiang itu juga dihiasi crystal crystal yang amat cantik.

Hali memasukkan crystalnya ke dalam tiang itu.Tiba tiba,Hali diperangkap di dalam sebuah penjara crystal.Matanya bercahaya.Dia terapung.Riak mukanya seperti menahan sakit yang teramat.Mulutnya seperti membaca sesuatu.Keluar sebuah gambaran di hadapan Hali.

"Aku nak tahu...Kenapa Gempa ikut Kaizo dan Fang..."

Seperti sebuah hologram,terpapar perbualan Gempa dan Kaizo di dalam kapal angkasa itu.

×°×°×

Kaizo:Aku panggil kau kesini kerana...

"Aku tahu siapakah dalang disebalik semua ini."

×°×°×

Sebelum sempat Hali mengetahui siapa dalang itu,hologram itu berhenti.Dia jatuh melutut.Sangkar crystal itu telah hilang.Dia mengambil semula crystal yang berada di tiang itu.Hali mendesah kecil.Kemungkinan tenagabya sudah terlalu banyak dihabiskan hingga tidak dapat meneruskan paparan itu.

"Tch!Kalau tenaga aku cukup...Mesti aku dah tahu...Jadi ni rahsia kau Gempa?Kau dah tahu siapa dalangnya...Tapi kau rahsiakan dari kami.Klasik Gempa." Hali melangkah keluar dari gua crystal itu.Pinti gerbang dengan perlahan lahan tertutup sendiri.Dia terus memecut ke rumah.

..................................................

Badan Hali terasa penat sekali.Mahu sahaja dia rebah di hadapan pintu itu.Namun,digagahkan diri lalu membuka pintu itu.Sebaik sahaja pintu terbuka,Hali terjatuh.Dia sangat lemah.Dengan ribut yang menerpa sekarang,badannya lesu.Akan tetapi,terasa seperti badannya disambut seseorang.

Gempa,maafkan kami! | BBB Gempa | Complete [√]Where stories live. Discover now