Khairul menunggu Daniela di bangku yang berhampiran dengan pokok sakura, dia memerhati daun-daun yang sudah layu itu gugur.
Tap
Tap
Tap
Dia menoleh ke belakang, saat mendengar bunyi derapan tapak kaki yang menghampirinya. Dia tersenyum kecil saat melihat orang itu ialah Daniela.
"Dani,"
"Jadi ada apa?"
Daniela menyoal sebelum duduk di sebelah Khairul. Khairul hanya menjongket bahu sebelum tangan kanannya naik, mengusap rambut hitam Daniela.
"Memori,kau. Ada ingat apa-apa tentang aku atau kejadian tahun lepas?"
"Sikit,"
"Oh...begitu." balas Khairul sebelum menyandarkan badannya ke bangku sambil menatap langit biru.
"Kenapa?"
"Nothing." balas Khairul sebelum bangun dan membersihkan debu dari bajunya, sebelum berjalan ke kelas. Daniela hanya memerhati pemuda itu melangkah sebelum menghela nafas perlahan.
'Jika, penipuan itu satu kebenaran yang diputar belitkan. Apa perasaan kau Khairul?
Aku dah banyak tipu kau, kenapa...kenapa kau masih nak tolong aku?'
Persoalan-persoalan tersebut menghantui fikiran Daniela sebelum satu suara yang sering muncul dikala dia runsing kedengaran,
"Dani...kau ok? "
"Aku nampak macam ok ke?" balas Daniela perlahan sebelum bangun dari duduk dan membersihkan debu dari bajunya. Mata merahnya menatap bayang-bayang seekor serigala yang halimunan kepada orang lain.
"Lia,"
"Yes, my lord? "
"Kau rasa apa yang aku buat ni betul ke?" soal Daniela sambil meraup muka. Fikirannya runsing!
Argh! Jika dia tidak hilangkan memorinya, ada kemungkinan dia sudah berada di bawah sana, mengikut jejak langkah Tuan Ryozo.
"Lie is a twisted truth, for both of us. " Lia berkata datar sebelum dia melompat ke bahu Daniela. Mata ungu bak anggurnya menatap mata merah Ruby milik Daniela.
"Twisted truth,huh? Ah...jika aku tidak hilangkan memori aku waktu itu. Aku pasti, aku sudah tidak akan berjumpa semula dengan mereka, betul tak?"
"Yeah,"
"Tapi...berbaloi ke? Kunci memori aku untuk selamatkan mereka?"
Daniela menyoal sekali lagi, dia berjalan menuju ke kelas bersama Lia, seekor serigala yang hanya boleh dilihat olehnya.
"Itu engkau yang tentukan, sama ada berbaloi atau tidak."
"...Entahlah, aku tak pasti."
"Engkau kena cari sendiri jawapannya, aku tak boleh tolong." Lia membalas perlahan sebelum melompat turun dari bahu Daniela dan terbang disebelahnya.
'Apa yang aku perlu katakan untuk menjelaskan kepadanya yang aku tahu siapa dirinya yang sebenar? Mungkin...aku perlu diam dan tidak menyebutkannya lagi.'
Daniela tersenyum nipis dan mengetuk pintu di hadapannya. Ah dia tidak sedar ketika mereka berbual, mereka sudah sampai di pintu kelas.
"Aku masuk." ucap Daniela sebelum menolak daun pintu, Khairul dan rakan-rakan sekelasnya menatapnya hairan.
"Bukan kau selalu awal ke?" soal ketua kelas, Tachihara Misaki. Pemuda itu yang duduk di meja tengah berhadapan dengan guru memandangnya.
"...Aku malas nak masuk awal hari ni," jawab Daniela sebelum berjalan ke mejanya, iaitu dibelakang Reo Hariq.
YOU ARE READING
Rebirth Of The Wolves
Fantasia[Memories and Two worlds-Book 1] Negara Claude, diasaskan oleh Raja Zafran dan Raja Kamalia. Terdiri daripada enam buah kerajaan iaitu kerajaan malam, kerajaan Bintang, kerajaan Valor, kerajaan Ahmar, kerajaan Ardu dan kerajaan Glace. Perang paling...