part 87

597 19 1
                                    

 " Sejauh mana kau sanggup lakukan untuk melindunginya?"

Soalan itu dari Arsya dan Alisya tahu segalanya akan berubah. Bermula dengan sekatan pertemuan dengan Neal dan diikuti dengan perpisahan mereka yang membawa kepada penderitaannya. Alisya tahu sekembalinya Arsya, dunianya akan berubah sepenuhnya. 

 " Alisya,your sister is sick but she's getting better. Doctor says we must love her, care her. That's will help her a lot. Can you do it?'

Alisya angguk walaupun di mata jernih anak kecil yang baru menganjak usia 13 tahun itu terselit rasa takut.

" Do you hate her?"

"No mummy. "

Jawapan Alisya melegakan hati yang gundah gulana dengan keputusan ini, iaitu  membawa pulang Arsya. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menghabiskan sisa-sisa hidupnya dan membesar di wad pesakit psikologi? Disebabkan inilah, dia membawa Arsya pulang walaupun dia tahu Alisya masih  termimpi-mimpi dan terbawa-bawa akan kenangan ngeri tempoh hari.

Tetapi keputusannya diterima baik oleh doktor pakar yang merawat Arsya.  Darinya, Arsya dikatakan banyak berubah dan ujian  menunjukkan Arsya kini normal, tidak lagi merbahaya.

" You are such an angel.My little angel." ucapnya sambil Alisya dipeluknya erat.

Kata-kata itu menambahkan keyakinan pada Alisya yang bahawa, semuanya akan jadi lebih baik. 

Tetapi sebaik sahaja Arsya kembali, dia disekat dari bertemu Neal dan bila dipinta alasannya, ibunya kata untuk kebaikan Arsya. Kewujudan Neal akan menyebabkan Arsya cemburu dan ini menyukarkan proses merawatnya. Malahan, Alisya dicadangkan untuk meluangkan masa dengan Arsya di rumah. 

Dan bermulalah, dunianya yang hanya terpenjara di rumah banglo ini.

Hinggalah, dia mendapat tawaran ke sekolah asrama di bandar. Berita ini seolah-olah membuka peluang untuk dirinya, memberikan kebebasan untuknya dan dia.. dia mungkin akan dapat bertemu Neal kembali.

 Itu harapannya bila dia dengan senang hati menerima tawaran itu.

Namun, hari di mana dia dibawa pergi dari kampung untuk pendaftaran, ia menjadi detik penderitaanya. Tanpa mengucapkan selamat tinggal pada Neal, Mek Jah, semua orang, mereka keluar dari kampung ini. 

Di rumah baru di bandar, saat ibu dan ayahnya keluar untuk membeli barangan untuk dibawanya ke asrama, sebuah kebenaran tersingkap.

Terikat di kerusi, dia hanya memandang dengan perasaan tidak percaya pada Arsya yang  sedang mengacukan gunting padanya. Senyuman sinis dan pandangan mata Arsya tidak ubah seperti beberapa tahun lalu.Ia langsung tidak berubah. 

" Let's play a game." ajak Arsya. 

Berderau darah Alisya saat mendengar ayat yang sudah lama tidak didengarnya. 

Serta merta kesakitan dahulu seolah-olah kembali. 

 "Taknak!Taknak! "  jerit Alisya merayu bila rambutnya ditarik hingga wajahnya terdongak ke atas.  

Arsya mengacah-ngacah hujung gunting pada biji mata Alisya dan bila Alisya memejamkan matanya, Arsya ketawa, kegembiraan.

"Tau tak aku boleh perlakukan apa saja terhadap kau? Bukan sebab aku adalah kakak, tetapi sebab kau adalah aku.Separuh aku! Kau sebenarnya tak wujud. Kau cuma mengambil semuanya dari aku!" kata Arsya tidak masuk akal. 

 " Aku sepatutnya dilahirkan seorang diri bukan bersama kau. Hari kelahiranku, wajahku, keluargaku,  ia milik aku seorang.  Tetapi semua orang sukakan kau lebih dari aku, sedangkan kau cuma separuh dari aku." marah Arsya. 

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now