akhir

1.4K 38 11
                                    

" Sekali lagi awak cuba tinggalkan saya." 

 Suara itu lemah bercampur nafas yang pendek. Tidak mampu marah, tidak bertenaga, yang tinggal  cuma genggaman tangan yang kemas berpaut antara mereka.

Kedua-dua tubuh yang cedera dan basah lencun itu terlentang kaku merenung langit malam. 

Hari ini entah kenapa langit terasa begitu jauh, terlalu jauh. 

Tiada awan, tiada bintang.  

Bila merenungnya, seakan-akan tenggelam dalam pandangan yang tiada pengakhiran. 

'Di sisi saya, tiada bahagia." jelas Alisya, perlahan, berbaur kekesalan dan kekecewaan.

" Dan tanpa awak, akan wujudnya bahagia?'

"Ya."

" Adakah itu sebuah janji?"

Alisya diam.

"Bolehkah awak janji yang tanpa awak,  saya akan bahagia?"

Alisya mengusap rantai di lehernya.

Dia tidak mampu berjanji itu, tiada sesiapa dapat mengetahui semua itu. 

 "Sebab apa yang saya tahu, hidup saya ketika ini, tanpa awak, langsung tiada kebahagiaan. "

Alisya tersentak!

Ya. Itu satu kepastian. 

Mereka berdua sudah terlalu terseksa bila tiada di sisi masing-masing.

Jadi, memang benar, berpisah bukan lagi jawapan bagi kebahagiaan mereka.

Namun, Alisya tidak mampu meluahkan apa yang terbuku di hatinya, kerana apa yang diingininya, setelah apa yang telah dilakukannya, dia tidak lagi layak memintanya.

Dia bukan lagi Alisya yang dulu, bukan lagi budak perempuan yang Neal kenali. Siapa dia, dia jua tidak pasti. Apa yang dapat mengubah semua ini?

" Jadi inilah jawapan awak?" tanya Neal.

 Serta-merta Alisya teringatkan soalan yang sama ini juga diajukan pada Neal..

 **Jadi inilah jawapan awak?**

Alisya mengetap  bibir, dia tahu ini bukan apa yang dia inginkan.

 "Tidak,apa yang saya inginkan, hati ini inginkan, adalah.."

 "Awak.." potong Neal.

 Alisya memandang Neal yang seolah-olah membaca fikirannya. Neal sedang senyum. 

 " Itu juga jawapan saya. Ianya sama kan?" sambung Neal.

Perlahan-lahan bibir Alisya menguntum sebuah senyuman. 

Perasaan ini adalah kebenarannya. 

Dugaan dan halangan ketika dahulu dan yang akan datang, adalah kisah cinta mereka. 

Siapapun dia , dia tetap Alisya bagi Neal. Dia percaya akan cinta ini,seperti dulu.

 Neal menarik Alisya ke sisinya, dan sambil mengiring, dia memeluk Alisya.

 " Saya ingin beritahu awak satu rahsia.' bisik Neal.

" uhuh?"

" Saya cintakan awak sejak dulu lagi.Dari saat saya melihat si kecil yang bermain piano itu, saat itu saya sudah mencintai awak."  

 Alisya diam, wajahnya naik merah padan, dan debaran di hatinya tiba-tiba berdetak kuat. Dia tersipu malu. 

 "Woho!.Kecil-kecil lagi awak dah gatal." Tubuh Neal dipeluk sekuat-kuatnya

 " Adeh...adeh...tulang rusuk patah.. patah.." rayu Neal.

Alisya ketawa, melepaskan Neal.

Dia memandang wajah Neal. " Saya juga, sejak hari itu." kata Alisya,

 Neal senyum. 

Perlahan-lahan dia mencium Alisya.  

 ~Let me love you, if not for the rest of your life, then let it be for the rest of mine~**Neal/ Alisya**

 Tamat. 

.

.

.

.

Nota : 

Hye, ending akhirnya. 90 chapter okey, gigih tul. 

Camne? Okey tak? Twist, climax, ending etc?  Suka? tak suka? 

 If you like the story, vote it, share it, baca lagi dan keep it.  Also don't forget to comment so i can know you and  I'll be more excited to write yuhuhu..motivasi ini penting! 

Anyway, I'm not a good writer, nor a good reader but i have lots of love stories to share with you. 

Again, if u like my stories, vote it, share it and follow me to support me. 

Yeah? Nay?

Ah, read my other stories too, don't forget k? 

love u

xoxo

Berikan ku jawapan (edited and completed)Where stories live. Discover now