Di sebuah istana kat Leonin, jam 6 pagi, ketika Alucard tengah layan JOHARA Pagi Era...
Gusion : * baru bangun lalu menguap * Alucard, kenapa awak buka radio pada waktu pagi buta ni?!
Alucard : Biarlah, sibuk je... Waktu pagilah yang nak kena upbeat sikit...
Gusion : Heh, ye lah tu...
Tiba-tiba, Harith pula baru balik daripada masjid...
Harith : Wei korang, saya ada berita baik punya ni!
Gusion : Hah? Apa dia?! Granger dah bertunang dengan Neelofa ke?
Harith : Bukanlah! Awak ni asyik cerita kahwin je... Kalau nak tau, dalam buku ni kita akan buka panggung untuk semua penonton!!
Harley : * balik daripada bilik mandi * Panggung? Apa benda tu?
Zilong : Jadi, kita akan jadi pelakon ke nanti?
Granger : Dah tu, takkanlah nak jadi penyanggak pulak...
Gusion : Jadi, Harith... Kita ni mampu ke menjadi Superstar?
Harith : Kita sebenarnya mampu menjadi Superstar!
Hayabusa : Ada guest artis tak?
Harley : Of courselah ada...
Alucard : Sapa? Taufik Batisah? Tony Yusof? Dato' AC Mizal?
Granger : Entahlah Alucard oi...
Dyyroth : Wei korang! Diorang tengah tengok kitalah!
Harith : Rasanya penonton pun dah tak sabar nak tengok lakonan kita ni...
Zilong : * buka tirai * Baiklah! MOBILE LEGENDS BUKA PANGGUNG...
Semua : Katakan TIDAK pada game!
YOU ARE READING
Mobile Legends Gegar Vaganza
FanfictionAdaptasi daripada 'All Stars Buka Panggung', ikuti gelagat geng Mobile Legends yang pasti anda akan terhibur. KATAKAN TIDAK PADA GAME! [Ranking] 10/9/2019 : #52 - mobilelegends 10/9/2019 : #1 - mobilelegends (11.03pm)