"Aku akan cari kau!"
Kata-kata itu sering terngiang-ngiang di telinga seorang remaja lelaki berusia lapan belas tahun. Itu adalah kata-kata janji daripada abangnya yang telah hilang jejak sejak tiga belas tahun lalu. Sejak dari dulu sehingga kini, dia amat berharap bahawa abangnya apat menunaikan janji itu.
Jihoon hanya mampu mengeluh pasrah. Mungkin dia tidak akan dapat bertemu lagi dengan abangnya itu. Sejak mereka dipisahkan dan tinggal berasing selepas kematian kedua ibu bapa mereka, mereka berdua langsung tidak pernah berjumpa. Selepas kemalangan maut yang menimpa kedua ibu bapa mereka. Jihoon diambil dan dibesarkan oleh seorang doctor dan berjauhan dengan abangnya.
"Jihoon"
Suara seorang perempuan memanggilnya. Dia terus menoleh. Seorang pelajar perempuan sedang berjalan ke arahnya.
"Yubin? Macam mana kau boleh ada kat sini tengah-tengah malam macam ni?" -Jihoon.
Gadis Bernama Yubin itu tersenyum. Dia menunduk memandang beg plastic yang dipegangnya. Dia baru sahaja selesai membeli barang di kedai runcit.
"Aku belikan barang. So aku lalu sini" -Yubin.
Jihoon mengangguk. Dia Kembali kepada apa yang dia lakukan sebelum Yubin menegurnya tadi. Kedua-dua belah tangannya memegang besi tepi jambatan itu. Pantulan cahaya bulan di permukaan air ditatap lama. Yubin hanya memerhati apa yang sahabatnya itu sedang lakukan. Dia faham bahawa Jihoon sedang tertekan akibat masalahnya di sekolah.
Sejak kebelakangan ini, Jihoon sering dibuli oleh sekumpulan pelajar yang dikenali sebagai Kingka di sekolah mereka. Mengenangkan nasib yang menimpa sahabat lelakinya itu, dia tertarik untuk menyoal mengenai masalah peribadinya. Yubin turut melakukan perkara yang Jihoon lakukan. Dia meletakkan kedua-dua tangannya atas pemegang itu.
"Yubin, boleh aku cerita masalah aku kat kau?" -Jihoon.
Jihoon tiba-tiba bersuara. Yubin terus memandangnya dengan pandangan tidak percaya.
"Kenapa aku?" -Yubin.
"Kau ada nampak aku kawan dengan orang lain? Kau je yang mesra nak tegur aku" -Jihoon.
Kata-kata Jihoon itu membuatnya terdiam. Memang benar, sewaktu hari pertama Jihoon di sekolah baru, hanya Yubin yang mesra untuk menegurnya.
"Aku dah kenal kau lebih dua tahun. So, boleh aku share dengan kau?" -Jihoon.
Dengan hati yang agak sebak mendengar penjelasan dari mulut sahabatnya itu, dia mengangguk. Jihoon berasa lega kerana Yubin sanggup mendengar perkongsian masalahnya yang sudah lama dia pendam seorang diri.
"Sejak aku duduk kat sini, aku rasa makin serabut sebab takde sesiapa nak kawan dengan aku selain kau. Kau je yang sedar aku ni wujud" -Jihoon.
Hampir saja air matanya mengalir selepas berterus terang tentang apa yang dia rasakan selama ini. Langsung tiada sesiapa yang melayannya seperti seorang manusia biasa selain Yubin. Semua pelajar di sekolahnya menganggapnya seperti sampah sahaja dan langsung tidak berguna.
"Jadi kau nak aku tolong kau buat apa?" -Yubin.
"Kan bagus kalau aku bukan manusia" -Jihoon.
Terbuntang mata Yubin mendengar kata-kata Jihoon itu. Bukan manusia? Apa yang dia mahu jadi jika dia bukan seorang manusia?
"Aku terbayang kalau aku ni raksasa. Aku dapat duduk sorang-sorang dan tak perlukan orang lain dengan aku" -Jihoon.
Suasana menjadi diam seketika. Tidak sangka dengan apa yang Jihoon sedang fikirkan. Mana mungkin seorang manusia boleh berubah menjadi seekor raksasa dengan tiba-tiba.
YOU ARE READING
ZWILLINGE 2023
Teen FictionThe adaptation of ZWILLINGE 2018; same characters but slight different in plot. ZWILLINGE : A Novel of Two-World-Twins The story about us, a ring of promise. °•.~○~.~○~.•° Kehidupan terlalu mencabar. Letih; Itu saja yang dapat digambarkan olehny...