Berbakul2 Amran kena telan pelbagai kritikan rakan2nya atas tindakannya tidak hadir ke rumah Salim seperti mana yg dijanjikan.
"Kut iyo pun tak dapek biska, datang yo la rumah den." kata Salim.
"Kemain lamo nunggu kau. Ingat dah kono colek dek askar Israel." kata Leman pula.
"Iha siap melalak bilo den koba kek dio, ekau hilang." kata Razak.
"Woi, mano ado! Memandai yo kau." kata Fariha membela diri.
Serta pelbagai lagi kata2 perlian (*) yg terpaksa Amran terima walaupun dia sudah berkali cuba membela diri dengan urusan pelantikannya sebagai bilal baru.
Namun Amran tahu rakan2nya bukan marahkannya. Mereka sekadar risaukannya, sama seperti ibunya. Amran bayangkan, jika tiba2 Razak, atau Salim, atau Leman tiba2 hilang tanpa kesan, dia juga akan merasakan kerisauan yang sama. Amran boleh merasakan Fariha menanggung kerisauan paling berat selepas berita mengecewakan yg baru diberitahunya kepada Amran.
"Den balik dulu la yo.." kata Fariha akhirnya setelah dia hanya berdiam diri dan sekadar tertawa mendengarkan Amran diperli oleh rakan2nya yg lain.
Fariha menyorong basikalnya sampai ke jalan. Sebelum mula mengayuh, dia mengisyaratkan kepada Amran untuk datang sebentar kepadanya. Amran segera bangun dan mendapatkan Fariha. Rakan2nya yg lain membiarkan sahaja.
"Am mintak maap buek Iha risau.." sebelum Fariha sempat buka mulut, Amran terlebih dahulu memulakan bicara.
"Tu la.. Iha risau boto. Takdo sapo tau apo jadi kek Am. Nasib baik selamat.." wajah Fariha betul2 menceritakan kerisauannya.
"Tu la.. Maaf an Am yo.." Amran tersengih mempamerkan giginya.
"Iha cerito tak kek diorang pasal yg tadi tu?" sambung Amran secara berbisik.
"Tak.." jawab Fariha lemah. Riak wajahnya ternyata berubah bila perkara itu diungkit.
"Takpo la Am.. Iha balik dulu yo.." kata Fariha lalu tanpa menoleh, terus mengayuh basikalnya untuk pulang.
Amran kembali kepada rakan2nya yg masih duduk di pangkin. Lebar sengihnya. Sengih palsu yg dibuat2 untuk menyembunyikan gundah di hatinya.
"Haa.. tu deh romeo kito. Cakap main bisik2 yo sekarang ni. Haha.." usik Salim. Razak dan Leman menyambutnya dengan ketawa besar. Amran turut ketawa bersama. Walaupun dalam hatinya mula dibanjiri air mata.