"Den serius ni.." kata Amran memulakan bicara. Riak wajahnya sangat serius. Yang lain2 juga mula memasang telinga selepas sesi bergelak dan bergurau senda meraikan kelahiran semula rangka basikal yg dibeli dari Pakcik Manaf beberapa hari lalu.
"Kito ni umo dah 20. Bukan mudo laie.." kata-kata Amran berhenti sebentar.
"Apo sumbangan kito utk keluargo? Tiap2 haghi kito menghabih an bogheh kek ghumah yo.." sambung Amran. Rakan2nya yg lain senyap sahaja. Razak mengerut dahi.
"Den tolong omak abah den motong. Memang boto la.. Tapi kobun abah den tu takat ado onam baghih pokok yo. Den ponteng motong pun, omak abah den buleh habih an motong." kata Amran lagi.
"Ekau Jak.. kau tak yah tolong jago kodai pun takpo kan? Selalu pun akak mo abang ipar kau yg jago. Ekau lak manjang ikut den merayau yo.." Amran tujukan soalannya kepada Razak.
"Man.. memang la abah kau kojo makan gaji. Tapi sampai bilo kau nak abah kau tanggung makan minum pakai kau? Baju kemejo petak yg kau pakai hari tu pun abah kau yg boli, kan?" Leman pula menjadi sasaran Amran. Bila kes baju kemeja petak disebutnya, serentak semua ketawa kecil.
"Ekau lagi la Lim.. Adik beradik ghamai. Ekau tu anak lelaki sulung. Kau la patut jago keluargo. Akak kau duo org tu dah nikah. Memang la duit yg abang2 ipar kau kirim cukup buek belanjo. Kau nak ...." Amran tak sempat habiskan kata2nya.
"Den paham. Cukup tu Am..!" Salim memotong kata2 Amran. Dia mengetap gigi dan memgerutkan dahinya seolah2 kurang senang dengan kata2 Amran.
"Ok.. Rilek.. Jgn maghah.." Amran menenangkan Salim sebelum dia boleh teruskan bicaranya.
"Maso tingkatan tigo dulu ado tak Cikgu Ariffin tanyo kek kau cito2 kau?" sambung Amran dengan sebuah persoalan. Ditenung mata rakan2nya satu per satu.
"Cikgu Ariffin..?" bisik Razak pada diri sendiri.
"Dio tak ajar den.." kata Razak seterusnya.
"Den pun dio tak ajar.." kata Salim pula.
"Dio ado ajar den maso tingkatan satu. Ontah.. tak ingat den ai.." balas Leman pula.
"Laa..." keluh Amran. Bukan main kemas dia susun ayat. Sampai ke klimaks, terkantoi pula.
"Camni maksud den.."