Lepas habis solat, pak imam membuat pengumuman. Ada kematian dan para jemaah dijemput untuk bersama2 menyembahyangkan jenazah di surau berhampiran tanah wakaf dan seterusnya bersama2 mengiringi jenazah untuk dikebumikan. Amran dan rakan2nya berkira2 sama ada untuk turut serta atau balik sahaja ke kampung mereka.
"Den nak kono jumpo Tuk Said lopeh ni. Lambek2 kang, kut dio keluar pulak." kata Amran.
"Kalau camtu, elok kau balik dulu. Den takdo kojo. Den mo Salim ikut poi kubur la.." balas Razak. Saranan Razak itu dipersetujui sebulat suara.
"Leman..!" jerit satu suara sebelum sempat Amran dan Leman beredar meninggalkan masjid. Serentak Amran dan Leman menoleh ke arah suara tersebut.
"Bolum balik laie kau. Moh poie kebumi an jenazah.." kata Tuk Said mengajak anak saudaranya.
"Amran ikut la sekali. Mano kawan kau duo org laie tu?" tanya Tuk Said merujuk kepada Salim dan Razak.
"Ado deh tadi. Dah poie sughau deh gek eh.." jawab Leman.
"Yo lah. Jumpo sanun.." kata Tuk Said lalu terus berlalu dengan Vespanya.
Mujur Amran dan Leman belum mula berjalan pulang. Kalau mereka pulang ke kampung dahulu pun tentu Amran tak dapat berjumpa Tuk Said kerana org tua itu berada di kampung seberang, sedang menguruskan jenazah.
Bila mereka sampai di surau tepi kubur, jenazah rupanya baru hendak dimandikan. Memandangkan jenazah belum sedia untuk disembahyangkan, Amran berkira2 hendak menggunakan kesempatan itu untuk berunding dengan Tuk Said perihal gerai mereka. Tetapi dilihatnya Tuk Said sedang sibuk berbual2 dengan beberapa org tua dari kampungnya dan dari kampung seberang. Jadi dia membatalkan sahaja niatnya.
Amran dan rakan2nya duduk di suatu sudut bersama beberapa pemuda kampung seberang yg sebaya dengan mereka.
"Iha apo cerito eh?" tiba2 Ramli mencetuskan subjek yg sangat menarik perhatian Amran. Ramli merupakan ketua kelasnya semasa tingkatan tiga dalam kelas 3 Belacan.
"Den maghin ado yo cubo ngurat dio. Tak diapik eh doh. Hahaha.. Makin lawa deh sekarang ni agak eh, yo tak?" sambung Ramli dengan gelak tawanya.
"Lawa eh bukan main sekarang ni.." balas Salim.
"Dah buleh la jadi modal iklan sabun Super Busa.. kah3.." Salim ketawa besar dengan anggapan lawaknya tersangat kelakar.
"Tapi kau jgn nak berangan laie la. Dio tongah angek bercinto skrg ni.." sambung Salim. Mata Amran sedikit terbeliak.
"Mo sapo? Bak den langkah mayat eh ha. Hahaha..!" kata Ramli, masih dengan perangai lamanya yg suka bercakap besar.
"Assalamualaikum.." tiba2 seorang lelaki datang kepada kumpulan mereka.
"Waalaikumussalam.." jawab Amran dan yg lain2 hampir serentak.
"Jenazah ni tongah dimandi an tu. Kojap laie nak disemayangkan. Sambil2 tu elok jugak kalau baco an Yasin ko, tahlil ko.. daripado berbughak tegolak mengekek2 camni.." kata lelaki itu. Mereka tak kenal lelaki itu. Mungkin saudara si mati dari kampung lain.
Teguran tersebut membuatkan mereka terdiam. Suara lelaki yg menegur itu sengaja dikuatkannya hinggakan kumpulan Tuk Said yg berbual2 tidak jauh dari kumpulan Amran juga turut terdiam.
"Ekau la ni. Lancang bona mulut tu. Langkah mayat la, apo la.. Golak lak kemain kuek.. Kan dah kono sound. Nak bergurau pun tengok2 la majlis.." kata Amran dengan suara perlahan, ditujukan terus kepada Ramli. Puas hatinya dapat meletakkan kesalahan di atas bahu Ramli setelah mengetahui perihal Ramli pernah mengorat Fariha semasa mereka bersekolah dahulu.
"Leman.." Tuk Said tiba2 menghampiri kumpulan Amran. Semua perhatian terarah kepadanya seketika.
"Kau pinjam biska Iha kan?" kata Tu Said.
"Aah.." jawab Leman, ringkas.
"Dio nak pakai potang ni, puko tigo setongah. Ado koleh tambahan kek sekolah. Lopeh sembahyang kang, kau takyah ikut poi kubur doh yo. Kau poi pulang an biska tu dulu. Dio nak pakai kang tu.." jelas Tuk Said.
"Aaa.." Leman kelihatan ragu2.
"Yolah.. yolah.." jawabnya kemudian.
Lepas solat jenazah, Leman tarik tangan Amran.
"Moh la kito balik dulu." katanya.
"Kau balik la dulu. Den nak kono bincang mo Tu Said pasal goghai tu dulu. Kut sompek kang, den cakap la kek dio." balas Amran. Leman berfikir sejenak.
"Yo tak yo lak.." balas Leman.
"Tak pun camni la. Kau balik dulu, biar den yg runding mo pakngah den.." cadang Leman.
"Eh.. takyah la. Tu kan kojo den. Kau balik dulu. Kang pandai2 la den balik. Kut ado joki, dapek tumpang Vespa Tu Said ko.. hehe.." kata Amran sambil tersengih.
"Baik kau yo yg balik. Mano tau kot2 dapek jumpo Iha. Pasal tapak goghai tu tau la den nak tanyo pakngah den nanti." Leman masih cuba memujuk. Kali ini dia menggunakan senjata yg pada fikirannya cukup ampuh untuk melemahkan Amran.
Amran berfikir sejenak. Fikirannya mengimbau ke detik beberapa jam sebelumnya. Leman kata dia sudah minta izin untuk pinjam basikal dari Tuk Said dan Amran akan mengambilnya sendiri. Sepatutnya peminjaman itu diketahui oleh Fariha. Tetapi semasa mereka datang untuk mengambil basikal, Fariha langsung tak kelihatan. Amran berani menjangkakan bahawa Fariha memang sengaja tidak mahu bersemuka dengannya.
"Takyah la. Kau yo la balik. Den nak ikut poi kubur dulu. Kang den runding mo Tuk Said pasal tapak goghai tu.." putus Amran. Razak dan Salim sedang menghampiri mereka. Melihatkan kehadiran Razak dan Salim, Leman mula kelihatan pucat.
"Am, tolong la balik bawak biska Iha tu. Yg selobih eh den setel an kek sini.." Leman seakan2 merayu.
"Ekau ni kenapo?" pelik benar Amran melihat perangai Leman.
"Den tak ghoti bawak biska.." akhirnya Leman terpaksa juga mengaku.