PART 40 : MACAM KATAK

228 1 0
                                    

Masing2 seolah2 baru pertama kali menyentuh kompang. Abang Zabidi, abang ipar Razak tepuk dahi melihatkan bakat Amran dan rakan2nya yg tak ubah seperti budak kecil dapat pensil. Tak pandai tulis tapi ghairah menconteng dinding.

"Ponah donga bunyi katak maso hujan? Sahut menyahut tapi takdo irama. Ikut suko hati dio yo.. Camtu la bunyi kompang kau. Macam bunyi katak. Bingit yo lobih." komen Abang Zabidi.
"Basic eh kompang ni ado duo peranan pemain eh. Melalu dgn melengkar. Ado org sobut menyolang atau meningkah. Elok kau buek satu team yo. Duo melalu, duo melengkar. Kut ado yg buruk bunyi eh, org lain buleh backup.." kata Abang Zabidi selepas pasti bahawa keempat2 sahabat karib itu langsung tak berbakat dalam permainan kompang.

"Takleh banglong.. Kompang eh ado duo ni yo. Kono la gilir2. Lagipun nak kono gilir2 jugak jago goghai.." balas Razak.

"Kalau camtu abg buleh ajar yg asas yo la. Bawak lagu selawat yo dah.. Esok nak bertanding, hari ni baghu nak belajar. Kut ado banyak maso, buleh yo abg ajar lagu Black Dog Bone.." kata Abang Zabidi.

Maka petang itu riuh rendahlah halaman kedai Razak dengan paluan kompang dan alunan selawat oleh mereka berempat serta mahaguru kompang mereka, Abang Zabidi. Sedang asyik mereka berlatih, lalu pula Fariha beriringan berbasikal bersama Azi dan Ina. Ingin sahaja Amran memanggilnya namun bila dilihat Fariha langsung tidak menjeling ke arahnya, dia membatalkan niat tersebut.

Kepulangan tiga gadis itu dari sekolah menyedarkan Amran bahawa sudah sampai masa utk dia ke kebun getah, mengutip dan menjual lantun. Segera dia minta diri untuk menyelesaikan tugas itu.

Memandangkan semua sudah penat dan mutu permainan masing2 juga agak memuaskan, Abang Zabidi menangguhkan sesi pembelajaran petang itu. Namun dia mencadangkan untuk diadakan kelas malam sebagai persiapan terakhir mereka sebelum menghadapi pertandingan. Kemudian, mereka semua bersurai.

"Baru semalam lantik. Hari ni kau dah ponteng.." kata Pakcik Latif tiba2 sebaik sahaja Amran melangkah masuk ke rumahnya.
"Ponteng apo, bah?" tanya Amran sambil tangannya menyeluk poket untuk mengeluarkan wang hasil jualan getah untuk hari itu.
"Azan Asar.." jawab Pakcik Latif.
"Allahhh..." Amran tepuk dahi.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now