Misi menjaga ikhtilat

16 1 0
                                    

Assalamualaikum para pembaca semua..Cerita ini hanya mengisahkan tentang masalah sosial yang sering berlaku dalam kalangan remaja..Seperti yang korang tahu,banyak kes anak luar nikah kini berlaku di tanah tumpahnya darahku,Malaysia...Persoalannya apakah yg menjadi faktor utamanya berlaku hal sebegini..Semuanya berlaku dengan tidak menjaga Ikhtilat..

Maksud sebenar ikhtilat ialah pargaulan bebas antara laki dgn prempuan asing ( ajnabi).. Hukum iktilat adalah haram di sisi para ulamak..Dalilnya diambil berdasarkan firman Allah S.W.T yang berbunyi:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ  ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا
wa laa taqrobuz-zinaaa innahuu kaana faahisyah, wa saaa'a sabiilaa

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
(QS. Al-Isra' 17: Ayat 32)

Dalam konteks ayat ini, Allah S.W.T tidak menyuruh kita berbuat zina tapi melarang kita melakukan zina..Kalau mendekati jalan zina dah berdosa ini bahkan melakukan zina.. Dosa besar jawapannya..Nauzubillah

Jadi kepada anda di luar sana,saya ada beberapa tips untuk a menjaga ikhtilat agar anda jugatidak termasuk dalam golongan yang mendekati zina..Baiklah,yang pertama kita haruslah menundukkan pandangan apabila melihat wanita atau lelaki yang bukan mahram..Allah SWT berfirman:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصٰرِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ  ۚ ذٰلِكَ أَزْكٰى لَهُمْ  ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا يَصْنَعُونَ
qul lil-mu'miniina yaghudhdhuu min abshoorihim wa yahfazhuu furuujahum, zaalika azkaa lahum, innalloha khobiirum bimaa yashna'uun

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
(QS. An-Nur 24: Ayat 30)

Dalam hal ini setiap lelaki harus menundukkan pandangan apabila melihat kemaksiatan yang berlaku di atas dunia ini.. Tetapi,bukan peranan lelaki sahaja dalam menjaga pandangan bahkan prempuan pun perlu memelihara pandangannya juga..
Allah SWT berfirman:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصٰرِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا  ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلٰى جُيُوبِهِنَّ  ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ ءَابَآئِهِنَّ أَوْ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَآئِهِنَّ أَوْ أَبْنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوٰنِهِنَّ أَوْ بَنِىٓ إِخْوٰنِهِنَّ أَوْ بَنِىٓ أَخَوٰتِهِنَّ أَوْ نِسَآئِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمٰنُهُنَّ أَوِ التّٰبِعِينَ غَيْرِ أُولِى الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلٰى عَوْرٰتِ النِّسَآءِ  ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ  ۚ وَتُوبُوٓا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
wa qul lil-mu'minaati yaghdhudhna min abshoorihinna wa yahfazhna furuujahunna wa laa yubdiina ziinatahunna illaa maa zhoharo min-haa walyadhribna bikhumurihinna 'alaa juyuubihinna wa laa yubdiina ziinatahunna illaa libu'uulatihinna au aabaaa'ihinna au aabaaa'i bu'uulatihinna au abnaaa'ihinna au abnaaa'i bu'uulatihinna au ikhwaanihinna au baniii ikhwaanihinna au baniii akhowaatihinna au nisaaa'ihinna au maa malakat aimaanuhunna awittaabi'iina ghoiri ulil-irbati minar-rijaali awith-thiflillaziina lam yazh-haruu 'alaa 'aurootin-nisaaa'i wa laa yadhribna bi'arjulihinna liyu'lama maa yukhfiina min ziinatihinn, wa tuubuuu ilallohi jamii'an ayyuhal-mu'minuuna la'allakum tuflihuun

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(QS. An-Nur 24: Ayat 31)

Yang dimaksudkan dengan menundukkan pandangan bukan kita tunduk selalu bila berjalan hinggakan terlanggar tiang di hadapan..Maksud sebenarnya ialah kita mengalihkan mata kita ke kiri mahupun ke kanan apabila melihat maksiat ataupun dosa..Mata merupakan aset penting dan menjadi punca utama berlakunya sebarang dosa.. Ibnu Katsir menafsirkan ayat ini bahawa mata yang melihat perkara mungkar akan mendorong hati dan membuatkan akal berfikir utk melakukan kejahatan dan melanggar perintah Allah S.W.T

Tips yang kedua ialah anda perlu sentiasa menjaga adab ketika berinteraksi dengan kaum yang berlainan jantina yang bukan mahram..Maksudnya kita tidak boleh menggunakan ayat manis ataupun pickupline agar tidak berlakunya budaya couple dalam masyarakat..
Seterusnya,anda perlulah sentiasa berwaspada dan tidak berdua-duaan tanpa membawa mahram..Dalam hadis rasulallah S.A.W...Baginda bersabda
"Tidak ada pihak ketiga melainkan syaitan apabila seorang laki dan seorang perempuan berdua-duaan"
Jadi dengan berdua-duaan,ini memudahkan kerja syaitan untuk menggoda seseorang untuk melakukan zina...

Bagi seorang muslimah,anda dituntut untuk menutup aurat berdasarkan syariat islamiah yang berlandaskan al-quran dan sunnah..Allah SWT berfirman:

يٰٓأَيُّهَا النَّبِىُّ قُل لِّأَزْوٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلٰبِيبِهِنَّ  ۚ ذٰلِكَ أَدْنٰىٓ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ  ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
yaaa ayyuhan-nabiyyu qul li'azwaajika wa banaatika wa nisaaa'il-mu'miniina yudniina 'alaihinna min jalaabiibihinn, zaalika adnaaa ay yu'rofna fa laa yu'zaiin, wa kaanallohu ghofuuror rohiimaa

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(QS. Al-Ahzab 33: Ayat 59)

Ini sahaja tajuk kita utk kali ini..Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bab ikhtilat ni,anda kenalah tunggu part 2 pula yang menceritakan lebih lanjut tentang bab ni..Apa yang baik dtg dari Allah S.w.T dan yg kurang dn buruk dtg dari diri saya sendiri..Assalamualaikum dan nantikan part 2 dalam misi menjaga ikhtilat..

Jgn lupa follow instagram saya iaitu lan_syazwan_ untuk perkembangan lanjut tentang tulisan saya

Jaga diri..Bye²

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Sep 08, 2019 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Misi menjaga ikhtilatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang