"WARDAH, welcome to our territory."
Aku kini berada di dalam bilik Encik Marzuki, bos
paling besar di tingkat 12 ini. Lelaki yang pada pengamatanku
berumur awal 50-an ini memang peramah seperti yang
diperkatakan oleh Kak Ayu, siap dengan senyuman yang tak
lekang dari bibirnya.
"Thank you for your warm greetings, Encik
Marzuki." Aku mengangguk sopan.
"Secretary I, Gee dah tunjuk meja you, kan?"
"Dah."
Keadaan bilik besar yang teramat sejuk ini
menyebabkan tanganku menjadi sedikit kebas. Mujur
pendingin hawa di mejaku tadi tidak sedingin bilik ini.
"Now let me give you a brief what goes on in this
department. Kita cakap Melayulah ya? Senang sikit. Bahasa
London tu kita guna untuk keadaan formal aje."
Aku senyum. Sangat merendah dirilah Encik
Marzuki ni!
"Di sini kita ada lebih kurang 50 orang semuanya,
yang dibahagikan kepada tiga unit iaitu Corporate
Communications, Treasury dan juga Investor Relations. 30
orang di bawah unit Treasury, 12 orang dalam unit Corporate
Communications dan selebihnya dalam team kamu iaitu
Investor Relations."
Aku angguk tanda faham.
"Ada apa-apa soalan nak tanya?"
Jantung aku dah berdegup laju sedikit. "Boleh saya
tahu siapa immediate superior saya?"
Harap-haraplah bos aku bukannya lelaki hot guy tu
sebab Kak Ayu kata ada lagi seorang manager perempuan
dalam unit Investor Relations ini.
"Bos you... sekejap lagi dia datang, I dah panggil dia
tadi."
Tidak lama kemudian, sebatang tubuh masuk ke
bilik tersebut sambil memberi salam. Aku menoleh. Yes!
Perempuan! Alhamdulillah.
"Dian, starting today Nik is under your supervision."
Lemau terus seluruh badanku bila mendengar ayat
tersebut.
"Tak aci, bos! I minta assistant perempuan hari tu,
kan?"
Erkk! Boleh selamba badak aje cakap bos besar tak
aci? Aku pandang muka Encik Marzuki, hendak melihat
reaksinya selepas ditempelak orang bawahan tetapi aku
terkejut apabila Encik Marzuki hanya ketawa.
"Relakslah Dian, setahun aje. Lepas setahun nanti,
kita rotate okey!"
"Then, who will get this new girl?" Wanita yang
bernama Dian itu menunjuk kepadaku.
"Who else?" Encik Marzuki angkat-angkat kening.
Dah tak macam seorang Senior Vice President dah
aku tengok gelagat dia sekarang ni.
"Haiman? That's really not fair, boss! Asal ada
management trainee baru masuk, semua letak bawah dia."
"Dalam dunia ni tak ada yang adil, Dian," balas Encik
Marzuki sebelum kembali menghambur tawa.
"Suka hatilah, bos! You bos. I ni orang bawahan aje.
Sedap atau tak, semua kena telan."
"Macam tu..."
Encik Marzuki tidak sempat menghabiskan kata
apabila dengan tidak semena-mena pintu biliknya ditolak
rakus dari luar.
"Looking for me?"
Lelaki yang baru terjah itu bertanyakan soalan kepada
Encik Marzuki tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
"I keluar dululah, bos. Nak jumpa Nik untuk
maklumkan hal ni."
"Thanks for your time, Dian!"
"Small matter, boss!"
Kini di bilik itu hanya tinggal aku, Encik Marzuki
dan lelaki hot guy. Air mukanya kalau hendak dibandingkan
dengan Encik Marzuki, seperti langit dan bumi. Serius tanpa
garis senyuman walaupun sedikit.
"Wardah, this is your boss. Haiman, this is your new
assistant."
Barulah dia memandangku.
"Mohd. Haiman Hussein, Senior Manager IR,"
ujarnya dingin.
Aku cuba senyum walaupun terasa janggal.
"My name is War..."
"Should we buy or should we sell?"
Sungguh. Aku rasa ingin pitam.
"WARDAH!!!"
Tidak cukup tanah aku berlari. Seminggu telah
berlalu, aku telah faham sangat angin monsun Barat Daya bos
aku itu. Lewat sedikit, memang ada yang terbalik kerusi dan
meja yang ada di pejabat ini.
"Lambat! Mana kamu pergi? Panggil tak
datang-datang!" Tanpa sebarang amaran, sebatang pen turut
dilontar ke arahku namun sempat aku mengelak.
"Maaf, Encik Haiman. Saya tengah jawab panggilan
telefon tadi."
"Nonsense! During working hours, don't you ever
dare spend time on your personal matters. This is my first
and my last warning!"
"But that call was from our Corporate Sales side..."
"No excuses! Now..."
Beberapa helai kertas dicampakkan ke depanku.
"Sampah apa yang kamu bagi saya ni?" Garang
suaranya menyoal.
Tanpa bersuara, aku kutip helaian demi helaian
kertas yang bertaburan.
"Ini laporan yang Encik Haiman minta semalam,"
jawabku jujur. Tangan mula terasa basah berpeluh akibat
ketakutan.
"I needed a good report made by someone holding
at least a degree but what I have here is so mediocre as if its
made by someone with UPSR level! Ijazah beli ke sijil kamu
tu?"
Pedih. Sedaya upaya aku tahan air mata yang mahu
merembes keluar walaupun sukar.
"Ma... maaf Encik Haiman. Saya tak tahu." Aku
bersuara perlahan. Degupan jantung tak usah dikata, terasa
bercelaru seribu. Aliran darah juga mula kacau-bilau.
"Apa yang kamu pandai? Semua tak tahu!"
"Sss... saya... saya..." Suara aku keluar tersekat-sekat.
"Kamu tahu tak tugas seorang IR Executive?"
soalnya bersama renungan tajam.
Aku menggeleng sebelum menunduk. Pengetahuan
aku dalam bidang Investor Relations ini kosong sama sekali.
Zero.
"Tak tahu job scope tapi apply?" Suaranya makin
meninggi.
Aku geleng menafikan.
"I need an answer, Wardah! Saya tak perlukan
assistant yang pekak, bisu dan tuli!"
"Bu... bukan saya yang minta. Saya buat praktikal
di bahagian Legal And Secretarial tapi lepas tu HR yang
tawarkan saya kerja bawah IR."
Sedaya upaya aku cuba menahan tangis.
Segarang-garang abah di kampung, tidak pernah lagi
mengherdik kami adik-beradik seperti ini. Cikgu disiplin
sekolah menengah yang misai tebal melenting dan sentiasa
pegang rotan buluh pun tidak segarang ini.
"Duduk! Dengar elok-elok tanggungjawab kamu
ni. Simpan kemas dalam otak. Bukan masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri."
Dalam sendu, aku duduk.
"Salin!"
Menggeletar tangan kiriku memegang pen. Buku
nota, aku letak ke atas riba.
"IR's main role is to develop effective IR strategies
that will optimize the Group's values and increase its
visibility in the investment market place."
Lintang-pukang tulisanku demi hendak mengejar
patah-patah kata yang keluar dari mulut garangnya. Untuk
meminta dia mengulang, cari nahas namanya. Mati hidup
balik aku takkan buat.
"These include disseminating information on
Group's IR activities to investors in a timely and strategic
manner, to maintain an Investor Database, to build a strong
relationship with investors and research analysts, to plan and
organize IR activities, to analyse financial and investment
market trends and also be responsible for strategy work and
market intelligence."
Aku panggung kepala apabila suaranya masih tidak
kedengaran selepas beberapa minit.
"Faham?" Pandangannya tajam menikam.
Dalam takut, aku menggeleng.
"That's your problem, not mine. Tak faham, pergi
belajar sampai faham. Tak ada orang akan layan kamu macam
tuan puteri kat sini. Kamu lost, salah kamu."
Dengan kepala yang menunduk, aku mengangguk.
"Now, ask Fattah to come in here. I want to speak
to both of you."
Dua minit kemudian, aku berdiri semula di
hadapannya bersama Encik Fattah. Encik Fattah ini ialah
non-executive untuk Investor Relations. Aku menganggap
Encik Fattah ini seperti pak cik sendiri setelah mendapat
tahu yang usianya kini mencecah 48 tahun.
"Fattah... Ni, saya nak minta tolong sikit."
"Apa dia, Encik Haiman?" Encik Fattah membalas
sopan.
Dalam hati, aku memang kagum dengan Encik
Fattah ini. Sabar sungguh dia bekerja dan meladeni setiap
kerenah si garang di depan kami ini.
"Ajar si Wardah ni semua projek yang kita ada, yang
dah siap, yang sedang dalam pembangunan dan yang baru
dalam perancangan. Bukan setakat nama projek tapi dengan
details sekali. Contohnya macam projek di Johor tu, jelaskan
kepada dia sama ada jenis residential, commercial, township
ataupun mixed development. Kalau projek residential, sama
ada banglo, kondominium, semi-detached ataupun serviced
apartments. Commercial pulak, sama ada boutique atau
shop office. Beritahu dia harga, sasaran pelanggan, keluasan,
spesifikasi dan kelebihan. Lepas tiga hari, saya akan bagi dia
test. Yang saya tahu, dia kena score one hundred percent."
"Baik, Encik Haiman. Arahan diterima."
"Kamu boleh keluar sekarang. Bawa sekali Wardah
ni."
Aku mengekori langkah Encik Fattah. Sampai di
mejanya, satu fail ABBA bersaiz 50mm ditarik dari dalam laci
dan diletakkan di hadapanku.
"Ni segala projek yang ada di Malaysia, setakat hari
ni. Untuk overseas, fail tu Yen pegang, nanti saya dapatkan
untuk Cik Wardah."
Aku dah ternganga. Penuh satu fail tebal. Nak kena
belajar dalam masa tiga hari aje?
"Err... Encik Fattah serius ke ni? Macam banyak je..."
"Shhh... Dia datang tu."
Aku menoleh. Benar kata Encik Fattah. Encik bos
sedang menghampiri kami.
"Fattah, I'm going out. If anyone comes looking for
me, just say that I have a meeting outside," pesannya dengan
wajah serius.
"Encik Haiman balik ofis tak?"
Tubuh tegapnya yang telah beberapa tapak ke
hadapan berhenti melangkah. Melihat reaksinya itu, aku
sedar yang aku sudah tersilap tingkah.
"Saya nak kamu pergi ke pusat projek terbaru di
Terengganu selama seminggu, tengok dan buat analisis. Balik
sini, bentangkan kepada saya sebagai seorang IR, kenapa saya
perlu melabur dalam projek tu. Anggap saya sebagai potential
investor dan pujuk saya supaya melabur. Jika presentation
kamu gagal, kamu takkan ada lagi peluang untuk bekerja di
sini, faham?"
Aku angguk tanda akur.
"Apart from your presentation, please note that you
still have to prepare a report on that project consisting of at
least 20 pages, to be submitted to me once you are back in the
office. Fattah, tolong contact pusat projek dan maklumkan
tentang hal ni. Minta Gee uruskan flight dan tempat tinggal
macam biasa. Kalau ada apa-apa bantahan daripada pusat
projek, boleh beritahu saya."
"Baik, Encik Haiman. Arahan diterima."
Pandangan mata Encik Haiman beralih kepadaku.
"Itu balasan sebab tanya soalan tadi. Is that clear?"
ujarnya sinis seraya melangkah ke arah pintu utama.
"Sabar aje, Wardah." Satu suara yang agak asing
menegur.
Lantas aku mendongak.
"Encik Razlan..." sapaku kepada seorang senior yang
pada perkiraanku berumur pertengahan 30-an.
Lelaki ini agak berisi, namun berpenampilan kemas
dengan kemeja berlengan panjang berwarna kuning cair dan
bertali leher bercorak belang coklat kuning.
"Saya faham apa yang kamu rasa sekarang ni. Saya
dulu pun management trainee bawah dia."
"Memang susah ke kerja bawah dia?" soalku ingin
tahu.
"Tak tahu nak cakap. Tapi kalau ikut sejarah, paling
lama pun someone boleh bertahan kerja bawah dia adalah
enam bulan."
Aku pandang muka Encik Razlan dengan rasa tidak
percaya. Enam bulan aje?
"Err... Encik Razlan dulu berapa lama bawah dia?"
Dalam serba salah aku bertanya.
"Empat bulan. Saya beritahu Encik Marzuki yang
saya tak minat buat IR, jadi Encik Marzuki minta HR letakkan
saya di bahagian Corporate Communications."
"Bunyi macam dahsyat aje..." Aku terlepas isi hati.
"You have to be strong if you're working under him,"
sampuk Puan Nuraina yang tiba-tiba muncul.
Wanita yang berpangkat Manager Treasury ini
tampak anggun dengan blaus dan skirt labuh yang dipadankan
dengan selendang yang diikat moden. Sungguh bergaya.
Tidak pasti sudah berapa lama dia mendengar tetapi rasanya
cukup lama memandangkan dia boleh 'masuk' perbualan aku
dengan Encik Razlan.
"Kalau you nak terus kekal kat sini, you kena firm.
Bukan senang untuk lulus penilaian bila kerja dengan
Haiman yang panas baran tak kena tempat tu," tambah Puan
Nuraina bersama senyuman tipis.
"Kalau saya nak minta tukar macam yang Encik
Razlan buat?" Aku mula menaruh harapan.
Terbayang raut wajah Manager Human Resource,
Puan Zulaikha.
YOU ARE READING
Mimpi Yang Sempurna - Aiza Qriselda (AQ)
RomanceTAJUK: MIMPI YANG SEMPURNA PENULIS: AIZA QRISELDA (AQ) ISBN N0: 978-967-0907-40-6 BLURB: Dia bukan putera raja impian. Juga bukan jenis Prince Charming idaman semua. Malah, bukan calon untuk dijadikan suami. Pendek kata, dia bukan pilihan akal. Tapi...