Aku memandang rumah berdua tingkat yang mempunyai design kolonial bergaya Amerika. Tidak hanya besar, namun design eksterior rumah tersebut nampak klasik dan elegan.Umumnya, rumah tersebut juga memiliki halaman depan dan juga belakang yang cukup luas. Terdapat juga pohon-pohon yang besar ditanam di bahagian halaman depan rumah tersebut.
"So what do you think Hazel?do you like it?" ujar sebastian. Dia hanya ingin memastikan anak-anaknya berasa selesa dan suka pada rumah baru pilihan sendirinya itu.
"Yes dad, I really like this house," Sebastian tersenyum mendengar jawapan dari Hazel. Lega sedikit hatinya setelah mendengar jawapan positif dari isterinya, Hayden dan begitu juga Hazel.
"So come on, kita pergi check dalam rumah ni pula. Ibu kamu dan Hayden dah tunggu dekat sana tu," Hazel mengangguk dan hanya mengikuti langkah ayahnya dari belakang.
Di dalam rumah itu pula kesan elegan tampak dari bentuk eksterior yang dilengkapi jendela serta pintu besar bermaterial kayu jati dengan bentuk yang antik. Kaca yang digunakan pula bukan seperti kaca-kaca berwarna bening yang kerap digunakan saat ini. Unsur bebatuan dengan warna yang dingin pun kerap hadir pada tampilan muka rumah tersebut.
Warna putih menjadi pulasan warna yang mendominasi setiap ruangan. Lalu, warna coklat juga sesekali muncul pada corak lantai atau aksen ruangan lainnya.
Perabot yang terdapat di dalam rumah tersebut juga bercirikan belanda dimana ia dipenuhi ornamen pada bahagian permukaannya. Teknik marquetry dan veneering juga merupakan teknik yang cukup sering diaplikasikan. Itu sudah cukup membuatkan mata Hazel tidak berkelip. Sungguh dia suka dengan design luaran dan dalaman rumah baru mereka sekeluarga itu. Nampak unik sangat.
Sejujurnya aku begitu terpegun melihat hiasan sekeliling rumah baru yang dipilih ayah. Sungguh menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang rumah ini. Pandai daddy pilih dan sememangnya sungguh memenuhi cita rasa kami sekeluarga. Pandanganku kemudian beralih ke arah sesuatu. Aku melihat satu per satu karya seni yang tergantung di beberapa sudut ruangan seperti lukisan pemandangan laut dari cat minyak.
"Zaman dahulu orang Belanda gemar bereksplorasi ke beberapa tempat melalui jalur laut. Tengok sahaja lukisan ni pemandangan laut selalu ditemukan pada lukisan orang Belanda," Sebastian sempat memberitahu serba sedikit mengenai karya seni orang belanda kepada anaknya.
"Dahulu rumah ni kepunyaan orang belanda ke?Hazel tengok rumah ni dekorasinya sangat cantik dan pemilik pertamanya pun pandai pilih rumah ni,"
"Pemilik rumah ni bukan orang belanda tapi Amerika. Daddy rasa keluarga mereka mungkin suka akan rumah bergaya belanda,"
"Ouh Amerika rupanya. Patut lah luar rumah ni design dia kolonial bergaya Amerika dan di dalam pula ala-ala gaya belanda. They are so creative," Hazel memandang pula anak tangga yang menuju ke tingkat atas.
"Dad I think I need to go upstairs,"
"Okey sure just go on. I need to unpack our things if you want to ask something just find me around," ujar Sebastian.
Hazel hanya mengganguk sebelum membuka langkah menuju ke tingkat atas. Di tingkat atas pula terdapat empat bilik, satu ruang membaca buku, dua bilik kerja dan dua bilik stor. Fuh!tingkat atas ni dah ada empat bilik belum termasuk bilik yang ada di tingkat bawah. Sempat Hazel berkata di dalam hati.
Hazel pun memilih bilik tidur yang terletak paling hujung dan di sebelah kiri bilik itu pula terdapat ruang membaca buku. Bilik paling hujung sekali ni pandai tarik perhatian aku itu sebabnya aku pilih bilik ni. Macam jatuh cinta pada pandangan pertama pun ada juga.
Pintu bilik dikuak perlahan dari luar. Aku meletakkan beg diatas meja lalu membuka langsir Eyelet moden yang memberikan ketenangan dengan warna lembut. Not that bad ada beranda juga dalam bilik ni. Pilihan aku memang tak pernah mengecewakan diri sendiri. Aku kemudian membuka pintu sliding membiarkan angin masuk ke dalam bilik. Sekali sekala tidak membazir elektrik tak mengapakan?
Selesai sahaja membersihkan bilik yang sedikit berhabuk aku pun meletakkan semua barang-barang di tempat yang sepatutnya. Namun, sebaik sahaja aku terpandang akan sesuatu yang memang menyakitkan hati aku rasa macam nak jerit pun ada juga.
"Kenapa pintu bilik mandi ni jenis pintu kaca buram?bukan ni selalu ada dalam bilik untuk lelaki ke?grrr...apa semua ni!bukankah pilihan aku tak pernah mengecewakan?but why?arh...malas lah nak pindah bilik!aku dah susun semua barang takkan nak cari bilik lagi buat susah diri sendiri je," ujar Hazel sambil mendengus geram. Kaki pula dihentak-hentaknya di atas lantai bilik.
"Tapi aku masih tak puas hati dengan pintu kaca buram ni. Dekat rumah lama, pintu bilik mandi aku tak pasang jenis yang macam ni. Lepas ni kalau nak mandi mesti kena kunci pintu bilik dulu," bebel Hazel sendirian di dalam bilik.
"Hazel," kedengaran suara Katherine yang memanggil nama anaknya. Dia masuk ke dalam bilik Hazel apabila melihat pintu bilik itu tidak ditutup.
"Mum look at my bathroom door. Hazel tak sukalah pintu bilik air yang jenis macam ni," Hazel seakan mahu menangis sahaja ketika ini. Baginya tersilap memilih bilik itu sudah dirasakan seperti masalah yang besar.
"Why?nothing is wrong with that door. If you didn't comfortable then just lock this door before you going to bath," ujar Katherine seraya mengusap lembut bahu anaknya.
Aku apa lagi hanya mampu tersenyum je dengar balasan ibu. Tapi bukan ada orang asing dalam rumah ni pun kan?ahli keluarga sahaja yang ada. Tak apa yang penting bilik aku ada balkoni huhu. Orang kata free aircond hehe.
"Yelah mumy. Betul juga," balas Hazel pasrah.
Katherine tersenyum."Hazel janganlah sedih-sedih ye. Bilik ni pun mumy tengok sesuai sangat untuk Hazel. Oh ya nanti tolong mumy susun barang dekat bawah bolehkan?" ujar Katherine.
"Hazel tak sedih dah mumy. Hehe. Okey sure mum, nanti Hazel turun," kata Hazel dan tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang putih.
Enjoy🍀
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]
Romance#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank No.1 in Paranormal [18.05.2020] #Rank No.1 in supernatural [28.10.2020] [PROCESS IN EDITING] Takdir i...