Selepas memeriksa Salyna, doktar tersebut terus keluar daripada bilik. Tiga orang lelaki yang sedang duduk di luar itu automatik berdiri apabila melihat doktar itu.
Mereka sudah tidak sabar untuk mengetahui tentang pemeriksaan yang telah dijalankan kepada Salyna.
"So doc, macam mana dengan wife saya? Dia dah okey kan? Tak ada luka dalaman ke apa-apa?" Soal Qairul. Laju sahaja mulutnya menanya soalan itu.
Doktar itu mengeleng-geleng.
"Hm, pesakit dalam keadaan stabil. Pesakit juga tidak mempunyai luka dalaman. Semuanya okey. So, encik tak perlu risau." Kata doktar itu. Dia tersenyum ke arahnya.
Akhirnya dapat juga Qairul menghela nafas lega setelah tiga hari dia tidak tentu makan dan mandi memikirkan isterinya.
Selepas itu doktar itu terus meminta diri untuk pergi dari situ. Jururawat yang bersamanya tadi juga mengorak langkah mengikutinya daripada belakang.
Dengan hati yang senang, Qairul terus memasuki bilik itu. Mukhriz dan Hans juga tidak kalah. Mereka juga mengikuti Qairul daripada belakang.
Salyna duduk tersenyum di atas katilnya.
Dengan langkah yang besar, dia terus mendakap kuat isterinya. Ubun-ubun kepala isterinya dicium beberapa kali. Sungguh, dia amat merindu untuk memeluk isterinya itu.
Belakang badan isterinya diusap-usap perlahan. Begitu sayangnya dia pada gadis itu. Hanya tuhan yang tahu.
Salyna memeluknya kembali. Dia memahami perasaan suaminya ketika itu.
"Abang rindu sayang." Luah Qairul.
Perlahan tetapi dapat ditangkap oleh telinga kecilnya Salyna.
"Me too." Kata Salyna. Hampir saja dia mengalirkan air mata disitu. Cepat-cepat air mata ditubir matanya diseka.
Entah mengapa, merasa emosi ketika itu. Dia takut.
"Tiga hari Salyna tak sedarkan diri. Abang takut! Takut sangat. Takut untuk kehilangan sayang!" Kata Qairul. Matanya erat dipejam.
Biarlah dia merasa tenang di dakapan isterinya buat seketika. Dia tidak mahu pelukan itu dileraikan.
"Abang! Lyna dah okay la. No need to be worry. I completely fine right now." Bahu suaminya ditepuk-tepuk.
Semakin erat pelukan Qairul ketika itu. Dia seperti tidak mahu berjauhan lagi dengan isterinya itu. Mahu saja diikatnya tangannya bersama istrri kesayangannya itu agar mereka sentiasa bersama.
Salyna menolak badannya Qairul ke belakang. Pipi suaminya itu diusap lembut. Dia mula mengukir senyuman buat suaminya itu.
Mata mereka bertentangan buat seketika.
"Lyna okay." Katanya.
"Sure?"
"Very very sure my love." Semakin lebar senyuman Salyna ketika itu.
Tiba-tiba perutnya berbunyi. Ini tidak lain dan tidak bukan, laparlah maksudnya! Salyna tersengih. Kepalnya digaru-garu.
Matanya mula terarah pada tiga bekas tupperware di atas meja makan.
"Abang, nak makan? I quite hungry right now." Salyna membuat muka comel.
Hans yang menyaksikan Salyna membuat muka comel itu terus tersenyum lebar. Walaupun bukan pada dia Salyna membuat wajah comel itu, tetapi dia senang.
Sejuk hatinya melihat Salyna tersenyum seperti itu. Kalau boleh, dia mahu Salyna tersenyum setiap masa tanpa ada wajah murung atau sedih padanya.
"Memang la lapar. Tiga hari tak makan." Kata Qairul. Comel betul bini aku nih!
"Apa dalam tiga-tiga tupperware tu?" Soal Salyna. Dia ingin tahu. Perutnya sudah tidak sabar untuk menjamu makanan.
"Same menu. It's your favourite food. As usual spaghetti carbonara." Kata Qairul acuh tidak acuh.
"Wow! Oh my god. Dah lama dah Lyna tak makan. Laparnya. Ni Hans dengan Riz bawa sekali ae?" Wajah dua orang lelaki yang dari tadinya berdiam diri memandangnya ditanya.
Hans dan Mukhriz mengangguk mengiyakan kata-kata Salyna.
"Oh. Seriously? Thank you. Buat susah-susah je. And abang. Thank you too!" Senyum Salyna. Wajah suaminya dipandang pula.
Qairul mencubit pipinya kuat. Geram betul tengok pipi gebu isterinya itu.
Salyna yang baru sahaja ingin bergerak berdiri daripada katil ditahan oleh Qairul. Qairul memandangnya pelik.
"Nak pergi mana?" Tanya Qairul.
"Pergi situ la. I want to eat." Jawab Salyna.
"Tak payah nak jalan-jalan. Kan masih sakit, sibuk nak jalan juga. Degil! Duduk." Arah Qairul. Sengaja matanya dibesarkan.
"Abang! Lyna okey la. Yang sakit tu kepala ni ha. Bukannya kaki. Kaki ni masih elok lagi nak berjalan. Look! It's okay." Kata Salyna. Kakinya yang berjuntaian itu digoyang-goyangkan.
"No. Sit here. Makan kat sini je. Kejap biar abang ambilkan makanan tu." Qairul dengan baik hatinya berjalan ke meja makan untuk mengambil makanan.
Salyna tersenyum hampir ke telinga. Caring nak mampus suami aku ni! Rasa nak pengsan balik pun ada.
Dahi Salyna berkerut tatkala melihat suaminya yang hanya membawa satu tupperware sahaja kepadanya.
"Abang, bawalah semua sekali." Kata Salyna.
"Nak makan semua sekali ke? Tak payah la. Nanti sakit perut pulak. Ni, makan je dulu spaghetti abang ni." Tupperware yang berisi spaghetti itu ditolak ke arah Salyna.
Mukhriz berdecit. Kurang asam. Buat penat je aku suruh pembantu rumah aku buat pagi-pagi.
"Abang ni. Lyna nak makan semua. Please! Lyna lapar. It's been three days I didn't eat." Salyna mula meregek.
Lengan suaminya digoyang-goyangkan.
Qairul tidak melayannya. Kepalanya hanya menggeleng.
"Please. Kalau abang bagi Lyna makan semua spaghetti tu, Lyna bagi abang two special present. "Salyna mula mengumpan suaminya.
Qairul berfikir sejenak. Hadiah? Hadiah apa pula dia nak bagi?
"Bagi la." Kata Qairul.
"Sini la sikit." Salyna menarik lengannya Qairul supaya lebih dekat dengannya.
Qairul menadah sebelah mukanya kepada Salyna. Dia seperti ingin membisikan sesuatu padanya. Lama juga dia menunggu selepas itu, chuu!
Satu ciuman diberikan kepada Qairul. Qairul terkaku. Dia merasa gembira ketika itu. Dalam hati dia sudah ketawa suka.
Nasib baiklah ketika isterinya mencium pipinya, Hans dan Mukhriz lagi sibuk melayan diri masing-masing.
"That's the first present. For the next present, I will buy you something. "Kata Salyna.
"Janji?"
"Janji."
Dua lagi tupperware yang berisi spaghetti itu diserahkan kepada Salyna. Biarlah isterinya makan sepuas-puasnya hari ini.
*
*
*
*
*Hahahahahah. Btw, hope readers semua suka la ye?? Vote tauu. Tite tau awak akan vote!
Byeee
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...