Tarikh yang ditunggu telahpun tiba
Debaran kian terasa
Aku dapat merasakan ibuku masih berat untuk melepaskan aku
Aku dapat rasakan ibu ku khuatir tentang keadaanku
Begitu juga ayah , tetiba kerisauannya kurang berbanding ibuTetapi aku baik-baik sahaja
Yang aku risau ialah bagaimana aku ingin mencari teman baharu?
Perasaan 'homesick ' itu tidak lah terasa mana
Mungkin kerana aku sudah terbiasa dengan suasana di asrama , walaupun hanya setahun di situHari pertama sudah semestinya bersapa dengan rakan sebilik atau lebih dikenali 'roommate'
Mujur kedua duanya mempunyai personaliti yang baikDan seterusnya aku berkenalan dengan fasi dan juga rakan satu course
Yang mengejutkan dalam course kami hanya ada 4 orang perempuan termasuk aku , dan course kami adalah yang paling sedikit bilangan pelajar.Antara mereka bertiga , aku lebih akrab dengan salah satu daripadanya .
Tetapi aku dikumpulankan bersama dengan 2 orang kamcing tersebut
Aku cuba untuk berbicara dengan mereka
Tetapi aku mati kata
Aku tidak tahu adakah wajar untuk aku menyampuk
Kerana topik yang mereka bualkan hanya dapat difahami sesama merekaJadi aku lebih memilih untuk menyendiri
Minggu suai kenal , hamir setiap hari akan ada masa aku menyendiri
aku malas untuk bergantung harap pada orang lain
Tetapi dalam masa sama
Jiwa aku meraung agar aku juga mempunyai rakan yang dapat bersama dengan akuAku tidak mahu memberitahu perihal ini kepada keluarga aku
Kerana aku tidak mahu mereka risau
Jadi aku pendam sahaja
Dan mereka menilaiku sebagaai seorang yang pendiamDalam aku berjauhan dengan keluarga , aku sentiasa terfikkir tentang mereka
Bagaimana mak tanpa aku di sisi ?
Bagaimana abah tanpa suasana riuh anak-anak di rumah?
Bagaimana keadaan satu satunya kakak aku yang berada pada semesta akhir sekarang?
YOU ARE READING
diari siswi
De Todokeputusan telah pun muktamad , harapan semoga ianya yang terbaik . maka bermulalah sebuah cacatan hidup baru , penginjakkan fasa baru , meninggalkan gaya hidup lama . Langkah pertama yang penuh dengan debaran dan harapan oleh semua pihak , terutaman...