EPISOD 05

23.9K 1K 41
                                    

"Kak Ell!!"

Amellyn yang sedang bersila sambil memotong bawang tersentak dengan jeritan Syukri, anak kepada sepupu Putri. Amellyn terus saja berpaling kebelakang. Sosok tubuh kecil Syukri yang masih menghulurkan telefon bimbitnya dipandang sekilas sebelum telefon tersebut di ambil. Dada Syukri masih berombak kencang.

"Ada... ada panggilan kecemasan." Ujar Syukri dengan nafas yang belum stabil.

Mata Amellyn membulat sebelum telefonnya dilekatkan pada telinga. Amellyn bangun dari duduknya sebelum melangkah keluar dari ruang dapur.

"Ya saya." Ujar Amellyn sebaik saja suasana sekitarnya senyap sedikit berbanding Kawasan dapur tadi. Riuh dengan mak cik-mak cik.

"Doktor Ell. Maaf menganggu cuti doktor tapi say--"

"Straight to the point now." Potong Amellyn. Dia tak suka buang masa. Waktu kecemasan tak ada masa nak bermadah bagai.

"Adik Rykal. Tiba-tiba saja sesak nafas tadi. Masa kami bagi bantuan pernafasan tiba-tiba saja dia pengsan." Nafas Amellyn bagai tersekat apabila berita itu sampai kepadanya.

Lama Amellyn terdiam sebelum dahi Amellyn berkerut pelik. Hatinya mula rasa tak selesa. Bagai ada sesuatu yang tersorok. Kakinya mengorak langkah masuk ke dalam biliknya sebelum kunci kereta diambil lalu dia melangkah keluar dari rumah. Menuju ke arah keretanya.

Setahu dia Rykal di masukkan ke hospital disebabkan di dera oleh ibu kandungnya saja.

Amellyn berlari anak ke arah keretanya yang terletak di laman rumah jiran sebelah. Disebabkan banyak sangat kereta, jiran sebelah benarkan kami parking kereta di laman rumahnya.

Punat lock ditekan sebelum lampu kereta bernyala dua kali. Bahagian bonet kereta dibuka sebelum kotak putih yang mempunyai lambang hospital tempat dia bekerja digeledah mencari fail peribadi milik Rykal.

Tangannya terhenti pada sebuah fail. Nama yang tertera dibaca di dalam hati.

Muhammad Alif Rykal bin Abdullah.

Fail yang tertera nama itu dibuka lalu satu persatu maklumat dibaca dengan teliti. Mata Amellyn membulat hebat apabila dia terbaca ayat yang tertulis pada helaian ke du aitu. Macam mana maklumat sepenting ini tak dimaklumkan kepada dia?

Bukankah dia dah jadi doctor yang bertanggungjawab atas Rykal. Sepatutnya dia tahu semua masalah Rykal.

"Rykal ada masalah paru-paru." Ujar Amellyn lemah. Amellyn tersandar pada bonet. Kedengaran suara mengeluh lemah disebelah sana.

Belum sempat Amellyn berkata-kata, suara disebalah sana membuatkan Amellyn memutuskan untuk terus berdiam diri.

"Akak Ila." Tersenyum Amellyn mendengar suara comel milik Rykal. Alif Rykal, anak kepada bekas jururawat di hospital yang dia bekerja.

Lebih kepada anak luar nikah. Ain Najwa. Itulah nama ibu kandung Rykal.

Sejak dilahirkan, Rykal ditinggalkan bersama ibu Ain. Tapi lepas saja ibu Ain meninggal dunia, Ain terpaksa jaga Rykal. 2 minggu sebelum Rykal dimasukkan ke hospital dia di dera hebat oleh Ain.

Bukan itu saja. Di hospital juga Rykal di dera sehingga pengsan dan dahinya berdarah akibat dihantuk pada dinding. Anak kecil yang berusia 4 tahun itu koma selama 3 bulan lebih.

Ain diberhentikan kerja dan masih berada di pusat AADK. Patutlah dulu stok ubat batuk selalu cepat habis. Lepastu dengan misteri botol ubat batuk kosong lah. Rupanya si Ain.

"Mama?" Amellyn tersenyum lebar apabila suara Rykal menyapa gegendang telinganya. Rasa rindu yang membuak sejak dia sampai ke sini terasa bebas. Hilang sekejap rasa risau di hatinya.

AMELLYN RAYDENWhere stories live. Discover now