• f o u r •

1.1K 113 155
                                    

Selepas beberapa bulan, perut Jeonghan mula membesar.

"Omma besarnya perut omma! Woah!!" jerit Seokmin excited sambil mengusap perut ommanya lembut.

"Omma! Adik kita ni gemok ke? Besor semacam perut omma. Taknak la macam Kwan!" kata Mingyu sambil menunjuk ke arah Seungkwan dan menggelengkan kepalanya tanda tak setuju. Seungkwan yang sedang bermain dengan Hoshi dan Woozi terkejut.

"Yah! Kita tak kutuk Gyu hyung pun kan! Sebok kutuk kita pahal?" Seungkwan mencekak pinggangnya dengan muka marah. Mingyu hanya menjelirkan lidah ke Seungkwan.

"Haha Mingyu jangan macamtu, sian Seungkwan. Tak baik tau ejek orang" Jeonghan hanya mengusap kepala Seokmin disebelahnya yang daripada tadi peluknya. Seungkwan yang mendengar hanya ketawa tidak bersuara manakala Mingyu hanya pout.
"Kwannie pun sama, tak baik tinggi suara dekat Mingyu. Dia kan hyung kena la hormat arra?" kalini situasi terbalik, Mingyu yang ketawa, Seungkwan yang pout.

"Hmm lagi beberapa hari je baby ni nak keluar tunggu masa je. Mingyu, Seokmin, Seungkwan happy tak?" tanya Jeonghan yang menunggu kedatangan ahli keluarga baru.

"HAPPYYY!!!" jerit mereka serentak.

"Tapi tak happy sangat sebab ntah² macam Seungkwan nanti" Mingyu yang tau dirinya bakal dikejar terus memecut lari.

"MINGYU HYUNG TAGUNA!!!" Seungkwan yang sakit hati terus mengejar Mingyu sambil menggunakan highnotenya.

"AWAK! SAYA LAGI HAPPY DARI DIORANG! YEAY!! DAPAT ANAK LAGI! YAHOOOOOO!" jerit Seungcheol teruja dari arah tangga. Boleh nampak la dia lompat² kat situ.

"Eyy gediknya appa ni, tak matang" ujar Wonwoo dengan muka kosong sambil menggelengkan kepalanya. Seungcheol yang perasan Wonwoo ada disebelahnya tersengih dan mengusap kepalanya.

"Wonu ni mesti ikut perangai omma kan~ serius memanjang" Seungcheol ketawa dan menyerabaikan rambut Wonwoo. Dia terharu sebab semua anak dia dah besar. Haih cepatnya masa berlalu.

"Appa! Rambut Wonu ish" Wonwoo terus turun tangga dan menuju ke ommanya. Ceh nak mengadu la tu.

"Aigoo~ siapa punya suami ni? Minta kutip..aduh malunya perangai tak matang" Jeonghan yang duduk di sofa membenamkan mukanya dengan bantal.

"Eleh yang tak matang ni la yang awak sayang kannn..alololo jangan malu² kembang baby nanti" Seungcheol hanya gelak besar.
"Omma~ janganla buat macamtu~ nanti adik Shi tak bernafas. Tak sempat Shi nak ajar dia taekwando. Hiyakk!" kata Hoshi lalu membuat beberapa langkah taekwando yang dipelajarinya. Woozi di sebelahnya menjeling.

"Ah tak payah kau. Omma nanti kan Uji nak ajar dia main music! Mesti nampak cool!" Hoshi hanya menjeling tajam. Ohh nak lawan ke?

"No no no, Wonu akan ajar dia supaya dia pandai membaca. Nanti dia besar jadi macam Wonu!" Wonwoo hanya tersenyum didepan ommanya. Jeonghan gembira melihat mereka nak jaga baby tu.

"Ani! APPA akan ajar dia cara nak cakap appa dia paling hensem antara korang haha" semua disitu sweatdrop apabila mendengar kata² Seungcheol.

"Haha jangan nak mengada, ku lepuk mu kang ajar benda bukan bukan" Jeonghan membaling bantal dan sampailah tepat ke muka Seungcheol.

"Auch sakit! Nakal eh awak ni. Takpe nanti saya ajar dia nak cakap awakla bidadari dari neraka--eh! Hehe" gurau Seungcheol sambil langkahnya ke belakang perlahan². Takut la tu. Jeonghan yang nak marah tiba² terhenti sebab rasa sakit diperutnya. Oh ye, amat sakit! Rasa macam kena tendang dekat perut.

"AHHH! A-AWAK! S-SAKIT! H-HOSPITAL! P-PPALI!" Jeonghan menjerit kesakitan di perutnya. Dia mengenggam bantal disebelahnya dengan kuat. Seungcheol yang mengundur mula melangkah kehadapan dengan laju.

[OG] BongBong Family >SVT<Where stories live. Discover now