🌻🌼 57 🌷🌱

1.1K 47 3
                                    

"Memang susah kami nak berlawan itu yang abang jumpa akak tu dia tengah mengah mengah tu"cerita Sarah.

"Abang ada cakap.. Kalau lelaki itu mula tembak jangan guna pelali tapi guna peluru terus.. Itu yang dia mati tu"kata Sarah lagi.

"Bilalah dia nak sedarkan?.. Dah laa.. Akak nak naik atas.. Nak mandi nanti teman kan akak masak nak.. Dah lama tak masak hahaha.. "Tersenyum Rufina yang sedang bangun dari sofa.

Tersenyum Tengku Alina dan Tengku Shukri.

"Rufina...  Kuat tau.. Kami ada disisi Rufina"kata Tengku Alina yang berlari dan terus memeluk Rufina.

Rufina membalas pelukan sebelum berkata.

"Rufina tahu.. Itu yang Rufina cuba untuk kuat.. "Balas Rufina yang sudah melangkah menuju ke tangga.

Masuk sahaja didalam bilik dia terus merebahkan badannya di atas katil..

Sempat dia memeluk bantal Saif.. Rindu dia makin buak buak..

"Abang. Abang cepat bangun tau.. Fina rindu abang.. Gila gila!!..abang tahu..?"Kata Rufina yang mencium bantal itu.

********

"Engkau ni okey tak? "Soal Fathia yang memegang bahu Rufina.

"Auntie suruh dia makan, Thia. Dia tak nak.. Kamulah pula pujuk dia.. Suruh dia makan"kata Tengku Alina yang berhadapan dengan Rufina di ruang tamu itu.

"Hish!! Engkau ni.. Memang sukakan seksa diri.. Awak tu mengandung kenalah jaga makan dan emosi..  Jangan ikutkan hati sangat.. Memang Bagus pun buat anak engkau macam tu.. Ingat  Rufina.. Anak dalam perut tu amanah..  Jaga elok elok. Kalau engkau perangai macam ni.. Tak nak kuat.. Bagi semangat dekat suami engkau yang sakit tu.. Apa engkau dapat.. Dapat sakit adalah.. Baguslah macam tu laki bini sakit. "Ceramah Fathia yang sudah tidak senang duduk dan akhirnya berdiri dia berulang alik ke kiri dan kanan.

"Aku nak jumpa Saif..  "Rufina sudah bangun dari duduk. Terus dia menuju ke bilik dan menyalin baju.

************

Sudah sebulan Saif tidak sedarkan diri.. Kandungannya juga masuk 8bulan. Dirinya makin lama makin kurang makan..

Sarah yang berdiri disebelah Khairy hanya memandang kakak iparnya berbual kosong dengan abangnya yang masih terbaring diatas tilam pesakit  .

"Abang.. Fina baru dapat tahu yang anak kita ni lelaki.. Fina ingat nak letak nama Syahrid..  "Tersengih Rufina mengenangkan yang dia sangat gembira sewaktu mendapat khabar dari Doktor Husna yang dirinya mengandungkan anak lelaki.

Terkejut Rufina tatkala jari Saif bergerak-gerak.. Dirinya sudah terdiri dari duduk dikerusi.. Terus matanya memandang Sarah yang turut terkejut sama.

Khairy sudah berlari ke luar bilik memanggil doktor.

Rufina terpaksa keluar kerana kehendak doktor.

Saat itu.. Dirinya mendapat rasa tendangan kuat didalam perut.

"Aduh!!   Anak mama ni.. Kalau rindu papa pun jangan lah tendang kuat... "Rufina sudah terkelip mata menahan sakit, tangannya sudah memegang perut yang besar itu..

Next...

Cinta Miss MafiaWhere stories live. Discover now