" Macam mana hujung minggu ni ? Awak jadi keluar date dengan saya ?" Tanya Joshua.
" Ye, jadi." Balas Jeonghan sambil tersenyum nipis.
Belum apa-apa lagi dia sudah rasa tak happy memikirkan tentang date itu nanti. Mungkinkah sebab orang itu bukan Seungcheol ? Ah,entahlah. Tapi walau apa pun, dia cuba sedaya-upaya mengawal perasaannya itu daripada bereaksi terlalu obvious agar Joshua tidak terasa hati melihatnya.
" Jeonghan. Can i ask you something?"
Jeonghan memandang Joshua lalu mengiakannya.
" Kalau awak diberi pilihan untuk memilih antara saya dengan Seungcheol. Siapa yang awak rasa awak akan pilih ? Saya atau Seungcheol?" Tanya Joshua.
"......."
xxx
Hujung minggu yang tak begitu dinantikan oleh Jeonghan telah pun tiba iaitu hari datenya bersama dengan Joshua.
Jeonghan menuju masuk ke dalam sebuah cafe dengan kadar tergesa-gesa kerana dia sudah terlambat dari waktu yang telah dijanjikan.
" Cari meja nombor sepuluh. Saya akan tunggu awak di situ." pesanan Joshua menerusi panggilan pada setengah jam yang lalu, masih segar di dalam ingatannya. Dia mengatur langkahnya ke meja bernombor sepuluh.
"Maaf , saya lambat." kata Jeonghan.
Namun, matanya terus membuntang besar sebaik saja melihat wajah familiar itu.
" Yah-"
" NEO?!"
xxx
"Tunggu aku kat cafe, nanti aku datang." Itu yang Soonyoung beritahu padanya tadi.
Seungcheol menunggu di dalam sebuah cafe sambil menongkat dagunya. Lama betul si Soonyoung ni. Dia mengeluh sendirian sewaktu menantikan Soonyoung. Kerana terlalu bosan, dia jadi terleka untuk seketika.
Tiba-tiba..
" Maaf saya lambat." suara itu mengejutkannya.
Seungcheol lantas mendongakkan wajahnya dan membuatkan pandangan matanya dengan orang itu langsung bertemu.
"NEO?!" serentak dia dan Jeonghan berkata. Mereka saling terkejut memandang antara satu sama lain.
xxx
Seungcheol dan Jeonghan saling berpandangan tapi hanya terdiam janggal.
" Err..Jeong.." " Cheol.." Jeonghan dan Seungcheol mula membuka mulut tapi terjeda kerana masing-masing ingin katakan sesuatu pada waktu yang sama.
" Nevermind. Awak dulu." kata Seungcheol sekaligus memberi laluan kepada Jeonghan untuk bercakap terlebih dahulu.
" Macam mana awak boleh ada dekat sini ?" soal Jeonghan.
YOU ARE READING
✅ 𝐈𝐍𝐓𝐎 𝐘𝐎𝐔 +Jeongcheol
Fiksi Penggemar✤ 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐡 𝐜𝐨𝐧𝐟𝐞𝐬𝐬 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 1,2,3... BoyXboy [Jeongcheol Minific] Ship : Jeonghan+ Seungcheol = Jeongcheol Genre: sweet romance, teenfiction Total chapter: 11 chapter Start: 24AUG2019 End: 24SEP2019 [OFFICIAL STORY] Bea...