3 Januari 2019
Tarikh yang menjadi titik permulaan bagi semua murid batch'06 .
Berlatar belakangkan keluarga yang berbeza-beza. Pelbagai jenis karenah.
Ada yang terpaksa, ada yang rela untuk bergelar ' budak hostel '.
Kaki melangkah menuju ke dewan, tempat mendaftar.
[ 🦡 ] : Uyoo.. besar gila . Macam dewan kahwin pulak dah .
On the other side ...
[ 🐢 ] : Kenapa ? Wajib ke aku sekolah sini ? Sekolah agama pulak tu ..
Rela tak rela, kami melangkah juga dan automatik menjadi rakyat negara Atas Bukit yini.
Masuk-masuk, pergi ke meja pendaftaran. Guru tak ramai. Pelajar-pelajar je yang lebih. Ada baju kuning, ada baju ungu, ada juga baju putih.
[ MT ] : Selamat datang ke Sekolah Atas Bukit !! Boleh cek nama dan pergi ke stesen seterusnya.
[ ☃️ ] : Macam kereta api ada stesen bagai.
Selesai mendaftar, kami mendengar taklimat daripada pengetua dan guru GPK .
[ Pengetua ] : Blablablablablabla--
Setelah tamat, kami meneruskan perjalanan hidup kami di sini dengan menuju ke koop untuk menuntut barang-barang peribadi rasmi sebelum menuju ke penjara ( asrama )
{ Takdelah betul² macam penjara. Saja nak bagi ayat dramatik}
Aspuri
[ MT ] : Boleh letak beg kat atas meja tu sebelum naik dorm. Kami nak cek takut ada barang larangan macam spray dan sebagainya.
[ 🌻 ] : Spray ? Spray apa ? Spray lipas ?
Terus kami melangkah menaiki 56 anak tangga menuju ke dorm kami.
Bayangkan. Ada 56 anak tangga. Kat tangan ada 1 beg luggage 1 baldi 1 beg sekolah dan barang ekstra.
Nak naik sampai atas tu .. PERGGHH--
Macam daki gunung kinabalu. Dahlah sekolah ni atas bukit, kena daki gunung pulak .Mujur ada senior-senior berbaju ungu membantu. Ada juga yang pakai baju casual beshe.
Sesampainya di atas...
B3-1
[ 🦒 ] : Katil depan banyak orang dah cop. Ada pun katil atas. Memang taklah aku nak katil atas. Tak ke terlanggar siling tu. Tahulah aku zirafah. *jalan sampai hujung dorm*
Hah, ada pun katil bawah. Loker pun dekat je.Maka, kami meng' un-pack' barang-barang kami dan disumbat-- eh salah, di simpan ke dalam loker.
Semua siap ? Moh lah kita say goodbye pada parents kita.
Homesick ? Jangan menshen. Admin pun homesick tapi tak sedor.
Selepas mengucapkan kata-kata sayang kepada ibubapa, ramai antara kami yang noob-noob ini akan duduk di atas katil selepas menukar baju.
Buat apa atas katil? Tak bosan?
Kami, membaca ye semua. Contohilah kami.
Apa yang kami baca anda tanya ?
HoHoHo .. Kami baca ----BuKu PeRaTuRaN .
Betapa noob nya kami untuk membaca buku peraturan yang telah pun kami khatam sejak azali.
Ohoks .
Perlahan-lahan, satu dorm mula tegur-menegur antara satu sama lain.
Yang extroverts terlajak,
Yang introverts terbabas.Ada juga yang satu dorm dengan kawan satu sekolah dulu. Siap sekatil lagi.
(Katil kami double-decker ye kawan² . Jangan salah faham)
Dan di situlah, kenangan kami membuka helaian pertamanya.
Bersambung ....
YOU ARE READING
𝕀𝕟𝕧𝕚𝕔𝕥𝕦𝕤 𝕃𝕒 𝕍𝕚𝕖
Random𝕃𝕒 𝕍𝕚𝕖 ( Life ) Mungkin agak klise , tapi inilah permulaan kehidupan kami. Di bumi atas bukit ini. Kami akan membawa anda ke dunia kehidupan kami. Dan memberi anda merasai pahit manis menjadi ' batch ' kami. 𝕀𝕟𝕧𝕚𝕔𝕥𝕦𝕤 See You Inside !